Followers

Saturday, 30 March 2013

Lagi BUKTI Kerajaan Pakatan Haprak Pulau Pinang GAGAL !! #SavePenang


Seperti yang selalu kita dengar Guan Eng dan barisan juak-juaknya sering mendabik dada kononnya Pulau Pinang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Haprak @ Rejim DAPigs jauh lebih baik daripada sebelumnya di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Memang senanglah , mulut boleh saja berbicara si pendengar boleh saja mengangguk namun realitinya Pulau Pinang jauh berbeza malah lebih teruk daripada pentadbiran sewaktu Barisan Nasional dahulu.

Untuk makluman semua flat Taman Tun Dr Awang di Bagan Ajam Butterworth yang mempunyai jumlah penduduk seramai 400 keluarga itu sudah lama di anak tirikan.

Semanjak Guan Eng dan Pakatan Haprak memerintah Pulau Pinang tidak ada langsung mana-mana pihak dari kerajaan negeri Pulau Pinang tampil untuk membantu apatah lagi menjenguk bagi menyelesaikan permasalahan rakyat yang menghuni flat tersebut.

Flat Taman Tun Dr Awang merupakan prasarana yang berada di bawah kerajaan negeri dan ianya kini kelihatan usang serta berlumut.Penduduk pernah memohon kepada kerajaan negeri untuk mengecat semula flat tersebut namun ianya seperti tidak di layan.

Apakah ini yang dikatakan pentadbiran Cekap Akauntibiliti dan Telus yang sering menjadi buah mulut Guan Eng di setiap pentas ceramah ?



Agaknya berapa usia tumbuhan menjalar tersebut ?




Lihat bagaimana tidak terurusnya flat Taman Tun Dr Awang di Bagan Ajam , ini membuktikan bahawa slogan CAT yang dilaung-laungkan oleh Guan Eng selama ini hanyalah retorik semata-mata.

Para penduduk yang rata-ratanya berbangsa Melayu semakin tertekan dan kekesalan mereka dengan kerajaan negeri tidak lagi dapat di bendung.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan ADUN Teluk Air Tawar dalam satu program yang dijalankan bersama penduduk Klik Sini sudah pun menyatakan Barisan Nasional akan menyelesaikan masalah penduduk sekiranya Barisan Nasional menang di Pulau Pinang dalam PRU13 nanti.

Encik Othman selaku penduduk melahirkan rasa kesalnya dengan sikap kerajaan negeri yang hanya pandai berjanji tetapi langsung tidak mengambil endah tentang nasib rakyat khususnya penduduk flat Taman Tun Dr Awang.

  

Apakah nasib rakyat dan penduduk di Taman Tun Dr Awang ini akan berterusan ? Ampa semua kena fikir dan tentukan.Kerana peluang bakal terhidang kepada anda dalam sedikit masa lagi oleh itu buatlah keputusan yang bijak.

Tolak Pakatan Haprak !!

MMI.

Friday, 29 March 2013

Eksklusif PAS Ternyata SESATKAN Pengikutnya ?!!


Sebelum meneruskan entri ini , terlebih dahulu MMI ingin memohon maaf kepada setiap warga insiden Memali sekiranya apa yang bakal didedahkan nanti boleh mengguris hati dan perasaan sanak saudara atau mereka yang mungkin terasa hati.

Sebenarnya tidak ada langsung niat di hati mahu mengaibkan sesiapa apatah lagi mereka-mereka itu merupakan bangsa Melayu dan beragama Islam.

Namun kerana pihak pembangkang khususnya parti PAS yang sering menuduh kerajaan dan anggota Polis sebagai kejam dan tidak berhati perut maka MMI perlu mendedahkan kepada umum apa sebenarnya yang berlaku.

Soal siapa kejam dan siapa tidak kejam bakal di jawab sebentar lagi.Begitu juga dengan siapa sebenarnya yang mencetuskan insiden Memali sehingga mengorbankan nyawa di kalangan sesama Islam dan bangsa Melayu juga akan di jawab sebentar lagi.

Jangan kita sesekali menafikan apa yang bakal ampa semua saksikan sebentar lagi kerana ianya merupakan kejadian sebenar dan nasihat MMI gunakanlah akal dan fikiran anugerah Allah swt dengan sebaik-baiknya kerana kita berpegang kepada hak dan batil.

Sikap pembangkang yang saban hari meracuni pemikiran rakyat menyebabkan kita semakin longlai.Isu kalimah Allah yang sebelum ini mencetuskan rasa kurang senang di kalangan jutaan rakyat Malaysia adalah bukti jelas bagaimana PAS sehingga ke hari ini masih samar dalam perjuangannya sendiri.

Malah mereka sebenarnya sudah lama bergerak sedemikian , sejak dulu lagi menjadi pengikut semata-mata untuk mendapatkan kuasa,melacurkan agama sendiri demi memelihara hubungan bersama mereka yang jelas menolak Islam malah sanggup mengkafirkan sesama Islam demi sebuah perjuangan songsang.

Kepada ampa semua lapangkan hati dan berikan tumpuan kepada video di bawah dan buat keputusan apakah itu sebenarnya yang di ajar oleh ISLAM ??   



