Followers

Saturday, 28 February 2015

DUN Chempaka , Hati-Hati Dengan Propaganda Pakatan Haprak !!

Hati-hati mereka sentiasa memantau disebalik
tingkap dan pintu untuk mencari peluang !
Keputusan sudah di buat bahawa kekosongan kerusi DUN Chempaka yang dtinggalkan oleh Allahyarham Datuk Nik Aziz tidak akan ditandingi oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Seharusnya tidak timbul sebarang isu memandangkan alasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan UMNO cukup relevan.

Rakyat Di Dahulukan !

Tumpuan akan diberikan kepada kerja-kerja membina rumah kediaman , penyediaan infrastruktur dan pembangunan semula bagi kawasan yang terjejas.

Semua ini akan berlaku dengan kerjasama erat diantara kerajaan negeri Kelantan dan juga kerajaan pusat hasil daripada kesinambungan kerjasama di waktu misi membantu dan menyelamat mangsa banjir baru-baru ini.

Amat baik dan dalam masa yang sama ia turut menjadi platform kepada semua pihak untuk menghormati pemergian Allahyarham Datuk Nik Aziz yang banyak berjasa di kawasan terbabit sejak lebih dari 20 tahun yang lalu.

Persoalannya apa lagi yang nak di bisingkan ?

Jika merujuk kepada keputusan pihak UMNO , maka jelas wakil daripada Pakatan Haprak iaitu PAS sebagai penyandang kerusi disitu akan kekal serta meneruskan kesinambungan perjuangan PAS dan Pakatan Haprak selama ini.

Kenapa seolah-olah bimbang ?

Dengan beberapa isu dan senario terkini , rasanya keadaan belum lagi selesa.Maksudnya walaupun kerusi Chempaka sudah boleh dikatakan sah milik PAS , selagi keputusan tidak disahkan oleh SPR maka macam-macam kebarangkalian boleh berlaku.

Pakatan Haprak iaitu DAP dan PKR sebenarnya amat bimbang dengan situasi yang tidak mesra Pakatan Haprak sejak akhir-akhir ini khususnya melibatkan PAS.Walaupun DAP masih lagi mampu terus mengkhayalkan puak-puak PAS ianya tidak lagi sama seperti mana sebelumnya.

Sudah ada ahli PAS sendiri yang mula berfikir secara waras dan meletakkan keutamaan pembangunan ummah sebagai perkara pokok yang harus diberikan sokongan.Kerjasama diwaktu bencana begitu jelas memperlihatkan betapa 2 gergasi umat Melayu ini MAMPU duduk semeja seterusnya berganding bahu dalam membawa kebaikkan khususnya kepada rakyat dan agama Islam itu sendiri.

DAP begitu bimbang sekali kerana mereka tahu jika kerjasama itu wujud , maka Pakatan Haprak tidak akan mampu bangkit waima Anwar Ibrahim di BEBASkan sekalipun !

Keretakan yang berlaku dalam Pakatan Haprak kemudiannya disusuli pula dengan suasana panas dalam kem PAS sendiri akibat kemunculan PASMA sudah cukup untuk menyedarkan DAP malah mungkin PKR bahawa sesuatu boleh berlaku !

Suara DAP yang dulunya dianggap KERAMAT sehingga puak PAS sanggup di macaikan kini tidak lagi sehebat dulu.

Kerana itu kita perlu berhati-hati !

Sudah ada BUNYI yang mula melalak keserata pelusuk negara kononnya UMNO walaupun tidak akan meletakkan calon mereka di DUN Chempaka , tetapi secara diam-diam telah menaja calon BEBAS untuk bertanding.

Satu gerakan yang cukup membahayakan kerana jika usaha terdesak ini berjaya memaku minda rakyat maka hubungan antara PAS dan UMNO bakal kembali renggang ! Itulah yang dimahukan oleh DAP dan PKR untuk melihat hubungan yang wujud itu segera dimusnahkan demi kepentingan dan ideologi politik songsang mereka.

Dalam pada itu kita jangan sesekali lupa bahawa kehadiran PASMA juga sebenarnya mampu menggugat kedudukan PAS khususnya di kerusi Chempaka.

Menurut sumber semalam beberapa orang pemimpin PASMA telah datang ke pejabat SPR di Putrajaya. Spekulasi menyatakan PASMA telah mendaftarkan logo mereka sebagai persediaan untuk pertandingan di DUN Chempaka. 

Walaupun ianya sekadar spekulasi , sesuatu yang harus kita berikan tumpuan adalah pada ketika ada pihak sedang berusaha untuk memburukkan UMNO dengan mengaitkan parti itu sebagai penaja kepada calon BEBAS , PASMA pula boleh menyusun gerakan diam-diam seolah-olah persediaan untuk masuk gelanggang.

Mungkin akan ada yang kata MUSTAHIL tetapi secara logiknya MMI rasa ianya boleh berlaku !!!!

Maka disini jelas , mungkin sebahagian kita merasakan keputusan UMNO tidak bertanding di Chempaka sebagai satu keputusan yang baik , tetapi jangan lupa ada sebahagian lagi yang menganggap ianya satu kerugian kerana PAS dan UMNO tidak akan bertembung !

Pertembungan ini amat penting kepada mereka yang sedang mengintai kerana ia akan mengakibatkan 2 kelompok orang Melayu berbalah , perbalahan demi perbalahan yang boleh mengakibatkan matlamat untuk membantu warga Kelantan yang ditimpa musibah banjir tidak kesampaian.

Jika itu berlaku siapakah yang bakal mendapat keuntungan politik ? jawab sendiri !!!

