Followers

Thursday, 31 October 2013

JOM Layan ELITE !!

Tengah jalan-jalan dalam talian ni tiba-tiba terjumpa klip video yang satu ni , terus klik fuh boleh tahan jugalah !! Pesanan MMI kalau rasa tak boleh tengok jangan tengok na...


Bukan main sakan lagi menari dia !! Cumanya sekarang ni yang sorang tu dah berubah dah dan katanya dah tak buat kerja-kerja macam ni lagi..Alhamdulillah MMI sokong sangat-sangat , dalam dunia ni bila ada orang berubah maka kita kena bagi sokongan tapi teringat pesanan Ustaz Kazim kalau kita nak berubah ianya perlulah di susuli dengan proses mengaji supaya perubahan itu tidak menjadi sebaliknya.



Betullah kata Ustaz Kazim bila kita nak berubah ianya perlu di susuli dengan pengajian bukannya dengan ubah menjadi pengajar orang !!

Mungkin sebab itulah maka Abby kini bukan sahaja tidak di senangi dari kalangan orang-orang politik tetapi di kalangan wartawan juga sudah mula melahirkan rasa kurang senang mereka.


ADOIII…

SAYA kalau boleh tak mahu sentuh apa-apa mengenai pelakon Abby Abadi. Sebabnya... tak dapat apa-apa faedah pun melayan artis ini.

Cuma saya terpanggil untuk menegur Abby selepas membaca laporan mengenai ceramah politiknya di Kampung Dulang Kechil, Yan Kedah pada 26 Oktober lalu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang berlangsung pada 4 November 2013.

Dalam ceramah itu Abby berkata gejala maksiat yang berleluasa dalam dunia hiburan tanah air adalah kerana Umno. Parti itu menjadi punca dunia hiburan menjadi sesat.

Saya tergelak seorang diri membaca laporan itu... Dia sesat sehingga ke Sungai Limau untuk meracun fikiran rakyat dengan cerita yang tidak betul.

Abby mendakwa, semasa dia berlakon dulu, dia tak pernah berfikir sangat tentang dosa dan pahala.

Saya percaya, kalau dahulu, Abby memang tidak akan fikirkan dosa dan pahala. Sebab itu dia tak pernah hirau kesalahan yang dibuatnya.

Atas sebab itu juga dia tidak rasa berdosa menyerang dan memalukan suaminya Norman Hakim (sekarang bekas suami) di khalayak. (Saya turut berada sama semasa insiden itu dan sama-sama bersubahat dengan Abby untuk menyerang Norman. Saya harap Norman dapat maafkan saya) 

Sambung baca SINI 

Wartawan sendiri sekarang dah mula balun Abby , sebab apa ?? Kalau ikut Ustaz Kazim kata dia tak mengaji !! Selebihnya ampa pikir sendirilah....

PAS di Sungai Limau mudah saja biarkan si Abby turun ceramah , agak-agak ampa untuk apa ???

MMI

#PRKSungaiLimau Ada MUSUH Dalam SELIMUT !!!


Barangkali tak ramai yang tahu tentang cerita ini dan sudah semestinya tidak ada mana-mana pimpinan dalam parti PAS yang akan mendedahkan apa yang sebenarnya tersimpan dalam diari kepala otak puak-puak penipu ini.

Mungkin kerana bersesuaian dengan ungkapan PENIPU itulah maka cerita ini tidak pernah di sampaikan waima kepada pengikut-pengikut sendiri.MMI kenal benar dengan mereka-mereka ini yang di mulutnya manis umpama madu tapi jauh di benak hati pahit bagai hempedu.

Jangan sesekali menyentuh tentang kesilapan mahupun kesalahan mereka kerana tidak ada ungkapan sedemikian dalam perjalanan perjuangan politik parti PAS yang kononnya mengangkat martabat ISLAM.

Bukan sikap mereka untuk mengaku kesilapan dan kelemahan kerana ianya mampu menganggu-gugat ikatan ukhawah sesama Pakatan Haprak yang jelas jauh menyimpang daripada apa yang di momokkan kepada pengikut sendiri.

PRK Sungai Limau menjadi BUKTI terbaru bagaimana terdesaknya mereka untuk mencari kemenangan sampaikan sanggup MELACURKAN segala PRINSIP serta PERJUANGAN waima dengan pasukan sendiri.



MMI bukan mahu mengungkit tetapi inilah sebenarnya wajah PAS mereka sudah jauh tersasar .. Kepada pengundi di Sungai Limau buatlah pilihan terbaik hanya kamu bukan orang lain Insyaallah Sungai Limau akan terus terbela !!

MMI

Wednesday, 30 October 2013

Ustaz Kazim Gegar Sungai Limau DI UGUT BALING TELUR !! #PRKSungaiLimau


Siapa yang tak kenal dengan Ustaz Kazim Elias , seorang penceramah bebas yang mampu membuatkan setiap mata dan telinga yang hadir dalam ceramah beliau terpaku dengan ceramahnya.Ustaz Kazim antara penceramah yang MAMPU membuatkan anak muda kekal sehingga ke penamat ceramah kerana beliau mempunyai gaya yang tersendiri dalam penyampaiannya.

Kunjungan Ustaz Kazim Elias di DUN Sungai Limau mendapat sambutan yang cukup menggalakkan malah kehadiran beliau menyebabkan puak-puak PAS tidak senang duduk sehinggakan mengugut akan membaling telur kepada beliau.

Mangkaq puak-puak ni !! Tekanan sangat dah ka ???


#Berani Hijrah

MMI

Kedai Runcit Di Pecah Masuk , SUSU TIN HILANG ??!!!