Sehingga ke hari ini AMANAT HAJI HADI masih kekal sebagai amanat malah Haji Hadi manusia yang menghamburkan amanat tersebut masih hidup dan langsung tidak merasa bersalah dengan apa yang berlaku.

Sama ada Haji Hadi mahupun PAS tumpuan mereka kini hanya terarah kepada Putrajaya yang bakal diisi oleh mereka dan sahabat-sahabat sesyurganya.

Pendirian dan ilmu agama dipermainkan , pemikiran penyokong serta rakyat disempitkan malah nyawa sudah pun mereka taruhkan.

Kepada semua sekali lagi MMI berpesan gunalah akal fikiran di tempat yang sebaik-baiknya.

PAS adalah mereka yang perlu bertanggungjawab terhadap setiap insiden di Memali !! Mudah-mudahan kesesatan yang di bawa oleh PAS tidak mendatangkan bencana kepada negara.

Baca juga di SINI 

MMI.

PRU13 Hati-Hati Dengan Gerakan Terlindung Ini !!


Chin Peng, ketua pengganas komunis yang telah membunuh puluhan ribu rakyat dan penduduk negara ini, sehingga sekarang tidak pernah dihukum atas kesalahan yang telah dilakukannya. Bahkan sesetengah pihak yang buta kayu, buta sejarah dan berhati perut busuk mengangkat dan menyanjunginya sebagai WIRA NEGARA dan PEJUANG KEMERDEKAAN sekalipun Chin Peng sebenarnya berhasrat ingin menjajah Tanah Melayu dan dijadikan sebagai Republik Rakyat Malaya yang berkiblatkan Mao Tze Dong dan Tembok Besar China.


Parti Komunis Malaya telah menjalankan kempen keganasan bertujuan agar mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaya pada waktu itu untuk menjadi tuan baru menggantikan British setelah mereka mendakwa memperjuangkan kemerdekaan negara ini daripada Jepun dan British.

Bagaimanapun, helah sebenar Parti Komunis Malaya yang merupakan sebahagian daripada entiti penceroboh dan penjarah yang mahu meluaskan Empayar China Komunis terdedah ditambah pula dengan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan, menyebabkan parti tersebut dan para pemimpinnya ditolak oleh seluruh rakyat Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia.

Ketika proses mendapatkan kad pengenalan oleh seluruh penduduk Tanah Melayu pada tahun 1951, Chin Peng dan gerombolan komunis tidak berbuat begitu kerana kesetiaan mereka bukanlah kepada negara ini tetapi kepada parti. Mereka tidak mengiktiraf Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Mereka juga tidak mahu dikenali sebagai rakyat Tanah Melayu dan kemudian rakyat Malaysia kerana beranggapan sebagai komunis, mereka tidak memerlukan mana-mana negara untuk menjadi rakyat.

Justeru, Chin Peng tidak pernah menjadi rakyat negara ini sekalipun dia dikatakan lahir di Perak oleh ibu bapanya yang merupakan imigran dari selatan China. Besar kemungkinan Chin Peng masih lagi memegang kerakyatan Republik Rakyat China memandangkan dia telah berada di negara itu untuk tempoh yang panjang selepas kekalahan Parti Komunis Malaya sebelum akhirnya memutuskan untuk tinggal di sebuah perkampungan di selatan Thailand.

Membawa pulang Chin Peng konon-kononnya sebagai WIRA NEGARA, pastinya akan menimbulkan kemarahan ekoran bahang pencerobohan Lahad Datu yang masih terasa. Berbanding dengan lanun-lanun Sulu, Chin Peng dan gerombolannya yang kerapkali mendabik dada bahawa merekalah pejuang, telah melakukan kerosakan dan kezaliman yang sangat besar kepada negara ini.

Tawaran-tawaran agar menyerah diri dan diampunkan serta kerakyatan diberikan, langsung tidak diendahkan selama ini. Jadi, mengapa ketika Chin Peng sudah hampir MAMPUS, maka dia hendak dibawa masuk ke Malaysia? Mengapa masa dia sihat dan kuat, dia tidak pernah peduli dengan segala tawaran sebaliknya tetap bertegas hendak memerangi negara ini dengan senjata api dan kekerasan?

Untuk apa?

Untuk mendapatkan sokongan daripada simpatisan Komunis dan Sosialis yang sekarang ini dilihat sedang membarah dalam masyarakat Melayu-Bumiputera terutama sekali anak muda yang langsung tidak tahu apa-apa tentang sejarah Chin Peng dan Komunisnya?

Gerakan dan kempen membawa pulang Chin Peng telah dimulakan oleh DAP tidak lama dahulu sebagai cara mendapatkan sokongan daripada masyarakat tua Cina. DAP beranggapan seluruh masyarakat Cina menyokong Komunis dan Chin Peng walaupun hakikatnya, masyarakat Cina merupakan antara yang paling teruk dizalimi oleh Komunis dan Chin Peng terutama terhadap pemaksaan menjadi Min Yuen untuk gerombolan pengganas tersebut.