Dan pastinya segelintir lagi Melayu akan terus dipergunakan iaitu PASMA dan jika mereka sanggup melangkah sampai ke tahap itu (bertanding di DUN Chempaka) maka pertembungan PAS dan PASMA di bumi Chempaka WAJIB dijadikan sebagai alasan untuk PAS segera memikirkan alternatif lain sama ada berdiri atas kaki sendiri atau bekerjasama dengan rakan yang sentiasa menghulurkan bantuan walaupun selama ini di hina , di keji , di cerca , malah pernah di CELAKAKAN dalam doa puak-puak PAS sendiri !!!

INGAT mereka sentiasa mengintai melalui celah-celah pintu dan tingkap ... Fikirlah baik-baik !!

MMI

Ugutan Bunuh Ketua Polis Negara - PDRM TEGAS !!!

Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes ugutan bunuh oleh kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata selain itu, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam ugutan berkenaan.

"Kita dalam proses mengenal pasti blok-blok (pihak) yang terlibat membuat ugutan ini dan kita klasifikasikan kes ini sebagai satu kes ugutan jenayah," katanya.

"Kita telah memohon kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (untuk kenal pasti individu terlibat). Macam-macam boleh berlaku sebab dalam alam maya ini, pelayan (server) dia mungkin berada di luar negara," katanya.

Baru-baru ini, sebuah video berdurasi 1 minit 27 saat menjadi viral di laman sosial YouTube, yang antara lain mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara dengan meletupkan keretanya.

Video klip itu memaparkan tiga lelaki bertopeng menggelarkan diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) dengan seorang daripada mereka mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan ugutan.Bernama 

TAHNIAH PDRM ! Ketegasan sebeginilah yang rakyat nak tengok , kekalkan momentum kerana banjingan-banjingan ini tidak boleh diberikan ruang untuk bergerak waima seinci pun.Percayalah rakyat sentiasa di belakang PDRM !!

Tangkap & usir mereka dari bumi Malaysia !!

MMI

Harga Petrol & Diesel Bagi Bulan MAC 2015

Harga runcit baharu petrol dan diesel bagi Mac akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau bagaimanapun enggan memaklumkan sama ada harga baharu petrol dan diesel yang bakal diumumkan nanti meningkat ataupun sebaliknya.

Hasan juga berkata pihaknya akan meneruskan kempen penurunan harga di seluruh negara meskipun berlakunya perubahan terhadap harga petrol dan diesel sama ada menjurus kepada peningkatan ataupun penurunan.

"Harga minyak bukan faktor utama menentukan harga barangan tetapi sebaliknya ada faktor lain yang mempengaruhi harga barangan sama ada ia turun ataupun naik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat' bagi produk minuman dan makanan Nestle (M) Bhd di sini hari ini.

Pada 1 Feb lepas, kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON95 sebanyak 21 sen kepada RM1.70 seliter, RON97 turun 11 sen kepada RM2.00 seliter sementara diesel turun 23 sen kepada RM1.70 seliter.

Mengulas mengenai kempen Nestle hari ini, Hasan berkata ia adalah kempen promosi terbesar Nestle yang menawarkan penjimatan antara lapan hingga 33 peratus bagi 50 produk terpilih Nestle termasuk Milo, Maggi dan Nescafe.

Beliau berkata kempen itu yang akan berlangsung sehingga akhir bulan depan adalah inisiatif Nestle bagi menangani kos sara hidup rakyat ketika negara menghadapi harga minyak yang tidak menentu.astroawani

Tunggu malam nanti ya !!

MMI

Apa Hal Ni KDN ??

Keputusan mahkamah JELAS bahawa Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana MELIWAT Mohd Saiful Bukhari.

Satu keputusan yang tidak lagi boleh dipertikaikan walaupun ada usaha oleh keluarga Anwar memohon pengampunan daripada DYMM SPB Yang Di Pertuan Agung.

Pun begitu , berdasarkan prosedur pengampunan jika DYMM SPB Yang Di Pertuan Agung mengampunkan Anwar sekalipun tidaklah bererti bahawa keputusan MELIWAT itu terbatal.

Selebihnya boleh rujuk dalam artikel MMI sebelum ini bertajuk "Permohonan Ampun Nurul Nuha & Azizah Tidak Relevan"

Jadi secara ringkasnya , Anwar Ibrahim tetap seorang banduan dan perlu menjalani hukuman kerana MELIWAT ! JELAS lagi NYATA !!!

Namun secara tiba-tiba MMI dikejutkan dengan kenyataan daripada Menteri dan Timbalan Menteri KDN yang dilihat langsung tidak konsisten malah semacam mencari helah !

Isunya apabila puak-puak PKR yang dikepalai oleh Setiausaha Agungnya , Rafizi Ramli membuat tuntutan supaya Anwar Ibrahim dibenarkan hadir ke sidang parlimen atas kapasiti Ketua Pembangkang dan dalam masa yang sama kerana kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar tidak dikosongkan sehingga proses petisyen pengampunan Diraja selesai.

Kita semua tahu bahawa tindakan sebegini adalah provokasi melampau puak PKR yang sering kali suka menyerang kredibiliti sistem perundangan negara.Sebagai rakyat biasa pun kita tahu proses pengampunan Diraja itu dilakukan setelah seseorang itu didapati bersalah dan sedang menjalani hukuman mengikut beberapa prosedur tertentu.

Tidak wujud istilah selagi mana proses pengampunan itu masih berjalan , banduan yang membuat permohonan tersebut dikecualikan daripada status BANDUAN !!!

Penjelasan yang MMI rasa amat mudah untuk difahami.Tetapi lain pula jadinya apabila isu ini sampai kepada mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam KDN !!!

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Anwar Ibrahim perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Peguam Negara bagi membolehkannya hadir ke sidang Dewan Rakyat akan datang.

Apa hal bro ???