Gambar Hiasan
Punggah !! Betoi ka ada susu tin hilang dalam kejadian curi di sebuah kedai runcit semalam ? Hah tu dia ada kena mengena dengan insiden di Sungai Limau ka ni ? Jom baca tengok..

Pemilik sebuah kedai runcit di Parit Buntar kerugian lebih RM1,000 selepas premisnya dipecah masuk pencuri.

Ooi Kim Leng, 56, berkata, sewaktu hendak memulakan perniagaan pada jam 8 pagi kelmarin, dia terkejut mendapati bumbung kedainya pecah dan keadaan dalam kedainya berselerak.

“Sewaktu melangkah masuk, saya hairan mendapati cahaya matahari masuk ke dalam kedai dan terkejut mendapati bumbung kedai saya ditebuk.


“Menyedari ada tanda-tanda kedai dipecah masuk, saya segera memeriksa tempat menyimpan wang dan rak menyimpan rokok namun hampa setelah mendapati kesemuanya lesap dilarikan pencuri,” katanya sewaktu ditemui media di kedainya di Taman Pekan Baru, di sini kelmarin.

“Peliknya, tiada sebarang harta benda bernilai dikenal pasti dilarikan pencuri terbabit melainkan beberapa botol minuman keras yang berselerak di atas lantai premis itu.Baca Selanjutnya 

Uihh di Parit Buntar sana noo..Jauh sangat kalau nak mencuri di sana untuk bawa sampai ke Sungai Limau ni !! Tapi kata orang kalau dah nekad macam-macam boleh buat.

Tapi ampa jangan risau insiden kecurian di Parit Buntar tu tak ada kena mengana dengan pilihanraya di Sungai Limau cumanya tindakan pencuri tu , pecah masuk tempat orang lepas tu main ikut suka ja nak ambik barang orang .. Ish dah semacam puak-puak pembangkang di Sungai Limau main ikut sedap mulut ja MENIPU !!

Baca juga artikel di SINI & SINI 

MMI

Siapa Lebih Mulia FAKTA Atau AUTA ?? #PRKSungaiLimau


Seluruh kawasan DUN Sungai Limau hari ini gegak gempita dengan salakan macai-macai pembangkang yang tak sabar-sabar nak sebarkan maklumat tentang Tan Sri Muhyiddin yang telah memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Allahyarham Ustaz Azizan berkenaan kenyataannya yang di dakwa menghina bekas menteri besar Kedah itu.

Di beritakan jalan-jalan di sepanjang kawasan di Sungai Limau sesak dengan motorsikal yang bergerak laju ke setiap bilik-bilik gerakan PAS untuk mewar-warkan berita tersebut.Malah sms di hantar bertalu-talu kepada penduduk dan pengundi di DUN Sungai Limau memaklumkan tentang apa yang berlaku.

Dan selebihnya di khabarkan jentera-jentera PAS sudah tak sabar-sabar lagi nak tunggu tibanya waktu malam kerana pentas-pentas ceramah malam ini akan di isi dengan berita permohonan maaf daripada Timbalan Perdana Menteri yang dah melakukan kesilapan.

Ish ish sampai macam tu sekali puak-puak ni punya seronok !!

Oh ya , MMI nak tanya ampa semua ada dak dengaq-dengaq cerita yang calon PAS di Sungai Limau MOHON MAAF tentang penyebaran gambar "superimposed"nya dengan Allahyarham Ustaz Azizan ? 

Rasanya sampai ke hari ini tidak ada sebarang permohonan maaf di lakukan oleh beliau malah boleh pula dengan BANGGA mengeluarkan kenyataan seperti berikut ,
"Perkara itu (risalah kempen) telah pun dijelaskan oleh kepimpinan. Apa yang penting sebenarnya maklumat berkaitan diri saya, pengalaman, kerjaya dan sebagainya adalah benar.Baca Sini  
Habis macam mana dengan penipuan gambar tersebut ? Bukan MENIPU ka tu ???????????

Inilah sebenarnya sikap dan perangai orang-orang kita (Melayu) mereka sangat mudah percaya kepada orang yang mangaku dirinya " Ustaz ".

Berita dalam Harian Metro : Seorang Ustaz dari Kemboja datang kutip derma dari orang melayu di Malaysia konon nak buat surau dan masjid, dan konon nak bantu orang miskin di Kemboja. Tahu2 dia bina banglo macam istana di sana. Tak apa lah setidak2nya orang melayu yang menderma tu dapat juga pahala kerana menolong Ustaz itu membina istana untuk keselesaan diri dan anak isteri dia.

Berita PRK DUN Sungai Limau : Calon Pas seorang yang bergelar Ustaz. Ustaz mana boleh menipu, Ustaz mana boleh cakap bohong. Tapi Ustaz calon Pas ini bukan tipu setakat satu dua orang sahaja, malah dia berani dan tergamak menipu beribu2 orang melayu pengundi Sungai Limau dan beratus ribu orang2 melayu Pas seluruh Malaysia melalui gambar yang memaparkan pertemuan dia dengan arwah Ustaz Azizan di pejabat MB semasa Ustaz Azizan jadi MB Kedah. 

Pada hal dalam gambar tu hanya kepala sahaja adalah milik Ustaz Azam calon Pas ini sedangkan badan adalah milik orang lain. Benda ini bukan fitnah, tapi telah diakui oleh Pengarah Pilihanraya Pas iaitu Ir Amirudin. Sekarang satu negara dah tahu Ustaz Pas tak boleh dipercayai, sanggup menipu untuk nak menang pilihanraya.

Tak tahu lah kalau orang Sungai Limau masih lagi mempercayai Ustaz Pas ???????????