Bagaimanapun, majoriti rakyat Malaysia tentunya bersetuju kalau Chin Peng dibawa balik untuk diadili dan dihukum secara terbuka. Sudah tentu ramai yang mahu dan teringin benar melihat Chin Peng menjalani hukuman gantung sampai mati di tempat awam atas jenayah-jenayah yang dilakukannya. Dan sudah pasti ramai yang akan menarik nafas lega sekiranya Chin Peng tiba-tiba sahaja bertukar menjadi sekujur tubuh kaku yang sudah tidak lagi bernyawa!sumber theflyingkick 

MMI.

Mengapa Mereka Menyerang ???? #LahadDatu


Sejak kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu, banyak perkara yang menyedarkan kita berkaitan nilai sebuah keamanan. Sebab itu, banyak pihak berpendapat untuk mengekalkan keamanan, perlu ada ada sistem yang baik. Disokong dengan pelan tindakan yang bagus, supaya tidak wujud pihak yang berkecil hati dan pihak yang merasakan dirinya dipinggirkan.

MMI antara yang tersentuh bila membaca kisah-kisah anggota pasukan keselamatan, yang berkorban jiwa dan raga untuk negara. Rasanya MMI tidak segagah mereka untuk pergi bertempur, mungkin sumbangan nya dari sudut yang lain pula. Sudah pasti mereka bertahan dan bertugas dalam suasana yang tidak selesa, sama ada tempat tidur, makan minum dan pakaian. Wah memang perlu ada kekuatan. Tu belum masuk bab meninggalkan ahli keluarga untuk satu tempoh masa yang mereka sendiri tak pasti.

Pernah kita terfikir alasan apakah yang mereka berikan kepada anak-anak kecil yang bertanya "Papa nak ke mana "? Aduh terasanya hati kecil ini , MMI sebagai seorang bapa faham benar perasaan itu dan ianya bukan sesuatu yang mudah.

Kadang-kadang, akal ini tak mampu berfikir; kenapa penduduk dari puak suluk tersebut sanggup mengangkat senjata dan melancarkan perang di Sabah ? Secara logiknya, untuk menang, sememang mustahil dengan kekuatan seramai 200 orang pengikut.

Bahkan membahayakan dirinya sendiri. Takkan disebabkan kesetiaan kepada pemimpin, sampai sanggup mengambil tindakan diluar batas pemikiran manusia.MMI yakin mereka yang menceroboh juga tahu akan keadaan ini kerana pengganas-pengganas itu dikatakan pengganas yang terlatih.

Apatah lagi dari segi strategi dan taktikal dalam medan perang kekuatan seramai 200 orang untuk berdepan dengan kekuatan seluruh pasukan tentera sebuah negara seperti Malaysia ianya boleh diibaratkan sebagai kerja gila.

Namun kerja gila itu tetap diteruskan tanpa banyak soal.Apakah ada sesuatu yang menyakinkan mereka untuk terus mendarat di Lahad Datu ?

Entahlah, walau pun banyak pihak yang menggunakan peristiwa ini sebagai modal kempen politik, tapi MMI sentiasa berharap moga ianya dapat berakhir dengan segera.

Al-Fatihah untuk wira negara yang gugur di Lahad Datu..


MMI.

NAJIB Yakin 2/3 #BNBagus


Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini.


Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik.

Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman.

 Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?

Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.

Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.

Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020.

Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.-PerakToday

MMI.

MESTI BACA Menyingkap Sejarah - Jiwa Mereka Tetap KENTAL


Semacam satu perasaan sebak dan bangga apabila MMI melihat gambar diatas.Kagum diatas semangat yang ditunjukkan oleh veteran polis tersebut dan paling menyentuh perasaan apabila beliau langsung tidak menghiraukan orang lain kerana MMI yakin dalam batang tubuh yang kini sudah di makan usia jiwanya masih kental sebagai seorang anggota polis.

Persoalannya apakah anak muda hari ini mempunyai semangat dan berjiwa kental seperti mana mereka-mereka yang terdahulu ? 

Bukan bermaksud untuk menghina generasi muda hari ini namun hakikatnya ada segelintir daripada mereka di luar sana yang langsung tidak ada rasa hormat malah menuding jari dan menghina pula para anggota keselamatan negara.

Untuk itu MMI mahu mengajak semua untuk sama-sama kita imbas kembali satu insiden yang pernah menggemparkan negara satu ketika dulu yang turut melibatkan anggota keselamatan negara.

Insiden Memali yang selama ini sering dimomokkan oleh pembangkang bahawa pasukan keselamatan negara  bertindak ganas dengan menyerang orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita jelas merupakan satu pembohongan kerana kebenarannya mereka dijadikan sebagai perisai oleh Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Malah pasukan keselamatan negara bertindak dengan penuh kesabaran dan tenang mengawal situasi sehinggalah pengikut-pengikut Ibrahim Libya sendiri yang bertindak agresif sehingga boleh mendatang bahaya kepada pasukan keselamatan.

Lihat juga bagaimana orang-orang kampung di tanam dengan ajaran yang jauh menyimpang daripada kehendak agama Islam itu sendiri.

AMANAT HAJI HADI jelas terpampang di dinding madrasah Ibrahim Libya dan mereka didedahkan dengan pengaruh PAS, Syiah di Iran & Muammar Ghadafi dari libya hingga terpesong daripada pegangan agama Islam itu sendiri.