Manakala timbalannya Datuk Ser Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengatakan Anwar perlu membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

??????

Zahid dilaporkan berkata,

“Saya fikir kenyataan itu patut dirujuk kepada peguam negara. Tidak perlu ada pendapat individu, sama ada di kalangan menteri atau ahli politik.
“Kita perlu meletakkan kebertanggungjawaban itu kepada pengamal undang-undang, terutamanya peguam negara, membuat tafsiran berdasarkan Perkara 49 dalam perlembagaan, dan klausa lain yang terdapat dalam undang-undang yang berkaitan.”

Soalnya apakah sebagai Menteri KDN beliau tidak boleh mendapatkan pandangan Peguam Negara lebih awal dan kemudiannya membuat keputusan muktamad menutup perbincangan mengarut ini?  

Apa hal KDN ?

MMI

Penyokong Presiden & Majlis Ulama PAS BACUL !!!!

Rasanya dah pelbagai kecaman serta penghinaan politik yang telah dilakukan oleh PKR dan DAP terhadap PAS.

Dan serentak dengan itu juga beberapa insiden yang pastinya menyakitkan mata pimpinan dalam parti itu mula mengambil tempat.

Yang pasti kesemuanya bersebab !

Mana mungkin secara tiba-tiba berlakunya desakan oleh ahli parti supaya Dr Hatta Ramli di pecat ?

Mana mungkin secara tiba-tiba Datuk Dr Harun Din di hina sebagai najis UMNO dalam PAS ?

Kemunculan PASMA secara tiba-tiba pada waktu hubungan PAS bersama sekutunya dalam Pakatan Haprak sedang bermasalah wajar diteliti dan diperhatikan.Tak perlu berbohong semua pihak faham benar permainan politik ini dan pastinya ia bersebab !

Dengan pelbagai lagi insiden lain kedudukan parti itu hari ini berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Golongan ulama Pas terus ‘diperangi’ rakan sekutu dalam pakatan pembangkang dengan terbaharu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Pulau Pinang secara terbuka meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan parti itu.

Timbalan Ketuanya, Khairil Anuar Kamarudin berkata, desakan itu memandangkan Abdul Hadi dilihat menjadi liabiliti kepada usaha me­ngukuhkan pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra UMNO’.

Menurut beliau, pendekatan Abdul Hadi itu jelas tidak selari dengan perjuangan ketiga-tiga parti pembangkang, sekali gus menyifatkannya sebagai perkembangan tidak sihat.

Dalam masa sama, beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap berdolak-dalik Abdul Hadi yang enggan menyatakan pendirian sebenar berhubung isu kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang kembali dibangkitkan.

“Jika masalah kesihatan dijadikan alasan, beliau seharusnya me­ngundur diri dan memberi ruang kepada pemimpin lain.

“Sehubungan itu, kita memberi tempoh 14 hari kepada beliau untuk membuat kenyataan rasmi dan jika terus berdiam diri, kita tidak akan berhenti mendesaknya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar berkenaan, Khairil Anuar turut mengambil peluang ‘mengungkit’ kesilapan Abdul Hadi sepanjang Ahli Parlimen Marang itu mengetuai Pas dan menjadi Menteri Besar Terengganu.

Katanya, Abdul Hadi perlu sedar kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU-11) pada 2004 berlaku ketika eranya.

“Kelemahan beliau juga terserlah apabila Pas gagal mempertahankan Kedah dalam PRU-12 serta beliau gagal mengelakkan pertandingan sesama sendiri melibatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh dalam PRU-13,” katanya.

Berhubung saranan Abdul Hadi terhadap Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) supaya meninggalkan Pas, Khairil Anuar berkata, mereka tidak bersetuju, malah menghargai kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan yang mahu mempertahankan pakatan pembangkang. -utusan 

Yang menghairankan MMI adalah ke mana perginya puak-puak yang mengaku bersama Presiden dan Majlis Ulama PAS ? Kenapa sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dari kumpulan ini untuk terus mempertahankan Presiden dan Majlis Ulama ?

MALANG sekali kerana kegagalan itu akan menyebabkan pimpinan seperti Hadi Awang , Datuk Dr Harun Din dan lain-lain akan terus dihina dan dicaci.

Melainkan mereka masih punya hati untuk terus bersama Pakatan Haprak !!!!

BACUL sungguh !!!!

MMI

JKP & PERDA Akan Terus Tawar Diskaun 5% @dzainalabidin @RRAFIZAL @NajibRazak

JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) akan terus menawarkan diskaun lima peratus kepada golongan bumiputera bagi rumah-rumah dalam julat harga perumahan mampu milik biarpun harga yang ditawarkan sudah 20 peratus lebih murah daripada pasaran.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang , Datuk Zainal Abidin Osman setelah kerajaan negeri Pulau Pinang membuat keputusan untuk tidak lagi memberikan diskaun 5% bagi lot bumiputera untuk rumah kos rendah , kos sederhana rendah dan rumah mampu milik.

Pelbagai pihak tampil menyelar tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang tersebut dan menganggap ianya merupakan satu lagi tindakan berniat jahat khususnya kepada golongan bumiputera.

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang melalui ketuanya saudara Rafizal Abdul Rahim dalam kenyataannya baru-baru ini berkata tindakan sedemikian adalah tidak adil, rasis dan mempunyai niat yang jahat terhadap golongan bumiputera terutamanya Melayu di Pulau Pinang. Ini adalah satu lagi bukti penarikan keistimewaan hak bumiputera.

Kami faham bahawa selama ini tiada diskaun 5% untuk kategori kos rendah, kos sederhana rendah tetapi yang menghairankan kenapa diskaun 5% kepada bumiputera ini tidak diberikan kepada rumah mampu milik. 

Golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah sekarang ini tidak lagi mampu untuk memiliki rumah dalam kategori rumah mampu milik jika Kerajaan Negeri meneruskan polisi tiada diskaun ini kepada bumiputera. 

Tindakan ini sekali lagi membuktikan niat jahat dan sifat rasis Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kami juga amat kesal jika kategori rumah mampu milik tidak diberikan diskaun sebanyak 5% kerana ini akan menghalang aspirasi Kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pemilikan rumah mampu milik oleh rakyat.

Dalam pada itu beliau turut menuntut penjelasan daripada Kerajaan Negeri terhadap 30% kuota bumiputera yang seharusnya diperuntukkan kepada bumiputera, sama ada ianya masih terpakai dan wujud?

Bagi orang-orang Melayu khususnya di Pulau Pinang , tindakan sebegini merupakan satu lagi bukti bahawa gerakan secara halus untuk menghakis hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera sentiasa menjadi agenda utama DAP semenjak 2008 yang lalu.

Tak perlu di huraikan panjang lebar kerana telah banyak pendedahan tentang sikap rakus dan bodoh sombong kerajaan negeri di bawah pimpinan Guan Eng yang sering kali bersikap double standard dalam apa jua tindakan mereka khususnya yang melibatkan orang-orang Melayu telah dilaporkan.

Sehingga kini DAP langsung tidak BERANI untuk menjawab pelbagai persoalan yang melibatkan isu-isu besar di Pulau Pinang.KLIK SINI 

Kepada JKP dan PERDA , SYABAS di ucapkan kerana sentiasa meletakkan keutamaan rakyat mendahului perkara-perkara lain.Semoga usaha murni ini mampu memberikan kebaikan buat warga Pulau Mutiara khususnya orang-orang Melayu yang semakin tertindas dek permainan politik menggila DAP dan sekutunya.

MMI

Apa Kaitan Lelaki Bernama RASHID Dengan NURUL NUHA ??


Rumors bertiup kencang apabila seorang lelaki telah dikaitkan dengan Nurul Nuha anak kepada Anwar Ibrahim.

Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai RASHID itu dikatakan telah menghantar warkah secara terbuka dan melahirkan rasa kesian serta kasihnya terhadap Nuha. 

Fuh panazzz .... Siapa Rashid tu ?

Apa kaitan Rashid dengan Nuha ?

Jom kita baca warkah terbuka tu ...

Sayang ku Nuha, dengarlah nasihat abang Rashid

Nuha, abg kesian dan simpati kat Nuha. Abg faham anak mana yg tak sayang papa dia... 

Kesiannya kat Nuha.. Susah sebenarnya abg nak jelaskan sbb perkara ni mungkin Nuha pun tak berpengalaman buat. Tapi abg kena gak cerita kat Nuha supaya Nuha faham dengan jelas...

Nuha, izinkan abg cerita kat Nuha. Nuha pun dah besar, dah bergelar isteri orang pun. Mesti Nuha tahu yg air mani papa ada dlm dubur Abg Pon. Bukan meleleh kat luar tapi sedalam 4cm. Kira panjang jari kelingking gak tu...

Nuha, air mani diciptakan tuhan dgn ciri yg sgt unik. Ianya tak boleh keluar begitu saja. Kena berlaku suatu proses dlm satu jangka masa baru air tu boleh dikeluarkan.

Utk makluman Nuha, air mani papa Nuha hanyalah Mama atau Papa sendiri sahaja yg boleh keluarkan. Macam mana nak keluarkan atau macam mana air mani tu boleh keluar? Errr Nuha tanyalah kat mama ye...

Uncle Najib takleh keluarkan air mani papa. Aunty Romah pun tak boleh. Pakcik polis pun takleh keluarkan jugak. Abg Pon??? Ye, Abg Pon boleh tolong kekuarkan air mani papa dengan izin papa Nuha...

Jadi untuk kata papa Nuha difitnah, dianiaya & dizalimi adalah mustahil Nuha. Papa  dah buat perkara yg menyakitkan hati mama. Dia dah cari mama lain tapi mama lain tu lelaki mcm papa...

Papa Nuha tu jahat.. Dia tipu Nuha... Dia tipu mama Nuha... Dia tipu adik beradik Nuha.. Dia tipu rakyat....

Percayalah pada abg Nuha...Insan yang menyayangi mu.

Oh terlupa beritahu

Usahlah ingat kamu nak tanding di Permatang Pauh. Orang menyampah politik keluarga ....

sumber 

Well harap semua jelas noo ... 

MMI

Friday, 27 February 2015

Christopher Leong Lu Tunggu Apa Lagi ???

Beliau adalah sebahagian daripada mereka yang menyokong penuh tuntutan supaya Akta Hasutan di maksuhkan.

Sebagai peguam , rasanya mereka sewajarnya adalah kumpulan yang lebih peka daripada orang biasa untuk melihat sesebuah negara itu bebas daripada ancaman mahupun perlakuan jenayah.

Tetapi masyarakat Malaysia disajikan dengan cerita lain , kononnya akta hasutan yang selama ini menjadi benteng kepada keselamatan negara dan rakyat diwar-warkan sebagai akta yang mencemar hak serta kebebasan rakyat.

Secara tersuratnya kita dimomokkan dengan kepentingan membela hak individu berdasarkan kebebasan bersuara namun secara tersiratnya tindakan sedemikian sebenarnya punya agenda yang jauh lebih besar.

Sikap yang ditunjukkan oleh puak-puak ini sebenarnya boleh dipertikaikan !

Kehadiran mereka dalam dunia perundangan dan dalam masa yang sama menjadi penyokong kuat kepada pembangkang yang langsung tidak berprinsip di Malaysia adalah BUKTI betapa mereka-mereka inilah yang sebenarnya sedang merosakkan keseluruhan struktur dan integriti institusi kehakiman dalam negara kita.