Sekarang jom kita bandingkan siapa yang lebih mulia keperibadian diri diantara mereka.

Kes 1. 

TS Muhidin Yasin bukan ustaz pun tapi mudah saja minta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan atas kenyataan beliau berkaitan gula dan kencing manis, pada hal beliau sendiri tak pasti sama ada sebut atau tidak perkara yang dibangkitkan.

Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz tapi liat mahu minta maaf atas keslahan menipu orang2 melayu dalam DUN Sungai Limau dalam isu gambar superimposed, pada hal kepimpinan tertinggi Pas Kedah mengakui bahawa gambar itu " memang superimposed ".

Kes 2.

Datok Chua Soo Lek juga bukan seorang ustaz malah bukan penganut islam pun, tetapi beliau dengan senang hati mengaku kepada media (surat khabar dan tv) bahawa " lelaki dalam gambar bersama dengan seorang perempuan cina dalam bilik hotel itu adalah dirinya dengan berkata " saya mengaku, lelaki dalam gambar itu adalah saya " dalam isu fitnah skandal sex beliau satu masa dulu semasa masih sebagai Menteri Kesihatan.

Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz malah seorang penganut islam lagi tapi liat mahu mengaku bahawa beliau sebenar tidak ada bersama dalam pertemuan dengan Ustaz Azizan seperti yang disiarkan dalam gambar risalah kempen Pas dalam isu gambar superimposed.

Saya ada 2 versi jawapan :

Jawapan pertama : Kalau orang itu penyokong Umno maka dia akan kata " Sudah tentu TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada Ustaz Mohd Azam berdasar kepada fakta ".

Jawapan kedua : Kalau orang itu penyokong Pas maka dia akan kata " Sudah tentu Ustaz Mohd Azam adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek kerana Mohd Azam walau pun telah terbukti menipu tetapi dia adalah seorang ustaz ".

Ulasan saya adalah : Jawapan pertama adalah berdasarkan kepada FAKTA , manakala jawapan kedua adalah berdasarkan kepada AUTA.

Pengundi2 dalan DUN Sungai Limau boleh memilih sama ada FAKTA atau AUTA pada 4 Nov 2013. Apa juga pilihan pengundi DUN Sungai Limau, itu adalah CERMINAN KUALITI OTAK orang2 melayu di Sungai Limau.

#Berani Hijrah atau terus PARAH !!!

kredit to Ana Muslimah

MMI

PANAZZ SMS Jentera PAS Tak Puas Hati Dengan MAHFUZ ?!!


Nampaknya jentera PAS di Sungai Limau semakin berserabut apatah lagi pembohongan demi pembohongan yang berlaku menyebabkan sebahagian jentera PAS kini mula mempersoalkan tujuan dan tindakan sesetengah pemimpin mereka.

MMI tumpang terkejut apabila SMS di atas mula tersebar sejak 28 Oktober lalu dan jika di teliti sms tersebut jelas memperlihatkan rasa tidak puas hati jentera PAS berkenaan tugasan yang di berikan.

Sejauh mana kebenaran sms ini , MMI sendiri kurang pasti namun dalam tempoh waktu pilihanraya yang sedang berlangsung segalanya mungkin !

Jika membaca isi kandungan sms tersebut jelas memperlihatkan bagaimana pemimpin di peringkat akar umbi parti PAS tak puas hati dengan Mahfuz apabila di tugaskan untuk menjaga 2 UPU dalam kawasan UMNO.

Persoalannya kenapa perlu melahirkan rasa ketidakpuasan hati sebegitu sekiranya perjuangan PAS selama ini berdasarkan perjuangan fisabilillah ? Kenapa perlu takut apabila di arahkan untuk menjaga 2 UPU di kawasan UMNO ? 

Bagi MMI mudah pertamanya jentera PAS sendiri sudah mengakui bahawa UMNO ada kekuatan di Sungai Limau dan keduanya si pengirim bimbang sekiranya kawasan beliau kalah dalam pilihanraya ini maka reputasi beliau selaku pemimpin akan tercalar.

Aduhai kata berjuang untuk Islam ? Kenapa perlu sampai pertikai kawasan mana yang perlu di jaga ? Kalau pemimpin sendiri pun tak patuh macam mana dengan rakyat besok ???

MMI

HOT Cerita Susu MAHFUZ Tibai Buat FITNAH #PRKSungaiLimau


FITNAH !! PEMBOHONG !! PUTAR ALAM !! Rasanya dah jadi sebati dengan parti PAS apabila tak abis-abis buat onar semata-mata nak tunjuk kelemahan UMNO dan Barisan Nasional.Maklumlah dengan tempoh masa PRK DUN Sungai Limau hanya berbaki lagi 6 hari , PAS dan pimpinannya di lihat seolah-olah tak cukup masa untuk berkempen.

Kadang-kadang naik menyampah MMI nak sebut "tak cukup masa" sebabnya puak-puak pembangkang ni sejak PRU sehinggalah ke PRU yang seterusnya sering saja menganjurkan program-program ceramah mereka di merata tempat bahkan di seluruh negara.

TERKINI si Mahfuz bikin ribut sekali lagi apabila mendakwa pemberian susu kepada penduduk yang terlibat menerima susu yang telah TAMAT TEMPOH !!

ADOI !! Apa kejadahnya Mahfuz ni ??? 


Sebenarnya ia berkaitan pemberian bantuan kerajaan berupa barangan keperluan asas kepada penduduk di Sungai Limau melibatkan PDM Sungai Dedap.Mahfuz telah mendakwa susu yang telah di sumbangkan itu telah tamat tempoh.

