Followers

Wednesday, 13 March 2013

Strategi COMMAND & CONQUER Di Sabah Tidak Menjadi !!


Mungkin ramai yang tidak sedar Malaysia sebenarnya bukan saja berdepan dengan pencerobohan lanun Sulu di Lahad Datu tetapi sedang berdepan dengan satu gerakan tersusun yang cukup berbahaya bukan saja kepada negara tetapi juga kepada rakyat serta masa depan generasi selepas ini.

Ketika negara sedang bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya kita tiba-tiba di kejutkan dengan berita pencerobohan di Lahad Datu.Pada ketika itu tak ramai yang melihat insiden ini sebagai insiden besar yang mampu mengorbankan nyawa.

Sedar atau tidak kumpulan penceroboh yang mengaku mereka sebagai tentera Sultan Sulu itu sebenarnya cukup ganas dan kemasukan mereka ke Lahad Datu bukan dilakukan dengan sengaja.Mereka menceroboh setelah melakukan satu persiapan rapi dan mendapat bantuan dari apa yang MMI labelkan sebagai tangan-tangan ghaib.

Istilah tangan ghaib ini MMI berikan kerana keterlibatan pihak-pihak tertentu dan ianya hampir pasti berlaku cumanya kerana siasatan masih dijalankan maka agak sukar untuk MMI memberikan ulasan kerana dibimbangi mampu merencatkan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Namun pasti ramai yang sudah pun mengetahui bagaimana pengganas yang mengaku sebagai tentera Sulu ini mempunyai kelengkapan perang tersendiri dan ianya memerlukan satu perbelanjaan yang tinggi bagi mendapatkan senjata-senjata tersebut.

Sultan Sulu sendiri sebenarnya tidak mempunyai keupayaan kewangan sebanyak itu dan mengapa dalam soal ini mereka mampu menceroboh dengan keupayaan yang mencecah jutaan ringgit ? Baca Sini 


Lihat juga bagaimana badan perisikan Filipina pernah mendedahkan tentang keterlibatan pihak pembangkang dari Malaysia yang pernah dan terlibat secara langsung dengan mereka-mereka yang digelar sebagai pemberontak di Filipina.Baca Sini 

Selain dari itu jangan lupa juga tentang satu kejadian paling aneh apabila sebuah kapal perang dari Amerika Syarikat bernama USS Guardian tersangkut di laut Sulu.Baca Sini 

Perlu diingat sudah ada laporan menyatakan NGO dari Malaysia menyalurkan dana kepada pengganas Sulu !! Baca Sini 

Jika melihat dan mengkaji segala yang berlaku itu ianya jelas mempunyai kaitan diantara satu sama lain.

Apa yang MMI boleh katakan disebalik apa yang berlaku ianya merupakan satu operasi terancang melibatkan pihak-pihak bernama besar dan ianya sebenarnya merupakan satu operasi "Command & Conquer" yang telah mengkambing hitamkan Sultak Kiram 3 dan penyokong-penyokongnya.

Pasukan penceroboh Sulu yang mendarat di Lahad Datu sebenarnya dibantu oleh pelbagai pihak sama ada dari dalam dan juga luar negara.Mereka-mereka ini licik mengatur strategi dengan tujuan untuk menghuru-harakan Malaysia.Harapannya mudah keadaan kelam kabut yang dicetuskan oleh pengganas Sulu ini adalah pelan pertama mengkucar-kacirkan keadaan dan apabila ianya tidak dapat dikawal maka kuasa asing akan diminta segera membantu melalui badan-badan sah di peringkat antarabangsa.

Sebenarnya ianya telah pun digerakkan apabila media-media pro pembangkang saban waktu cuba mewujudkan suasana tidak selesa dengan apa yang berlaku di Lahad Datu.Keupayaan pasukan keselamatan negara turut di pertikaikan dan tahukah anda bahawa sudah ada pihak-pihak tertentu telah pun memohon supaya UN campur tangan.Baca Sini dan Sini.