Sebagai peguam , sewajarnya mereka adalah orang pertama yang WAJIB mengakui serta menghormati tiap keputusan yang telah diputuskan oleh mahkamah diseluruh negara.Jika ada sebarang pertikaian sekalipun mereka jauh lebih tahu bahawa ada saluran yang lebih efisien untuk membuat semakan mahupun rayuan berdasarkan kes-kes tertentu.

Namun setelah semua itu diguna pakai , mereka masih lagi kekal dengan pendirian menolak keputusan mahkamah dan masih berpegang kepada kepercayaan bahawa wujud konsprasi khususnya dalam kes liwat II membabitkan Anwar Ibrahim.

Ketegasan yang akhirnya memakan diri itu bukan sahaja menjadi BUKTI betapa mereka sudah jauh terpesong daripada kriteria sebagai pengamal undang-undang dalam negara tetapi menjadi alasan KUKUH kepada kita bahawa mereka ada agenda POLITIK yang cukup membahayakan.

Christopher sebelum ini mengatakan, wujud beberapa perkara janggal dalam tuduhan Liwat II yang membangkitkan persepsi bahawa Anwar dianiaya.

Justeru itu dengan pelbagai alasan , beliau dilihat menolak pelawaan debat bersama Tan Sri Shafee walau pun diberikan peluang untuk berbuat demikian.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sebagai presiden Majlis Peguam, Christopher sepatutnya menyanjung dan mempertahankan sistem kehakiman yang sedia ada di negara ini, bukannya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan mengenainya. 

Sehubungan itu, Shabery berkata pengamal undang-undang itu perlu mengemukakan hujah pada platform yang akan disediakannya. 

"Sekiranya dia (Christopher) masih bertegas menyatakan (kes liwat) ini adalah konspirasi politik dan sebagainya, dia mesti menunjukkan hujahnya. 

"Sebab itu kita kata, kami bersedia untuk anjurkan perdebatan antara Shafee yang mengetahui kes ini dengan mendalam. 

"Ini bukan soal nak menentukan Anwar bersalah atau tak, kerana itu sudah diputuskan. Tetapi dalam aspek soal pentadbiran kehakiman, ia perlu dijawab terutamanya oleh Majlis Peguam tentang bagaimana kes ini telah ditadbirkan (dijalankan)," katanya.

Baling batu sembunyi tangan !! PENAKUT rupanya ....

Disebabkan sikap itu juga maka 100 orang peguam sudah menurunkan tandatangan dalam satu petisyen mendesak Presiden Bar Council ini untuk meletak jawatan atau menghentikan penghinaan kepada Mahkamah Persekutuan.

Petisyen melibatkan 100 orang peguam itu hanya dilakukan dalam tempoh 2 hari sahaja dan ini membuktikan betapa Christopher Leong di tolak oleh majoriti barisan peguam sendiri.

Sokongan hebat itu memberi isyarat jelas kepada Presiden Bar Council supaya jangan lagi sewenang-wenangnya memberi kenyataan seolah-olah mewakili seluruh peguam negara.

Dengan jelas mereka mengatakan bahawa jika pimpinan Bar Council masih ingin menguji kesabaran majoriti peguam, nantikan kebangkitan peguam seluruh negara yang kini sudah hilang sabar dengan karenah mereka yang sudah semakin jauh tersasar dengan fungsi sebenar penubuhan badan itu.

Sewajibnya Bar Council bertindak ‘without fear or favour’ iaitu tanpa rasa takut dan pilih kasih, apatah lagi menunjukkan kecenderungan melulu dalam menyokong hanya satu pihak dalam mana-mana perbicaraan.

Ingatlah falsafah sebenar kepeguaman iaitu kehadiran peguam di mahkamah ialah sebagai ‘pegawai keadilan dan kebenaran’ bagi membantu mahkamah ‘meletakkan kebenaran di tempatnya’ dan tidak sekali-kali akur ‘menegakkan benang basah bagi pihak anak guamnya’.

Well semua yang diatas adalah BUKTI yang tidak akan dijaja oleh mana-mana puak pembangkang termasuklah para peguam yang menyokong mereka dalam mana-mana pentas dan platform sekalipun.

Kerana itu maka muncullah pula gerakan untuk mendesak PM meletakkan jawatan ! Ehh apa kena mengena PM dalam isu ni ??? Hahahaha semua tu adalah gerakan "camourflage" untuk menutup bau busuk dalam pembangkang sendiri.

Pembangkang tahu semua perkara diatas hanya akan menyebabkan mereka hilang kepercayaan rakyat dan jika itu berlaku Pakatan Haprak bakal tenggelam.

RAKYAT patut SEDAR bahawa peguam pro pembangkang sudah pun GAGAL !

GAGAL untuk mempertahankan seorang PELIWAT !!!!! 

So Christopher Leong lu tunggu apa lagi ????? 

SILA LETAK JAWATAN !!!!

MMI

Cina Penang Campak Gambar Guan Eng Dalam TONG SAMPAH !!!

Kejutan ??

Sesuatu telah berlaku di Pulau Pinang semalam melibatkan kaum cina yang kita tahu banyak spin waktu PRU13 lalu apabila pakat-pakat sokong DAP !

Ceritanya macam ni , Malam tadi Persatuan Chew Jetty di Weld Quay, Pulau Pinang menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina. Pada dua Pilihanraya Umum yang lalu penduduk-penduduk Chew Jetty memberikan sokongan padu kepada DAP.