Dan setelah di siasat ternyata ianya adalah satu tuduhan liar dan fitnah berniat jahat yang di lakukan oleh PAS semata-mata untuk memastikan rakyat serta pengundi di DUN Sungai Limau membenci Barisan Nasional. 

Guna Sebelum 03 09 2014 , Dah Expired ka ??
Apa yang berlaku jelas membuktikan sekali lagi setelah beberapa siri pembohongan sebelum ini yang di lakukan oleh parti PAS menunjukkan mereka semakin celaru dan menerima pakai apa saja perkara tanpa menyiasat kesahihannya terlebih dahulu.BACA SINI 


Bayangkan barangan keperluan tersebut hanya akan di edarkan hari ini dan ianya di uruskan oleh UMNO Bahagian Baling Kedah.Persoalannya bagaimana Mahfuz boleh mendapat susu tersebut lebih awal sebelum ianya di serahkan kepada mereka yang berhak ?

Berikut merupakan kenyatan akhbar Datuk Azeez...

Ketua Umno Bahagian Baling merangkap Ahli Parlimen kawasan Baling 

- Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian Susu Tamat Tempoh adalah merupakan satu pendekatan terdesak parti itu dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari pengundian pada 4 November ini. 

- Ia merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen kebencian pengundi. Ini kerana saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang 
mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh. 

- Saya turut dimaklumkan aduan tersebut datangnya dari mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily. 

- Di dalam pilihan raya macam-macam perkara boleh terjadi. Perkara yang tak ada pun boleh diadakan. Contohnya gambar-gambar ‘superimposed’ menggunakan teknik ‘Photoshop’ di antara calon Pas dengan Allahyarham Tan Sri Azizan. Ia dimainkan oleh jentera parti itu bagi menunjukkan kononnya mereka ingin membawa legasi Allahyarham Tan Sri Azizan. 

- Tambahan pula Pas yang kononnya memperjuang Islam, sekali lagi di dapati berbohong apabila menggunakan isu, bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong calon Pas. Sedangkan apabila saya bertemu dan bertanya sendiri kepada beliau, Pakcik Baharom menafikan dakwaan tersebut. 

- Saya merasakan, Mahfuz mungkin sedikit kecewa dengan pendedahan yang saya lakukan ketika membahaskan Belanjawan 2013 semalam, berhubung sikap segelintir pemimpin Pas yang sukar berbohong dan gemar memperalatkan ayat-ayat suci Al-Quran demi kepentingan politik. 

- Amat memalukan juga, apabila Mahfuz selaku Naib Presiden Pas hanya mampu menggunakan isu ‘Susu Tamat Tempoh’ bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu-isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh Pas di Sungai Limau.

KANTOI !!

MMI

Tuesday, 29 October 2013

PELIK Jentera Pembangkang Tak Cukup Rumah Di Sungai Limau ?!!


Sejak semalam kecoh di Sungai Limau mengatakan jentera pilihanraya pembangkang yang datang dari seluruh pelusuk negeri bagi membantu kempen jentera PAS tak punya tempat untuk melepaskan penat dan lelah.

Malah di beritakan puak-puak ni sampai perlu ke luar kawasan mencari tempat untuk berteduh.

Senang cita tak ada rumah di kawasan Sungai Limau !! Uih betoi ka sampai tak ada rumah ????

Patutlah dah ada yang cari sampai ke sebarang sana noooo....



Jauh sungguhkan ??

MMI

Monday, 28 October 2013

Dah Kata Dah Bukan Setakat Mat Sabu RAKYAT Pun MARAH !!! #PRKSungaiLimau


Ternyata PRK DUN Sungai Limau telah membuktikan betapa parti PAS yang selama ini mengaku sebagai yang terbaik akhirnya di TELANJANGKAN !! Sejak dari awal lagi MMI melihat PAS dan jenteranya di Sungai Limau seakan-akan gentar dengan kehadiran PRK bagi mencari pengganti Allahyarham Ustaz Azizan.

Dengan jentera Barisan Nasional yang kini semakin mantap , PAS di lihat semakin pincang sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan sendiri dengan menipu pengundi di DUN Sungai Limau.Dakyah dan penipuan ini nampaknya berterusan dengan penipuan gambar kononnya calon PAS sudah lama mesra dengan Allahyarham Ustaz Azizan.


Gambar di atas telah di cetak dalam risalah kempen parti PAS yang di edarkan di DUN Sungai Limau sedangkan hakikatnya ia adalah gambar PALSU yang telah di ubah suai.Berikut merupakan gambar asal yang sebenarnya melibatkan gambar 2 orang wartawan daripada SINAR.


Gambar asal memaparkan Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhammad Mat Yakim bersama Ketua Biro Utara, Mohd Idros Mohd Ali bertemu Azizan di pejabatnya pada 25 Mei 2011.

Serentak dengan itu PAS kemudiannya telah mengaku bahawa gambar tersebut adalah PALSU dan sedang menyiasat bagaimana ianya boleh berlaku.

Paling menarik mudah ja puak-puak ni menyalahkan pereka grafik sedangkan kalau diikutkan dari penerangan wakil PAS tersebut setiap profil yang siap akan di serahkan kepada pihak lain bagi tujuan penambaikan , edit dan sebagainya.

Alo brader itu COVER LINE !! Memang ampa nak keluarkan pun !! Tapi bila dah KANTOI biasalah kena ada KAMBING HITAM untuk di salahkan.

Apa pun hanya pengundi di DUN Sungai Limau sahaja yang mampu mengajar puak-puak ini dan ianya mampu di jadikan sebagai PENGAJARAN paling berguna kepada parti PAS supaya lain kali jangan suka MENIPU..