Dalam temubual dengan bapa Ibrahim Libya , beliau menyatakan tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yang berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar bernama Mat Hassan yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. Malah Bapa Ibrahim Libya sendiri menyatakan beliau tidak akan mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.



Begitulah kisah sebenar insiden MEMALI yang selama ini sering dimomokkan oleh PAS sebagai medan anggota keselamatan membunuh orang awam yang tidak berdosa.

Sejak dari dulu lagi PAS sebenarnya sudah melakukan penipuan demi kepentingan politik mereka.

Untuk lebih jelas ampa semua boleh terus membaca laporan yang dinamakan Kertas Putih menceritakan secara terperinci insiden yang berlaku di Memali dan ianya dibentang & disahkan di Parlimen dengan kehadiran wakil PAS & pembangkang sendiri.

Ada dua perkara yang MMI mahu berkongsi di sini,

Pertamanya lihatlah bagaimana keterlibatan PAS yang jelas merupakan pencetus kepada insiden Memali melalui dakyah dan amanat Haji Hadi sendiri.

Keduanya apakah ianya masih menjadi kesalahan anggota keselamatan yang sebenarnya langsung tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kekalutan mahupun kecederaan sekiranya Ibrahim Libya menyerah diri.

Seperkara yang kita harus ingat PAS dan barisan Pakatan Hapraknya cukup bijak untuk meletakkan setiap kesalahan itu kepada orang lain sedangkan hakikatnya apa yang berlaku di Memali adalah berpunca daripada dakyah yang dibawa oleh Pasti PAS sendiri.

Malaysia bakal berdepan dengan pilihanraya sedikit masa lagi , Apa anda semua masih mahu memilih PAS dan sahabat sesyurganya menjadi pemimpin kita ? Pakaian sahaja tidak cukup untuk meletakkan seseorang itu sebagai ulama mahupun mereka-mereka yang mengaku sebagai cerdik pandai Islam , ianya jauh lebih besar dari itu dan mudah dilaksanakan iaitu cukup apabila kita mempunyai jatidiri dan IMAN yang teguh.

PAS ternyata SESAT dan MENYESATKAN !!

MMI.

Thursday, 28 March 2013

NAJIB Takut Bubar Parlimen ??


Kalau tak silap MMI semenjak bulan 6 tahun lepas lagi seluruh jentera parti sudah pun mula mempersiapkan jentera masing-masing bagi menghadapi pilihanraya umum.Malah semenjak dari itu pelbagai gerak kerja sudah di susun bagi memantapkan jentera masing-masing.

Maklumlah banyak pihak yang mengakui pilihanraya umum kali ini adalah pertarungan hidup mati kedua-dua belah pihak.Jadi penantian penuh debaran itu di nantikan dengan penuh minat oleh kebanyakkan pemerhati dan penggerak politik.

Seperkara yang kini menjadi perbualan khususnya di kalangan juak-juak pembangkang adalah tuduhan menyatakan Datuk Seri Najib takut untuk membubarkan parlimen ! Sejauh mana agaknya kekuatan hujah tersebut ? 

1. Hari ini merupakan hari terakhir Dewan Undangan Negeri Sembilan berfungsi. Mungkin pada hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Hasan akan mengumumkan pembubaran DUN. DUN juga boleh terbubar sendiri selepas 12 tengah malam ini. Namun saya berharapkan Menteri Besar akan mendapat perkenan DYMM Yang Di Pertuan Negeri untuk membubarkan DUN. Adalah tugas Menteri Besar untuk memohon perkenan membubarkan DUN. Jika tidak, Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama dalam sejarah pilihan raya negara yang terbubar secara sendiri.

2. Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak mempunyai tempoh sehingga 28 April ini untuk membubarkan Parlimen. Namun sebelum tarikh tersebut akan terdapat beberapa negeri akan terbubar dahulu seperti Melaka dan Johor pada 22 April (tarikh sidang DUN pertama ialah pada 21 April 2008). Ini diikuti oleh Selangor pada 23 April (22 April) dan Perak 26 April (25 April). Selain itu, terdapat beberapa negeri yang boleh meneruskan kerajaan sehingga selepas Parlimen dibubarkan. Antaranya ialah Kedah, Sabah, Terengganu dan Pulau Pinang yang memulakan sidang DUN mereka pada bulan Mei 2008.

3. Kemungkinan besar Perdana Menteri tidak akan membubarkan Parlimen dalam minggu ini. Ini menjadikan kerajaan Negeri Sembilan akan berada di bawah kerajaan sementara untuk tempoh yang agak panjang.

4. Saya dimaklumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Kerajaan Negeri Selangor akan membubarkan Dewan Negeri Selangor pada 22 April 2013 sekiranya Parlimen masih belum dibubarkan pada masa tersebut. Tarikh ini tidak menghairankan kerana ia merupakan hari terakhir penggal Dewan Negeri Selangor.

5. Hakikatnya, hak untuk membubarkan DUN Selangor terletak kepada Menteri Besar dan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Ia tidak ada kena mengena dengan Penasihat Ekonomi Negeri mahu pun Ketua Umum PKR.

