Kadang-kadang MMI sendiri terfikir bagaimana macai-macai PAS dan PKR yang mengaku ISLAM itu boleh pula bersahabat dengan mereka yang jelas sekali menolak ISLAM ? Jika melihat kepada kejadian-kejadian sebelum ini mereka boleh sahaja mengangguk kepala tanda bersetuju.Malah dalam sesetengah kejadian mereka jauh lebih ke depan mempertahankan hasrat serta kemahuan sahabat sesyurga mereka.
Apakah ada nas atau dalil-dalil tertentu yang membolehkan seorang pemimpin Islam mengaku sanggup bersahabat dengan Syaitan dan Iblis semata-mata kerana perbezaan ideologi politik ?
Untuk makluman semua , sesungguhnya Allah swt itu maha berkuasa dan kerana itulah hari ini PAS khususnya sudah pun di berikan peluang dan ruang itu kerana kehendak pemimpin mereka untuk bersahabat dengan syaitan dan iblis sebelum ini.
Oleh kerana itu maka apa sahaja keputusan dan kemahuan syaitan dan iblis ini sudah pasti akan di kaji sedalam-dalamnya hatta sanggup membelakangkan Majlis Syura yang mereka bentuk sendiri.
Maka rentetan daripada itu maka lahirlah para pimpinan rejim DAPigs yang langsung tidak ada rasa hormat terhadap orang Islam.Mereka dengan sesuka hati meredah segala ceruk kampung termasuk di mimbar-mimbar masjid dengan lakonan pentas opera mereka sampaikan langsung tidak ada mana-mana pemimpin Islam sama ada dari PAS mahupun PKR mampu menegur.
Paling memeranjatkan pemimpin yang di agungkan oleh mereka boleh pula bersekongkol mempertahankan setiap tindakan puak-puak DAPigs ini dengan pelbagai alasan.
Kini timbul pula seorang lagi pemimpin DAPigs yang cuba mengheret isu masyarakat menjadi isu agama.Malah sentimen perkauman cukup kuat di tiup oleh pemimpin ini dan MMI faham benar tujuan dan matlamat beliau bertindak sedemikian.
Ada yang bertanya MMI , apakah mereka-mereka ini langsung tidak punya rasa takut terhadap mana-mana pihak yang mungkin marah dengan tindakan sedemikian ? Jawapannya mudah , ianya berlaku kerana ruang dan peluang yang di sajikan oleh mereka yang mengaku bangsa Melayu dan beragama Islam dalam PAS dan PKR.
Sikap perkauman DAP semakin terserlah hari ini apabila Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua mencadangkan pasar Ramadan juga ditutup kerana didakwanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Katanya, jika benar alasan kerajaan negeri bahawa keputusan untuk menutup pasar malam pelancong Jonker Walk di Kota Melaka kerana mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang melampau, maka tindakan yang sama perlu diambil ke atas Pasar Ramadan.
"Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung.
"Kenapa tutup saja di Jonker Walk? Saya rasa semua tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri ini adalah tindakan politik yang langsung tidak mengambil kira keperluan rakyat di Malaysia. Ia hanya mengambil kepentingan politik Umno," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau selain itu turut menggesa penutupan Jonker Walk itu dibatalkan dengan serta merta.
Kemelut itu timbul apabila akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily hari Isnin lalu melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron sebagai berkata, mesyuarat anggota exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.
Bagaimanapun Idris telah menafikan laporan itu. Katanya, keputusan yang diambil pada mesyuarat exco itu adalah untuk membuka semula jalan raya yang ditutup kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.
"Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam," katanya.
Perkara itu bertambah kusut apabila sebuah portal mesra pembangkang memetik ADUN Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan Jonker Walk adalah 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
sumber
Inilah yang MMI maksudkan sebagai angkuh ! Keangkuhan yang di tunjukkan oleh pemimpin rejim DAPigs sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi malah mereka tidak lagi sembunyi-sembunyi.Sikap RASIS jelas di situ dan mereka cuba untuk membangkitkan sentimen perkauman ini supaya ianya menjadi barah kepada kerajaan khususnya UMNO dan Barisan Nasional.
Seperkara yang harus kita semua tahu adalah isu penutupan Jonker Walk sebenarnya di cetuskan sendiri oleh mereka (DAPigs) dan ianya merupakan bukti jelas mereka cuba untuk mengajak rakyat supaya bangun menentang kerajaan.
Mengapa perlunya rakyat bangun menentang kerajaan kerana isu jonker walk ?? Sebenarnya bukan soal penutupannya tetapi kerana mereka yang sebangsa dengan Tony Pua di khuatiri terjejas !!
Baca Sini
Apa yang pasti mereka jelas sudah pun menunjukkan sikap RASIS yang cukup menebal dalam diri mereka.Menyentuh tentang pasar ramadhan bererti Tony Pua sudah menyentuh tentang hak orang-orang Islam di Malaysia.
Kepada semua jika benar Tony Pua mahu menyentuh tentang penutupan yang seadilnya maka Tony seharusnya perlu memastikan semua pasar-pasar khususnya di Batu Ferringhi , Georgetown , Chai Leng Park , Raja Uda dan banyak lagi di Pulau Pinang turut di tutup.
Persoalanya apakah Tony Pua berani untuk berbuat demikian ?
Kepada semua SEDARLAH mereka sudah terlalu ANGKUH !!
MMI.