Dah jadi perangai macam puak-puak cauvinis DAP dah MMI tengok !!!!!!!!

MMI

HOT Mat Sabu MARAH Mahfuzz ??


MMI yakin dan percaya pada ketika dan saat ini Mat Sabun tengah panazz telinga marahkan si Mahfuz yang dok buat pandai tu !! Ada ka patut Mahfuz boleh buat main-main dengan Mat Sabun Timbalan Presiden parti  ? Memang nak cari pasai sungguh !!

Cerita panaz ni berlaku dalam sehari dua ni , di beritakan Mat Sabun sebenarnya sudah bersiap-siap dan dah berkira-kira nak turun ke Sungai Limau sekali lagi naik kereta Alepat dia tu.Segala bag pakaian dan bag bawa karung  untuk kutipan derma yang akan dia lancar masa ceramah pun dah siap semua.

Alih-alih Mahfuz bikin ribut !! Dia boleh bohong Mat Sabun sekali !!!

Bila di selidik kenapa sampai jadi macam tu , rupa-rupanya Mat Sabun nak sangat turun ke Sungai Limau sebab HARAKAHDAILY !! Apa kena mengena dengan Harakahdaily ni ??

Untuk makluman ampa semua Harakahdaily pada Jumaat lalu melaporkan kenyataan Mahfuz bahawa Baharom (bapa kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom , Menteri di Jabatan Perdana Menteri ) telah mendoakan agar PAS terus menang di Sungai Limau dan berhasrat untuk bertemu timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Jadi bila dah orang nak jumpa dia , dah tu bapa kepada Menteri lagi...di Sungai Limau pula KOMPOM la kena turun !! 

Tambah pula tengah proses kempen PRK ish inilah peluang TERBAIK untuk dapatkan KREDIT !!

Tapi MALANG , Mat Sabun sudah kena sailang !! Mahfuz sudah bikin STORY BRO !!


Mahfuz sudah TIPU sama Mat Sabun !! 

Pada 24 Oktober lalu , Pengarah Jawatankuasa Induk Pas PRK Sungai Limau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar bersama calon DUN Sungai Limau, Mohd. Azam Abd. Samat mendakwa Bapa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Baharom telah mendoakan agar kemenangan berpihak kepada Pas.

Namun sebenarnya apa yang berlaku adalah sebaliknya !!

Siapa yang baca doa ni ??
“Yang berlaku ialah bapa saya menadah tangan sambil mengaminkan doa yang dibaca oleh Mohd. Azam. Dia pun tak tahu apa orang itu sebut… dia (bapa saya) tolong aminkan doa saja. Tapi dalam media propembangkang, pemimpin Pas sebut bapa saya baca doa.

“Ini mainan politik yang terlampau rendah cara permainan yang dibawa oleh pemimpin Pas untuk memburuk-burukkan saya. Kenapa nak libatkan ayah saya? Dia (Baharom) tidak tanding apa-apa jawatan pun.

Beliau mengulas laporan media pembangkang yang menyiarkan video menunjukkan Mahfuz dan Mohd Azam mengaminkan doa yang dibaca oleh Baharom, yang terlantar di atas katil akibat diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu.



Jadi sekarang MMI rasa ampa dah faham kenapa Mat Sabun naik anginkan ?? Kepada Mat Sabun ang mau sabaq banyak noo !! Kawan-kawan ang yang buat semua ni !!

Macam biasa puak-puak ni mana ada benda lain nak buat selain dari berbohong !! Putaq Belit !! Bayangkan kalau kawan sendiri pun boleh kencing macam mana dengan rakyat ??

MMI

Saturday, 26 October 2013

Ulama Dalam Parti PAS Sekadar PENASIHAT !! Betoi Ka ??


Khalid Samad dalam satu kenyataannya telah menyatakan bahawa ulama dalam parti PAS hanyalah sekadar PENASIHAT kepada saf kepimpinan parti.Sekiranya merujuk kepada kenyataan tersebut jelas memperlihatkan peranan Dewan Ulama dalam parti PAS selama ini hanyalah sekadar memberikan nasihat dan setiap keputusan yang di buat perlu melalui sesi perbincangan dan persetujuan daripada pucuk pimpinan tertinggi parti.



Bukankah itu menunjukkan bahawa PAS selama ini hanya beretorik tentang perjuangan Islamnya ? Mana mungkin parti yang mengaku sebagai pejuang Islam boleh menolak saranan dan nasihat daripada ULAMA yang jika di bandingkan antara pemimpin dalam parti ibarat langit dan bumi.

Jom kita review !!


Apa jadi dengan cadangan tersebut ??


Malah dalam soal kalimah Allah sekalipun PAS di lihat longlai apabila langsung tidak bertindak apabila sahabat sesyurganya menolak keputusan Majlis Syura PAS.Malah turut bersetuju kemudiannya untuk membenarkan kalimah Allah di gunakan oleh bukan Islam.


Kemudiannya dalam isu perpaduan di antara parti UMNO dan PAS apakah keputusan yang telah di buat ?


Jangan lupa bro atas dasar retorik jugalah maka pemimpin parti sendiri di tolak malah di pecat dari parti !! Dalam beberapa contoh yang MMI berikan di atas apa sangatlah sekiranya yang memberikan pandangan itu bukannya dari kalangan orang parti sendiri.


Jadi apa pandangan ampa semua ?? Apakah PAS benar-benar mengiktiraf peranan mereka yang di angkat sebagai ulama dalam parti ?? Sekiranya pandangan serta nasihat ulama dalam parti sendiri pun boleh di tolak apatah lagi dengan pihak-pihak lain.