6. Anwar juga mendakwa Mohd Najib takut untuk membubarkan Parlimen kerana tidak yakin boleh memenangi pilihan raya umum kali ini.

7. Saya tidak fikir Mohd Najib masih belum membubarkan Parlimen kerana takut kalah. Ini kerana kajian dan pemerhatian pelbagai pihak sama oleh jentera Barisan Nasional, badan-badan pemerhati bebas, mahu pun penganalisis politik dan ekonomi antarabangsa meramalkan Barisan Nasional akan kembali memenangi pilihan raya kali ini dengan pencapain yang lebih baik dari tahun 2008.

8. Misalnya, The Economist Intelligence Unit (EIU), sebuah unit penyelidikan majalah terkemuka The Economist, meramalkan Barisan Nasional akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Malahan The Economist menyatakan bahawa pada pandangan pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya jelas akan memihak kepada Barisan Nasional.

9. Kaji selidik oleh Merdeka Centre dan Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) juga mendapati Barisan Nasional akan kembali memerintah kerajaan Persekutuan.


10. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyatakan kajian pasukannya mendapati Barisan Nasional akan memenangi 160 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang. Sungguhpun saya agak skeptikal dengan kajian ini, namun ia bukanlah mustahil.

11. Malahan Tun Daim Zainuddin sendiri yang terkenal dengan bacaan politik beliau yang sangat ampuh juga meramalkan BN akan menang dalam pilihan raya kali ini.

12. Berdasarkan pandangan pelbagai pihak dalam dan luar Negara, kajian bebas atau dilakukan oleh parti, BN akan kembali memerintah Malaysia untuk lima tahun akan datang. Justeru tidak timbul andaian dan tuduhan Anwar Ibrahim bahawa Mohd Najib tidak membubarkan Parlimen kerana takut kalah.

Antara propaganda juak-juak pembangkang
Mengapa Najib Belum Membubarkan Parlimen?

13. Soalan ini agak sukar untuk dijawab. Hanya Allah dan Perdana Menteri sahaja yang mengetahui sebab sebenar. Namun berdasarkan kenyataan-kenyataan beliau sejak beberapa bulan lalu, nyata beliau mahu menggunakan masa yang ada untuk memastikan idea, falsafah dan pelan transformasinya dirasai oleh majoriti rakyat.

14. Saya fikir apa yang Mohd Najib mahukan sekarang ialah kemenangan 2/3. Untuk mendapat kemenangan 2/3 agak sukar berbanding sekadar untuk menang. Sebab itu beliau mengambil masa yang lebih sedikit untuk membuktikan kebolehan beliau dan meyakinkan sebahagian rakyat yang masih mengambil sikap tunggu dan lihat.

15. Beliau dilihat seolah-olah tidak cukup masa untuk meyakinkan majoriti rakyat agar memberi kemenangan 2/3 kepada Barisan Nasional. Ini tidak menghairankan kerana hanya pada 3 April tahun ini genap empat tahun pentadbiran beliau. Ini bermakna beliau kekurangan setahun untuk penggal pentadbiran penuh.

16. Oleh kerana beliau mengambil alih pentadbiran dalam keadaan parti yang lemah dan berantakan, pentadbiran yang dikritik hebat dan hampir dinyahkan oleh rakyat dalam pilihan raya 2008, tugas Najib tidak semudah disangka.

17. Selain itu, keengganan Najib membubarkan Parlimen lebih awal mungkin beliau bimbang Pakatan akan cuba membuat tindakan tidak beretika seperti melewatkan pembubaran DUN Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

18. Jika ini berlaku dan Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) mahu mengadakan pilihan raya serentak maka masa kerajaan Persekutuan sementara boleh mencecah sehingga dua bulan. Ini boleh memberi kesan serius kepada ekonomi dan pentadbiran Negara. Malahan masa yang sedemikian panjang boleh mengancam keselamatan sekiranya kempen politik menjadi kian panas.

19. Justeru saya fikir Mohd Najib akan hanya membubarkan Parlimen seawalnya selepas ulang tahun keempat pentadbirannya pada awal April ini atau menunggu sehingga saat akhir, sekaligus mengelakkan Pakatan melakukan taktik memanjangkan masa pilihan raya untuk menimbulkan ketegangan kepada rakyat.


20. Tindakan Mohd Najib untuk memenuhi penggal yang ada harus dipuji bukannya dikritik. Ini merupakan catatan demokrasi yang penting kepada Negara ini. Perdana Menteri memilih untuk mengabaikan keistimewaannya untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut.

21. Bukankah selalunya pembangkang menuduh tidak mempunyai cukup masa berkempen dan menuduh Barisan Nasional tidak professional kerana mengumumkan pilihan raya mengejut? Sekarang apabila semua orang sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan, tiada unsur kejutan lagi, Pakatan masih tidak berpuas hati. Apa yang mereka mahukan sebenarnya?

22. Ramai juga yang bertanya kepada saya, mengapa Anwar begitu beria-ia mahukan pilihan raya segera sedangkan masanya memang telah pun hampir tiba. Apakah kerana beliau yakin akan menang atau takut banyak lagi isu terbongkar dan makin ramai yang meninggalkan Pakatan nanti?