Namun begitu pada malam ini, Chew Jetty tidak menjemput Ketua Menteri Pulau Pinang dan lain-lain wakil rakyat DAP ke majlis mereka. Malah gambar Ketua Menteri Pulau Pinang yang sebelum ini tergantung di dinding dewan Chew Jetty telah diturunkan dan dicampakkan ke tong sampah. 

Tetamu kehormat pada majlis malam ini adalah Teng Chang Yeow Pengerusi Gerakan Pulau Pinang dan YB Datin Paduka Chew Mei Fun Pengerusi MCA Pulau Pinang.sumber 


Tu dia sokongan dah kembali ke ? Kaum cina di Pulau Pinang dah tak percayakan DAP lagi ker ??? Siap campak gambar cina MELAKA tu dalam tong sampah !!!

Hmm kalau kita perhatikan tempoh masa sebelum masuk fasa PRU14 rasanya mungkin lebih kurang 4 tahun dari sekarang.So berdasarkan pengalaman sebelum ini MMI nak nasihatkan kepada mereka-mereka yang lain supaya mengambil langkah berhati-hati.

JANGAN SAMPAI GADAI SEMUA BENDA sebab puak-puak ni pernah berlakon satu ketika dulu !!!

Kalau benar beralih sokongan BUKTIKAN dalam undi masa PRU14 nanti , kalau tidak jangan sembang !!!

MMI

Wednesday, 25 February 2015

WOW Kenapa Guan Eng Berminat Sangat JUMPA PASMA ??


Tu dia ! Cerita yang boleh bikin hati puak-puak yang mengaku pejuang fisabilillah dalam PAS PANAZZZZZZ .. 

Di khabarkan bahawa satu perjumpaan pimpinan dalam PASMA bersama Lim Guan Eng ini telah diadakan pada 12 Jan 2015 bertempat di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada jam 11 pagi.

Berikut adalah serba sedikit agenda perjumpaan tersebut ...

Majlis ini bermula dengan ucapan aluan dari Lim Guan Eng. Beliau sangat gembira dengan kedatangan PASMA.

Dalam perbincangan mereka Dato Phahrolrazi memberi jaminan kepada Lim Guan Eng yang PASMA akan membantu DAP dalam segala urusan yang diminta oleh DAP.

Malah  PASMA memberi commitment 100%  untuk pastikan Presiden PAS ditumbangkan dalam pemilihan PAS tahun ini.

PASMA juga berikrar akan membantu DAP di Sarawak dikawasan penganut Islam.

Dalam masa yang sama PASMA memohon kepada Lim Guan Eng supaya semua jawatan PENGERUSI JKKN diberikan kepada ahli PAS yang sokong PASMA, begitu juga dgn lantikan ahli majlis MPPP DAN MPSP.

Lim Guan Eng  menyatakan telah melantik ahli majlis MPPP dan MPSP dikalangan ahli PASMA dan berjanji semua jawatan PENGERUSI JKKN kuota PAS akan diberikan kepada PASMA.

Dengan bersungguh sungguh  Lim Guan Eng sangat berharap agar Hadi Awang dan golongan ulamak ditumbangkan dalam pemilihan PAS tahun ini dan PASMA akan kuasai PAS.

Beliau juga mahu PASMA membantu DAP di Sarawak secepat mungkin dan mahu PASMA menghantar pasukannya ke Sarawak dalam bulan Februari ini, segala perbelanjaan akan ditangung oleh DAP. DAP juga mahu PASMA memberi tumpuan khas dikawasan FELDA di Johor dan kawasan Melayu Johor. Johor next target utk ditawan dlm PRU 14.

Dengan kekayaan dan sumber kewangan tanpa had..Dap akan memberi peruntukan sebanyak RM1/2 juta kepada PASMA setiap 3 bulan.Baca seterusnya kat SINI 

Fuiyooo !!! Kalau betullah seperti di kata memang Hadi Awang dan barisan ulama dalam PAS dah perlu membuat satu keputusan drastik SEGERA !! Jangan sampai jadi BALACI beb ...

MMI

Cabaran Dah Di SAHUT @ibdil So Apa Macam @rafiziramli ??

Apabila Tan Sri Shafee berjaya membuktikan di mahkamah bahawa Anwar Ibrahim sememangnya adalah lelaki Y sekaligus PELIWAT , maka berbondong-bondonglah puak pencacai dengan muka masam tampil untuk bersolidariti dengan slogan "We Will Never Surrender".

Keadaan kemudiannya jauh lebih rancak dan suasana segera bertukar panas apabila Tan Sri Shafee mula menjelajah untuk memberikan penerangan berkaitan perjalanan kes.

GUSAR dan rasa tidak selesa mula wujud dalam diri setiap juak-juak pembangkang kerana jelajah Tan Sri Shafee berjaya membuatkan rakyat di akar umbi faham situasi yang sebenar.

Oleh sebab itu maka tampillah Rafizi Ramli , Setiausaha Agung PKR menjadi hero Pakatan Haprak apabila terus mencabar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , YB Khairy Jamaluddin untuk bersemuka dan berdebat secara terbuka di kaca televisyen berhubung perbicaraan dan penghakiman kes Liwat II.

Apa lagi yang boleh kita kata ? Manusia-manusia ini sememangnya tidak akan pernah akur dengan tiap keputusan perundangan negara sekiranya keputusan itu tidak memihak kepada mereka.Seolah-olah mereka terlalu maksum untuk melakukan kesalahan.

Namun hari ini segalanya berubah !!! Cabaran Rafizi di balas !!