Bro , Ulama di Kelantan pun dah istihar HARAM undi PAS masa PRU13 baru-baru ni !! MMI tak pastilah kalau di Sungai Limau masih ada puak-puak PAS yang masih buta hati !!

Kalau ulama di anggap sebagai penasihat yang nasihatnya boleh di tolak di peringkat kepimpinan parti , adakah PAS hari ini masih boleh dianggap sebagai parti yang meletakkan Islam sebagai PERJUANGANNYA ??

Jika masih YA jawapannya maka rasanya UMNO jauh lebih baik dari PAS kerana telah melaksanakan banyak perkara untuk kebaikan rakyat khususnya untuk orang-orang Islam tanpa menafikan hak bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Ampa timbang-timbang tengoklah !!

MMI

Pembangkang PANAZZ Page Analisis Politik Terkini Di GODAM !!


Nampaknya pembangkang cukup bimbang dengan page Analisis Politik Terkini yang telah mendapat sambutan daripada penggiat media sosial sehingga mencecah lebih dari 50 ribu pengikut.Malah page APT telah tersenarai dalam 10 FanPages Pro Barisan Nasional yang di kelolakan oleh sahabat blog daengselili.

Mungkin kerana isu-isu yang di ketengahkan oleh admin-admin APT memberikan tekanan kepada puak-puak pembangkang maka page tersebut telah di godam baru-baru ini.


Rasanya inilah antara bukti gerakan puak-puak pembangkang khususnya RBA yang berusaha untuk menyekat pembongkaran dan kebenaran yang di dedahkan oleh page APT.

Walaupun page Analisis Politik Terkini telah di godam , kini APT kembali sebagai wadah pembongkaran kerakusan puak-puak pembangkang dan kepada ampa semua yang mahu mengikuti isu-isu terkini silalah Re-LIKE semula page tersebut.


Kepada semua sama-samalah kita memberikan sokongan kepada page APT !!

MMI

Friday, 25 October 2013

#PRKSungaiLimau Calon BERTEMBUNG !!


Sudah menjadi adat berkempen, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya akan turun ke lokasi tumpuan masyarakat bagi meraih sokongan pengundi termasuk di pasar tani dan gerai-gerai menjual makanan.

Masuk hari ketiga berkempen, calon Barisan Nasional (BN) dan PAS masing-masing tidak ketinggalan mengambil peluang bertemu penduduk setempat sebagai strategi kempen.

Calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat secara kebetulan bertembung ketika berkempen di Pasar Tani Bukit Besar kira-kira pukul 9.45 pagi Jumaat.

Kedua-dua calon sempat bersalaman dan bertanya khabar masing-masing mengenai pengalaman berkempen sejak disahkan bertanding sejak hari penamaan calon pada Rabu lalu.

Ahmad Sohaimi dan Mohd Azam dilihat menerima sambutan yang baik daripada pengunjung pasar tani tersebut apabila orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalam dan bergambar dengan mereka.

Munurut Ahmad Sohaimi, beliau gembira apabila menerima layanan baik walaupun ketika bertemu dan memasuki kawasan penyokong PAS.

"Alhamdulillah, cara kempen begini yang ingin kita lihat apabila mereka menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka.

"Ini memberi gambaran dan harapan bahawa BN boleh diterima walaupun dikawasan PAS," katanya.sumber 

MMI

SERANGAN Terhadap MUKHRIZ BUKTI PAS Lacurkan JANJI Sendiri !!! #PRKSungaiLimau


Nampaknya sikap pemimpin PAS semakin galak dan rakus melakukan apa saja untuk memastikan DUN Sungai Limau di pertahankan.Bagi MMI ianya mudah Barisan Nasional sememangnya mengakui bahawa Sungai Limau merupakan kawasan PAS yang sebelum ini di sandang oleh Allahyarham Azizan Razak.

Cumanya dalam pilihanraya kecil kali ini Barisan Nasional meletakkan calonnya untuk menawarkan pilihan kepada rakyat dan pengundi di DUN Sungai Limau dengan matlamat untuk membawa perubahan kepada para penduduk di Sungai Limau.

Pada ketika negeri Kedah kini di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional maka sudah pastilah keupayaan dan sebarang gerak kerja yang akan di lakukan selepas ini di bawah Menteri Besar Y.A.B Datuk Padukan Mukhriz Tun Mahathir akan di melibatkan semua kawasan.

Maka sudah tentu pilihanraya kecil ini , BN sebagai kerajaan negeri akan berusaha untuk mendapatkan DUN Sungai Limau supaya ianya akan lebih memudahkan proses perubahan dan penambahbaikkan yang akan di lakukan oleh kerajaan negeri.

Namun kesan daripada kemenangan Barisan Nasional di negeri Kedah maka pembangkang khsusunya PAS di Sungai Limau merasakan ianya satu tekanan yang amat sangat sehinggakan pelbagai cara dan kaedah yang di gunakan oleh jentera dan pemimpin mereka jauh menyimpang daripada apa yang mereka perkatakan sebelum ini.

Dan MMI suka untuk melabelkan PAS semenjak hari penamaan calon sehingga ke hari ini sudah MELACURKAN janji mereka sendiri malah sampai kepada memutar-belitkan kenyataan yang pernah mereka ungkapkan sebelum ini.

PAS mempertahankan tindakan mereka menyerang kepimpinan Barisan Nasional (BN) termasuk menyentuh isu peribadi Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Pengarah Operasi PAS PRK Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, pendedahan mengenai kelemahan pihak lawan merupakan kaedah 'politik damai' yang diamalkan PAS.

"Saya ingin katakan bahawa politik damai ini bukan bermaksud politik yang tak boleh sentuh atau bangkitkan tentang kelemahan, penyelewengan atau apa-apa yang melibatkan pentadbiran kerajaan.