21. Wallahhualam! Hanya Allah yang maha mengetahui.


MMI.

TU DIA Hasil Rundingan Meja Bulat TERBONGKAR ?!!

Gambar Hiasan
Makin dekat kita dengan pilihan raya maka makin banyaklah rundingan meja bulat diadakan.Selain dari itu juga bermacam rundingan lain turut mengambil tempat termasuklah rundingan bawah meja.Namun untuk entri ini MMI bukan nak bercerita tentang semua jenis rundingan tu tetapi nak berkongsi dengan semua tentang apa yang bakal berlaku dalam masa terdekat lebih-lebih lagi dalam keadaan penuh terdesak Anwar dan seluruh jentera Pakatan Hapraknya menghadapi pilihanraya.















Senang cakap apa pun mereka sanggup lakukan demi memenuhi tuntutan nafsu untuk menjatuhkan kerajaan dan menjadi Perdana Menteri.Ingatlah insiden Lahad Datu merupakan gerakan awal dan terancang serta turut didalangi oleh pihak-pihak berkepentingan seperti mana yang dilaporkan oleh agensi media luar.

Kepada seluruh rakyat berhati-hatilah membuat keputusan..

MMI.

Video , Azlan Lazim Dedah Lagi !!


Manusia ni macam-macam jenis ada yang putih,hitam,kelabu dan mungkin warna oren pun ada kot.Bila dah macam-macam warna ni perangai pun jadi macam-macam.Jadi tak mustahillah perangai dan sikap dulu dengan sekarang tak sama.

Buat kecoh sana sini lepas tu huru hara sana sini semacam dah jadi mainan kepada sesetengah daripada mereka kat luar sana.Tak tahulah apa sebenarnya yang di perjuangkan kerana dasar perjuangan pun berkecamuk.

Untuk itu ampa kena tengok video pendedahan Azlan Lazim bapa Saiful yang terbaru...Gempak beb !!



Dah tu pula ada lagi yang langsung tak boleh terima pandangan orang lain dan sanggup pula memaki hamun sesama sendiri kerana terlalu taksub dengan apa yang diperjuangkan.Moral dan rasional letak dekat kepala lutut..

Baca juga di SINI 

Macam-macam perangai manusia ni kan ? Apa pun jaga-jaga dengan puak dua alam....

kredit to empayarpemuda 

MMI.

Katanya Nurul Izzah , Apa Hal Tu ???


Lagi gambar aksi melampau didedahkan ! Berdasarkan maklumat gambar diatas tu adalah Nurul Izzah sedang melakukan senamrobik bersama seorang lelaki yang dikatakan seorang pensyarah.



Sejauh mana kebenarannya ? Itulah persoalan yang bakal berlegar selepas ini dan ianya akan terus dipersoalkan.

Pelbagai tanggapan sudah pasti berlaku cumanya MMI agak aneh apabila berita tentang aksi Nurul Izzah ini di keluarkan.

Mengapa pemimpin pembangkang sendiri yang memulakan pendedahan ini ? Malah dalam pendedahan tersebut juga turut di selitkan tuduhan serta fitnah terhadap UMNO kerana bertanggungjawab terhadap penghasilan segala rakaman video aksi senamrobik pemimpin-pemimpin PKR.

Cerita dia puak-puak pembangkang ni hilang akal kot !! Agak-agaklah nak tuduh UMNO pun....


Memang menghairankan.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung PKR mendakwa ada pihak yang 'menjemput beliau' untuk melihat beberapa keping gambar video terlarang yang dikaitkan dengan Nurul Izzah.

Beliau juga mendakwa tidak tahu siapa 'pihak' itu tetapi mereka didakwa 'kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video'.


Cerita selanjutnya ampa boleh layari di blog Dr MiM..Klik Sini 

MMI.

Video Mesti Tonton #LahadDatu


Apa yang boleh MMI katakan air mata mengalir dan perasaan sedih serta sebak tiba-tiba muncul dalam diri tatkala menonton video di bawah.Apa lagi yang MMI boleh katakan melainkan hanya mereka yang tidak berhati perut sahaja mampu mengeluarkan kata-kata hina dan cercaan terhadap setiap usaha kerajaan Malaysia mendepani serangan terancang pengganas Sulu di Lahad Datu.

Pada ketika kerajaan sedang bertungkus-lumus mempertahankan negara , ada pihak lebih suka mengambil kesempatan bagi meraih sokongan rakyat.

Pada ketika pasukan keselamatan negara dengan berani dan penuh tanggungjawab melaksanakan tugas mereka , ada pihak lebih suka memperkecilkan kemampuan serta menghina mereka.

Pada ketika perajurit-perajurit negara gugur di tangan penceroboh , ada pihak ketawa dan menyalahkan kerajaan dengan menyatakan ini merupakan konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.

Pada ketika para isteri , anak dan saudara mara meratapi pemergian insan tersayang , ada pihak mencari peluang untuk memenuhi tuntutan nafsu sendiri.

Pada ketika seluruh rakyat mendoakan keselamatan perajurit dan negara , ada pihak sibuk memfitnah serta berkempen ke seluruh negara.