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , Ibdilillah Ishak tampil menawarkan diri menyahut cabaran Rafizi untuk berdebat.
CABARAN DEBAT RAFIZI TERHADAP KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA
Baharu ini Rafizi ada melontarkan cabaran debat terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin. Topik yang dipilih Rafizi ialah ‘Penghakiman Kes Liwat II Anwar Ibrahim’.
Saya melihat cabaran tersebut sebagai tidak relevan untuk berdebat dgn YB Menteri. 
Namun saya sedia menawarkan diri untuk berdebat dengan Rafizi bagi menjelaskan hal yang benar bagi kepentingan rakyat. 
Bukan sahaja soal penghakiman kes peribadi Anwar Ibrahim, malah saya juga melontarkan cabaran debat kegagalan ‘Kajang Move’ dan arahan yang dikeluarkan beliau baharu ini untuk mengadakan satu demonstrasi besar-besaran untuk menumbangkan Kerajaan BN.
Rafizi sebaiknya didesak supaya berundur kerana beliau telah meletakkan nyawa PKR di hujung tanduk. Saya berharap kepimpinan PKR melihat tindakan Rafizi yang hanya populis dan tidak menguntungkan parti. 
Saya ingin bertanya kepada Rafizi, apakah kelebihannya berdemonstrasi? Adakah ini satu bentuk politik kotor PKR? Apakah nilai tambah ‘value add’ berdemonstrasi bagi menumbangkan Kerajaan kepada kehidupan rakyat Malaysia?
Ibdilillah Ishak 
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA
PENGERUSI BIRO MEDIA SOSIAL
Well satu perkembangan yang baik , sebagai pencabar Rafizi HARUS menyahut cabaran ini kerana KEGAGALAN beliau berbuat demikian akan menyebabkan integritinya dipersoalkan.

JANGAN bagi alasan kononnya Ibdil bukan taraf Rafizi kerana yang jauh lebih penting adalah hujah sewaktu debat yang konsisten dengan perjalanan kes serta keputusan yang telah di buat oleh para hakim.

Rakyat menanti dengan penuh minat !!!!

SYABAS MMI ucapkan kepada Exco Pemuda UMNO saudara Ibdil kerana BERANI tampil ke depan !!

So amacam Rafizi ??

MMI

Permohonan AMPUN Nurul Nuha & Azizah TIDAK RELEVAN !!

Semua orang sedia maklum , Nurul Nuha hadir bersama-sama ibunya Wan Azizah ke Istana Negara semalam untuk memohon pengampunan bagi pihak Anwar Ibrahim daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung setelah Ketua Umum PR itu disabitkan dengan kesalahan meliwat.

Secara perundangannya sememangnya mereka berhak untuk membuat permohonan terbabit dan selebihnya kita serahkan kepada budi bicara Istana Negara.

Namun ramai yang bertanya kenapakah keluarga Anwar ini mengambil keputusan di saat-saat akhir untuk ke Istana Negara bagi memohon pengampunan walaupun daripada awalnya Rafizi sendiri sudah memaklumkan bahawa proses permohonan itu tidak akan berlaku.

Malah ada juga bunyi-bunyi yang kata Anwar sendiri pun tak setuju dengan permohonan tersebut ! Baca Sini 

Well macam-macam cerita kan ? Apa pun setelah meneliti beberapa perkara , MMI yakin dan pasti bahawa permohonan Nurul Nuha dan Azizah kepada pihak Istana Negara semalam tidak akan mampu merubah apa-apa.

Semuanya berpunca daripada sikap keras kepala dan berlagak pandai kononnya atas dasar solidariti tetapi itulah hakikat sebenar yang akan menyebabkan keluarga Anwar ini terus murung.

Sebelum itu kita ikuti penjelasan daripada Nurul Nuha sendiri kenapa beliau dan Wan Azizah membuat permohonan pengampunan tersebut ,
KENYATAAN MEDIA24 FEBRUARI 2015
Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.
Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara.Hari ini merupakan minggu kedua ayah kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan sebagai tahanan politik Malaysia.Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang Dipertuan Agong - berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi, namun ayahanda kami tidak bersalah. Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Kami meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan.
NURUL NUHA ANWARPenyelaras #March2Freedom
Dalam situasi kes tersebut , pihak mahkamah sudah pun membuat keputusan melibatkan 5 hakim yang telah bersetuju bahawa Anwar didapati bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari.TIDAK ada sebarang keputusan memenjarakan Anwar atas mana-mana kesalahan yang bersangkut paut dengan POLITIK melainkan atas perlakuan LIWATnya !

Malah Nuha juga sudah pun memesongkan fakta sebenar dengan masih berpegang kepada pendiriannya bahawa Anwar adalah tahanan POLITIK.Dalam masa yang sama secara tidak langsung beliau turut menghina mahkamah apabila menolak keputusan para hakim yang sudah memutuskan Anwar bersalah kerana MELIWAT !

Jika itulah pendirian Nuha dan Azizah , maka MMI yakin permohonan pengampunan itu tidak RELEVAN !

Perkara di bawah merupakan beberapa prosedur petisyen pengampunan pada Lembaga pengampunan ..

1. Jika pertikaikan hukuman dikenakan oleh mahkamah maka petisyen automatik Terbatal.

Petisyen rayuan hendak lah mengandungi

Pengakuan salah atas kesalahan hukuman dikenakan 
Insaf sedar atas kesalahan 
Berjanji berubah

2. Pengampunan ke atas tempoh hukuman yang dikenakan bukan ke atas kesahihan penghakiman dan pengampunan untuk ringankan hukuman dan sabitan kesalahan kekal.

3. Pengampunan bukan untuk membatalkan keputusan mahkamah dan sabitan adalah kekal bersalah.

4. Jika petisyen pengampunan mengandungi unsur penipuan pembohongan Serta menyalahkan sistem kehakiman mempertikaikan keadilan mahkamah dan membuat tuduhan hakim tidak adil maka petisyen Terbatal dengan SENDIRI dan boleh dikenakan pertuduhan dibawah Kanun keseksaan iaitu Menghina mahkamah dan melakukan penipuan.