"Jadi sudah tentulah di samping beritahu dan tawarkan kepada rakyat (mengenai janji PAS), kita juga perlu beritahu bahawa di sana (pentadbiran kerajaan BN) ada kekurangan dan penyelewengan yang boleh merencatkan proses mensejahterakan rakyat Kedah," katanya pada sidang media harian jentera pilihan raya PAS di markas induk PRK Sungai Limau di sini, Jumaat.

Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Mukhriz yang tidak akan melatah atau terperangkap dengan mainan politik pembangkang yang menyerang peribadinya sebagai modal kempen.

Kenyataan Mukhriz itu dibuat susulan tindakan pembangkang yang tidak henti-henti menyentuh isu peribadinya termasuk mengenai kekalahannya dalam pemilihan Umno baru-baru ini serta turut mengaitkan bapanya yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas lanjut Amiruddin berkata, PAS akan terus menyerang BN dengan pelbagai isu walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk mengamalkan politik damai iaitu berkempen dalam suasana harmoni.

"Itu (politik damai) tidak menghalang kita untuk terus menyebut (kelemahan). Saya rasa beliau (Mukhriz) harus faham bahawa ini juga adalah politik damai," katanya.sumber

POLITIK DAMAI ?? Ish ish terdesak sungguh puak-puak ni..setakat hari ini sudah banyak kali mereka mendamaikan diri sendiri.Tak percaya baca SINI dan SINI 

Sebelum tu MMI suka nak maklumkan , walaupun serangan di buat terhadap Mukhriz namun ada sesuatu yang harus rakyat negeri Kedah dan Sungai Limau tahu !


Belum pun sampai tempoh setahun Mukhriz menjadi Menteri Besar beliau sudah pun mewujudkan ENAKMEN yang membenarkan pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang bagi membanteras penyebaran fahaman SYIAH di Kedah.

Alo brader sejak PAS memerintah Kedah apa yang pimpinan PAS buat ?? Tak pernah dengar pun tentang enakmen yang semacam ni ?? Atau memang tak mau buat sebab banyak sangat kat dalam tu !!!!

MMI

Melayu DAP UMUM Letak Jawatan !!


Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri berkuat kuasa semalam.

Jawatan-jawatan tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru, Ahli Jawatankuasa DAP Negeri dan Pengarah Penang Global Tourism. - UTUSAN ONLINE

Pincang lagi puak-puak ni , patutlah kelibat puak-puak DAPigs ni tak berapa ada di Sungai Limau sebabnya masalah dalaman banyak sangat.

Tapi kalau tanya sahabat sesyurga DAPigs ni sampai mampoih pun tak akan mengaku.Sebab tulah di PRK Sungai Limau bendera puak-puak musibat tu puak pencacai yang bawa belarak !!!


Hayun Kak ! Hayun !!

MMI

Pengakuan DUSTA Calon PAS Undang PADAH !! #PRKSungaiLimau


PRK DUN Sungai Limau benar-benar membuktikan betapa jentera PAS dan pemimpinnya begitu tertekan sekali.Seperti banyak pihak sedia maklum Sungai Limau sebelum ini merupakan kawasan bekas Menteri Besar Kedah yang telah pergi meninggalkan kita semua bulan lalu.

Mungkin kerana kawasan ini di katakan kubu kuat kepada parti PAS maka pilihanraya kecil kali ini memberikan tekanan kepada seluruh jentera parti mereka apabila perlu bersaing dengan jentera daripada Barisan Nasional yang kini sudah mula berkampung di Sungai Limau.

MMI yakin dan percaya bermula hari ini Sungai Limau akan jauh lebih meriah dengan kehadiran jentera-jentera dari seluruh negara memandangkan hari cuti pada sabtu dan ahad bagi membantu proses kempen jentera Barisan Nasional negeri Kedah.

Barangkali kerana asakan berterusan daripada gerak kerja jentera Barisan Nasional inilah PAS semakin hilang arah sehinggakan perlu berbohong bagi mendapatkan sokongan rakyat. 

Sejak semalam Sungai Limau mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Azizan mempertikaikan tindakkan calon PAS tergamak berbohong kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga mereka.

Keluarga arwah juga kesal kerana calon PAS mengaku yang beliau merupakan anak didik Azizan , sedangkan semasa arwah hidup, calon PAS ini merupakan salah seorang yang menentang kepimpinannya dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam-diam.


Untuk makluman calon PAS bagi DUN Sungai Limau Azam dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi (gambar) , iaitu tokoh yang menjadi musuh politik Allahyarham semasa menjadi Menteri Besar Kedah.

Malah sebelum ini pun pada ketika arwah Azizan masih lagi memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah , Phahrolrazi merupakan antara pemimpin paling lantang menyerang pentadbiran beliau sama ada dalam parti mahupun kerajaan negeri.

Berdasarkan sumber yang MMI terima di katakan Datuk Phahrolrazi sewaktu arwah Azizan masih hidup sebenarnya mengetuai kumpulan 11 ADUN di Kedah mendesak Azizan supaya berundur kerana dasar yang diguna pakai oleh Azizan selaku Menteri Besar tidak dipersetujui oleh kebanyakkan pimpinan PAS dan pembangkang di Kedah.Baca Seterusnya 

Malah sewaktu PRU13 pun cerita boikot memboikot sesama PAS ini masih berkumandang Baca Sini 

Bagitulah sikap sebahagian daripada pemimpin PAS yang sanggup melakukan apa saja demi kuasa dan jawatan dan bagi MMI tak mustahillah hari ini mereka sanggup untuk menipu semata-mata untuk mendapat perhatian dan sokongan pengundi khususnya di DUN Sungai Limau.