Sebagai sebuah negara merdeka seperti Malaysia , seharusnya seluruh rakyat tanpa mengira Agama,Bangsa dan politik bersatu padu memberikan sokongan kepada kerajaan menangani masalah keselamatan negara bukannya dengan asyik mengata.

Sesuatu yang perlu ampa semua renungkan , melihat dari kronologi tindakan pembangkang semenjak insiden di Lahad Datu bermula apakah ianya seperti sudah di rancang ?? Ampa tentukan !!



Terima Kasih para wira negara sesungguhnya pengorbananMu cukup besar ertinya dan MMI terharu kerana pengorbanan itu menjamin masa depan anak cucu kita.

Al-Fatihah buat wira negara yang gugur di Lahad Datu.

MMI.

13 Perkara Yang Rakyat Perlu Tahu !!


Pasti ramai yang sudah menjangka bahawa angka 13 merupakan antara angka yang cukup popular pada masa kini.Seperti semua sedia maklum seluruh rakyat Malaysia hari ini hanya menantikan masa sahaja bagi menghadapi pilihan raya umum ke13 dan sudah semestinya pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya paling sengit jika nak di bandingkan dengan mana-mana pilihan raya sebelum ini.

Selain dari semua yang di atas angka 13 juga memainkan peranan yang cukup penting bagi kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.

Sudah semestinya bila di sebut pembangkang gambaran pertama yang bermain di fikiran masing-masing adalah Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang hari ini.

Untuk makluman semua , 13 Kejutan yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh sesetengah dari kita bakal berlaku menjelang pilihan raya ke13.

Malah 13 kejutan itu bakal dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Haprak dalam sedikit masa lagi.

Perlu diingat tujuan dan perancangan licik ini bakal menerjah ke ruang-ruang minda rakyat dan semuanya dilakukan bagi menggaburi mata setiap dari kita khususnya rakyat sebelum hari mengundi nanti.

Apakah 13 kejutan yang bakal berlaku ? Baca seterusnya...


Mereka makin terdesak dan sesungguhnya Anwar tahu ini merupakan peluang terakhir beliau untuk mendapatkan Putrajaya kerana MMI percaya sekiranya beliau GAGAL berbuat demikian sesuatu pasti berlaku seperti mana nasib rakan-rakan seangkatan dengannya di negara-negara Timur Tengah.

Beliau yang kita percaya mempunyai hubungan yang cukup baik dari tangan-tangan ghaib di luar sana sudah pasti sedang berpegang kepada sesuatu janji yang sudah pun dijanjikan.

16 September lalu Anwar GAGAL !!

Aksi jalanan atau cubaan mahu menghidupkan Malaysia Spring GAGAL !!

Menimbulkan kekacauan khususnya insiden di Lahad Datu GAGAL !!

Maka Anwar tidak boleh GAGAL lagi kerana beliau tahu tangan-tangan ghaib di luar sana sedang menanti dan memerhatikan sejauh mana Anwar mampu mengotakan janjinya kepada mereka.

Anwar kini semakin resah dan ketakutan !!

Tolak Anwar ! Tolak Pakatan Haprak !

MMI.

Wednesday, 27 March 2013

HOT Video Aksi Terlampau Pemimpin PKR Kedah Mula Tersebar ??!!!


Patutlah panas hari ini rupa-rupanya ada video yang kini sudah mula tersebar.Video ini merupakan aksi terlampau pemimpin PKR Kedah yang melakukan aksi akrobatik paling lucah dalam dunia.

Apa pun MMI tak boleh nak ulas lagi sebab ianya baru saja didedahkan oleh blogger Cilipadi.Jadi kalau ampa semua nak tau lebih lanjut buat masa ni ampa boleh jenguk di blog cilipadi.

Fuh panas betul !!!

MMI.

Pakatan Haprak Makin BIADAP !!!


Gambar diatas merupakan tindakan paling biadap juak-juak Pakatan Haprak yang langsung tidak menghormati sensitiviti orang-orang Melayu dan Islam di Malaysia.Apakah mereka sudah hilang akal meletakkan gambar sedemikian dalam laman media mereka ? 

Lebih malang setakat entri ini ditulis langsung tidak kedengaran dari mana-mana mulut pemimpin PAS dan juak-juaknya yang mengaku lebih Islam dari orang lain menegur tindakan admin laman media tersebut apabila memuat naik gambar dan kata-kata sedemikian.


Yang membuatkan MMI angin satu badan apabila kenyataan yang dikeluarkan dalam SuaraPakatanRakyat itu cukup kurang ajar.Bagi MMI seluruh umat Islam di Malaysia harus segera bangkit menuntut supaya mereka segera memohon maaf bukan saja kepada seluruh umat Islam tetapi juga kepada sanak saudara dan ahli keluarga Allahyarham Dr Muhammad Uthman El-Muhammady.

Berikut antara kenyataan yang dikeluarkan oleh suarapakatanrakyat berkenaan tajuk diatas...

KEMATIAN  mengejut Felo Amat Utama Akademik ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady malam tadi, sebetulnya  merupakan satu rahmat yang tidak dijangka untuk Pakatan Rakyat.

Di samping kurang lagi satu suara yang sering mengkritik pendekatan Pakatan Rakyat terutama dalam soal-soal berkaitan Islam, UMNO sudah pasti meratapi pemergian ini kerana sudah sah hilang satu undi pasti daripada arwah.