Adakah anda semua boleh bayangkan apa akan berlaku sekiranya apa yang MMI catatkan diatas menjadi kenyataan ? Malaysia bakal berdepan dengan satu konflik keselamatan dan ianya akan menyebabkan segala perancangan membawa Malaysia mencapai wawasan 2020 terbantut.

Dalam masa yang sama kedudukan ekonomi negara akan terjejas apabila pelabur-pelabur luar mengambil langkah berhati-hati untuk meneruskan pelaburan di Malaysia.

Begitu juga dengan suasana politik negara , pembangkang akan terus memanipulasikan suasana di setiap penjuru negara melalui kempen-kempen ceramah politik mereka dan sudah pasti media pro pembangkang akan menjadi medium utama meracuni pemikiran rakyat supaya menolak kerajaan Barisan Nasional seterusnya merampas kuasa dengan bantuan pihak-pihak luar.

Semua itu hampir pasti dilakukan kerana Anwar tahu pilihanraya umum ke13 pembangkang sudah pasti kecundang kerana gerak kerja UMNO dan Barisan Nasional kini sudah jauh meninggalkan pasukan pembangkang.

Rakyat sudah sedar dan tahu bahawa siapa sebenarnya yang harus mereka pilih dalam pilihanraya nanti dan kerana itulah Anwar dan pasukannya perlu mencari jalan bagi merosakkan reputasi kerajaan dengan menyokong serta menimbulkan huru-hara.

Jangan lupa semua Anwar juga pernah ke Selatan Thailand dan berjumpa dengan kumpulan pemisah di sana.Tahukah anda apa tujuan beliau berbuat demikian ? 

Bolehkah anda bayangkan apa akan berlaku sekiranya huru-hara ini berlaku serentak di Semenanjung dan Sabah ?

MMI menulis berdasarkan apa yang berlaku dan terkini kerana apa yang berlaku mempunyai kaitan tersendiri dan terpulanglah kepada diri masing-masing sama ada percaya atau pun tidak.Sekurang-kurangnya MMI berpesan kepada diri sendiri dan juga anda semua bahawa insiden di Lahad Datu bukan saja berkisar kepada serangan penceroboh tentera Sulu yang kononnya menuntut hak mereka tetapi ianya lebih dari itu.

Seperkara lagi yang harus diingat Anwar pernah berjumpa dengan Ketua pemberontak di Filipina dan atas dasar apa seorang ketua pembangkang dalam parlimen Malaysia berbuat demikian ?

Mungkin ada sesetengah pembaca mengatakan MMI merepek tetapi fikirkan sesuatu bagaimana pula sekiranya apa yang dicatatkan diatas benar-benar berlaku ?

Apa yang boleh MMI katakan adalah tentera Sulu yang menceroboh Lahad Datu merupakan kambing hitam kepada satu gerakan terancang yang lebih besar dan mereka sebenarnya sedang menantikan masa yang sesuai.

Namun syukur kepada Allah swt kerana dengan izinnya kerajaan Malaysia berjaya menghidu gerakan terancang ini dan berjaya mengawal situasi di Lahad Datu dengan penuh iltizam dan berdedikasi.

Kita redha dengan tiap titisan darah para perajurit negara namun untuk menyerah kepada mereka yang telah mencemarkan kedaulatan negara tidak sekali.

Tahniah dan syabas kepada Perdana Menteri kerana tegas dalam insiden Lahad Datu.MENYERAH KALAH ATAU MATI DALAM PERTEMPURAN sarat dengan mesej bukan saja kepada pengganas di Lahad Datu tetapi juga kepada sesiapa jua sama ada dalam dan luar negara yang cuba-cuba untuk mengganggu-gugat kedaulatan negara.Baca Sini 

MMI yakin rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang kepimpinan negara kerana Malaysia adalah tanah tumpah darah kita bersama.

Seperkara yang perlu kita tahu adalah strategi Command & Conquer di Sabah tidak menjadi !!

Nantikan pendedahan rahsia besar konspirasi di Sabah jam 9.00 malam nanti.

MMI.

1 comment:

  1. anuar gagal nak ambil kepakaran polis tu sebab dia kantoi, dia cuma ambil kepakaran tentera.

    ReplyDelete

Labels