Kepada pengundi di DUN Sungai Limau hati-hati dalam membuat keputusan kerana belum pun menjadi wakil rakyat mereka sudah mula menipu dan fikirkan apa yang bakal berlaku sekiranya mereka mendapat apa yang di idamkan KUASA ?? 

Untuk itu MMI sarankan sama-sama kita berhijrah sejajar dengan slogan Barisan Nasional BERANI HIJRAH yang di lancarkan semalam.Berhijrahlah dengan memilih Barisan Nasional kerana kita yakin rakyat dan pengundi di kawasan Sungai Limau akan lebih terjamin.


MMI

Thursday, 24 October 2013

Bunuh Pegawai AMBANK KDN BERTINDAK & Perlu BERTINDAK !!


Inilah suspek pengawal keselamatan yang telah menembak mati seorang pengurus operasi di AMBANK cawangan USJ Sentral 2 yang telah menggemparkan seluruh negara.MMI simpati dengan apa yang berlaku dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan di harapkan mereka tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT ini.

Untuk itu MMI mengambil keputusan untuk tidak memuatnaik sebarang gambar mangsa kerana menghormati kedukaan dan perasaan sanak saudara yang masih bersedih dengan kejadian yang berlaku.

Setakat entri ini di tulis pihak Polis kini sedang memburu suspek Baca Sini 

Bagi MMI ini merupakan satu tragedi yang seharusnya di pandang serius oleh banyak pihak.Dari pengamatan MMI sendiri sekarang merupakan masa yang cukup sesuai untuk semua pihak melihat semula kedudukan atau keupayaan satu-satu syarikat keselamatan yang memohon lesen untuk beroperasi.

Paling penting adalah pengawal-pengawal yang memohon untuk bekerja seharusnya perlu melalui satu proses yang lebih ketat yang pada pandangan MMI sendiri seharusnya di tapis oleh pihak berkuasa seperti PDRM mahupun pihak-pihak yang berwajib.

Malah setiap anggota pengawal yang telah di ambil bekerja perlu melalui proses penilaian daripada pihak PDRM setiap 6 bulan supaya hanya mereka yang benar-benar layak sahaja di berikan pelepasan mahupun kebenaran untuk meneruskan tugas.

Bagi MMI ini penting kerana ianya melibatkan penggunaan senjata api , keselamatan dan nyawa.  

Sejak berbelas tahun yang lalu melalui pengalaman MMI sendiri yang pernah berada dalam situasi ini pernah berlaku satu kejadian di salah satu bank di Malaysia di mana pengawalnya tertembak diri sendiri dan rasanya walaupun tidak semua masih ada mereka yang tidur ketika bertugas.

Soalnya senjata api yang di pegang ? Macam-macam boleh berlaku ....

Maaf sekiranya ada di antara kenyataan MMI ini mengguris hati mana-mana pihak tetapi kesan daripada sikap ambil mudah inilah yang kadang-kalanya mampu mengundang bencana mahupun insiden seperti mana yang telah berlaku di AMBANK USJ Sentral 2 hingga mengorbankan nyawa.
Untuk rekod Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membatalkan lesen operasi syarikat keselamatan yang bertanggungjawab untuk mengambil pengawal yang menembak mati seorang pegawai bank dalam satu kejadian rompakan di Selangor pada Rabu.
Syarikat keselamatan swasta terbabit didapati telah melanggar syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971, kata Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim.
Beliau berkata, firma keselamatan itu tidak menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap pengawal yang akan bertugas.
"Syarikat itu mempunyai lesen senjata api tetapi anggota keselamatan yang akan diambil bertugas itu perlu mendapat kelulusan melalui semakan pihak polis, termasuk tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan dilatih untuk mengendalikan senjata api.
"Kita telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen (syarikat keselamatan) mereka berkuat kuasa serta-merta dan kita dalam proses mempergiatkan pemantauan terhadap syarikat keselamatan berhubung penggunaan senjata api," kata Alwi pada sidang media di sini, Khamis.sumber 
Satu permulaan yang baik dan pantas cumanya perlu di berikan penambahbaikkan dari masa ke semasa.Syabas KDN kerana telah bertindak cuma harapan MMI TERUS BERTINDAK !! 

MMI

BERANI HIJRAH Slogan BN Untuk N20 #PRKSungaiLimau


Barisan Nasional hari ini melancarkan slogan BERANI HIJRAH bagi kempen pada PRK di Sungai Limau.Slogan tersebut yang merupakan cadangan daripada Menteri Besar Kedah iaitu Y.A.B. Dato' Paduka Mukhriz Bin Tun Dr. Mahathir di lancarkan di Bilik Gerakan BN Sungai Limau Kedah setelah mendapat persetujuan semua pihak.

Kehadiran Y.A.B. Dato' Paduka Mukhriz Bin Tun Dr. Mahathir dalam kempen PRK Sungai Limau ini membuktikan betapa kepimpinan Barisan Nasional begitu mengambil berat khususnya nasib rakyat di DUN Sungai Limau.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat khususnya dari segi membasmi kemiskinan dan pembangunan yang mampu di bawa kepada penduduk dan warga DUN Sungai Limau maka PRK DUN Sungai Limau di lihat sebagai medan paling penting untuk melahirkan hasrat tersebut.



Untuk itu rakyat dan pengundi di DUN Sungai Limau perlu BERANI HIJRAH dengan memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional Dr Suhaimi Lazim dengan harapan nasib penduduk khususnya di Sungai Limau akan lebih terbela.


MMI

Labels