Sebetulnya, bukan sahaja PAS, PKR juga tidak terlepas dari menjadi bahan kecaman Uthman semasa hidupnya, terutama dalam isu berkaitan pluralisme agama yang diperjuangkan parti tersebut.

Walaupun tidak bergiat cergas mahupun memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik, pandangan dan penulisan Uthman sudah diketahui umum sering mengkritik dasar Pakatan Rakyat, terutama PAS dan terlalu condong kepada perjuangan UMNO. 

Laman ini tidak langsung mempertikaikan ilmu dan pengetahuan Uthman, deretan ijazah, sarjana dan doktor falsafah yang dimiliki mendiang sudah tentu mempunyai nilai tersendiri. Cuma yang dikesalkan semasa hidupnya, ilmu dan pengetahuan ini digunakan ke arah yang salah serta berlawanan dengan arus semasa.  

Mana tidaknya, dikala lebih ramai alim ulama terkenal negara mula mengadaptasi perkembangan semasa dalam beragama, Uthman dan segelintir orang seumpamanya, masih dengan cara lama yang ketinggalan zaman, lebih teruk dari itu, berkiblatkan UMNO pula.Baca Seterusnya 

MMI nak ingatkan ampa semua puak-puak ini sudah melanggar sempadan kesabaran kita.Tindakan mereka jelas bukan sahaja menghina umat Islam tetapi turut menghina agama Islam.JANGAN BIARKAN !!!! 

Mana suara PAS ?????? 

MMI.

Mission To Kill , PM Dalam Bahaya ?!!

Gambar Hiasan
Dalam kita sedang asyik berpolitik sebenarnya ada pihak-pihak tertentu lebih sibuk dari kita.Kesibukan itu bukan satu perkara biasa tetapi ianya adalah satu tindakan mahupun perancangan untuk membunuh Perdana Menteri Malaysia.

Malah ianya sudah pun berlaku sejak tahun 1988 lagi apabila pengakuan terbaru oleh CN Afghani yang belkau satu ketika dulu pada tahun 1988 pernah merancang untuk membunuh Tun Mahathir yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri.

Ikuti laporan dari Utara News berkenaan pengakuan tersebut...

Bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh diharap tidak menjadi budaya Malaysia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbuka bekas anggota Pas seumur hidup, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk memohon maaf kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988.

"Saya pun tidak sedar ada ada perancangan hendak bunuh saya, sebab saya ini berjalan merata tempat serta tidak pernah rasa takut, sekarang ini baru tahu ada orang hendak bunuh saya. "Saya tiada apa-apa, saya harap ini tidak menjadi budaya Malaysia.

Di Malaysia kalau kita tidak bersetuju atau bermusuh dalam politik, tidaklah sampai tahap nak bunuh. "Saya tiada masalah untuk maafkan dia, saya maaf orang lain juga kalau ada," kata Dr Mahathir kepada pemberita pada Forum Perdana 'Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam' di bangunan Parlimen semalam.

Dr Mahathir menjadi anggota panel forum itu bersama bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Media tempatan semalam melaporkan Zainol atau lebih dikenali sebagai CN Afghani, membuat pengakuan bahawa rancangan melakukan pembunuhan itu timbul, kerana terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mendakwa Umno kafir.

Apa lagi yang kita boleh kata , jika pada tahun 1988 pun perancangan ini sudah wujud maka tidak mustahil ketika ini juga tindakan yang sama boleh dilakukan.

MMI bukan menuduh tetapi biarlah pengakuan oleh CN Afghan itu menjadi pedoman kepada pasukan keselamatan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana segala kemungkinan boleh berlaku.Apatah lagi dalam suasana politik negara terkini.

MMI.

Tuesday, 26 March 2013

MESTI TENGOK , KHAS Untuk Seluruh Rakyat Malaysia !!


Pertama sekali MMI nak ingatkan gambar di atas tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak yang kini terlibat dalam insiden di Lahad Datu mahupun dalam mana-mana kes-kes lain.Ianya MMI ambil pada hari Ahad yang lepas sewaktu ribuan rakyat Pulau Pinang bangun menyatakan bantahan terhadap Rejim DAPigs pimpinan Guan Eng.

Apa yang berlaku pada hari kejadian adalah suara rakyat yang kini sudah tidak lagi dapat di bendung dan semuanya kerana sikap dan Khalifah penyokong PAS , Guan Eng serta Rejim pimpinannya.

Apa yang pasti suara rakyat yang kini memilih BN jelas dilaungkan secara terang-terangan di Padang Kota dan ikrar sudah dibuat bahawa KOMTAR perlu dibersihkan dari lumpur yang di bawa oleh Pakatan Haprak !!












Ini suara rakyat ! Maka Guan Eng perlu ingat sesuatu mereka-mereka ini tidak lagi rela membiarkan Guan Eng dan juak-juaknya terus-terusan membuat onar di Pulau Pinang.Masa sudah sampai dan KOMTAR perlu diambil semula !!

Tolak Guan Eng !! Tolak Pakatan Haprak !!

MMI.

Labels