5. Jika Seorang Ahli Parlimen atau adun kena hukuman melebihi 1 tahun maka dengan SENDIRI terlucut jawatan Ahli Parlimen setelah rayuan terakhir tamat di mahkamah dan tidak boleh bertanding di pilihanraya sebelum tempoh Lima tahun Dari tamat menjalani hukuman.

6. Tetap dikenali sebagai banduan atau Bekas penjenayah jika pengampunan diberikan Kerana pengampunan untuk ringankan hukuman bukannya membatalkan keputusan mahkamah.

SETERUSNYA adalah kenyataan daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO , MOHD PUAD ZARKASHI

Permohonan Pengampunan oleh Anwar Ibrahim telah mencemarkan sistem keadilan di Malaysia.

1. Bagaimana seorang Peliwat boleh memohon pengampunan? Ia akan menjadi "Bad Precedent" terutama kalau diampunkan. Bayangkan selepas ini ramailah peliwat dan perogol akan memohon pengampunan daripada Tuanku Yang Dipertuan Agong.

2.  Anwar ternyata seorang yang bacul kerana biasanya mereka yang menerima hukuman gantung atau penjara seumur hidup sahaja yang memohon pengampunan. Setakat 5 tahun pun nak minta pengampunan ternyata Anwar hanya gempar sahaja bila selalu melaungkan slogan "lawan tetap lawan".

3. Sejak menjadi pemimpin pembangkang, tindakan beliau dan partinya banyak mencemarkan institusi Raja.  Tetapi sekarang melutut meminta pengampunan Raja. Enough is enough, Anwar mesti berhenti berlakon dan berbohong.

Apa pun pihak Istana Negara dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung adalah mereka yang jauh lebih berhak untuk menentukan keputusannya nanti.

MMI

Tuesday, 24 February 2015

Anwar Tak Setuju Azizah Mohon Pengampunan ??

Akhirnya setelah puas mencemuh , mengeji , mengutuk , menghina dan pelbagai lagi men men terhadap mahkamah serta Raja-Raja Melayu , keluarga peliwat kembali kepada asas ketuanan orang Melayu.

Kehadiran anak beranak Wan Azizah dan Nurul Nuha ke Istana Negara pada petang tadi mendapat perhatian banyak pihak.

Macam biasa tujuan kedatangan itu sudah pastinya untuk mendapatkan pengampunan serta kebebasan manusia bernama Anwar Ibrahim daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

Well secara sinisnya keluarga ini mengaku bahawa ANWAR memang MELIWAT ! Walaupun tidak ada sebarang pengakuan daripada Anwar , tindakan memohon pengampunan ini sudah cukup untuk menjelaskan segala-galanya.

Kalau diikutkan mereka boleh sahaja meneruskan kempen "March To Freedom" dan gerakan-gerakan songsang seperti menyembah tokong di Sungai Buloh !! Kenapa perlu mohon pengampunan kalau dah hebat sangat berkempen ????

Huhu katanya sekali lagi drama air mata terpaksa dilakonkan oleh kedua-dua beranak ini untuk menagih simpati.

Terasa juga simpatinya tetapi kerana sikap mereka sendiri maka lakonan tetap lakonan.Cuma MMI boleh syorkan supaya mereka juga harus mula belajar untuk mengakui kesilapan sendiri.

Dalam pada itu katanya Anwar tidak bersetuju dengan tindakan Azizah memohon pengampunan daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong !!

Betuk ker ?? MMI sendiri kurang pasti cuma bisik-bisik itu ada juga sampai ke telinga ni.

Kalau berdasarkan kenyataan daripada seorang pemimpin PKR semalam , katanya tidak ada sebarang arahan daripada Anwar untuk membuat permohonan.So hari ini tiba-tiba Azizah dan Nurul Nuha buat permohonan !

Hmm kita tengoklah macam mana nanti !!!

MMI

Monday, 23 February 2015

BEAN Nak Lari Bawa DIRI Sebab MALU ??!!!

Sebelum artikel ini diteruskan MMI nak bagitau siap-siap bahawa kita faham benar bagaimana perasaan seseorang itu apabila berlakunya satu-satu perkara yang boleh membawa kepada rasa malu yang amat sangat.

Bila KANTOI tahap gaban ni jiwa seseorang itu pastinya tidak tenang dan ada dalam beberapa kes reaksi muka terus sahaja berubah seolah-olah diri itu sudah dikuasai oleh satu kuasa lain yang menyebabkan timbul rasa SAKIT HATI dan MALU yang teramat sangat.

Maka kerana itu MMI tidak akan menyebut nama si polan dan menyiarkan gambarnya kerana faham dia tengah TENSION !!!

Tengahari tadi MMI dimaklumkan bahawa ramai para wartawan telah berkumpul di Ibu Pejabat PAS untuk bersama-sama dengan seorang pemimpin paklawak dalam satu sidang media kononnya akan berlaku satu 'teleconference' bersama SIRUL yang kini sedang ditahan di bumi Australia.

Malah sidang itu juga dikatakan akan memperincikan apa yang diwar-warkan sebagai kenyataan daripada SIRUL berkaitan kes pembunuhan model Monggolia Altantuya.

Dan dari cakap-cakap banyak pihak , disitulah si polan ini akan mencungkil segala-galanya serta mendedahkan bahawa SIRUL adalah satu lagi mangsa konspirasi UMNO atau kerajaan BN selepas Anwar Ibrahim si PELIWAT yang kini sedang berehat di Sungai Buloh.

Namun seperti amaran berkaitan cuaca Malaysia yang dijangka mengalami musim panas sehingga penghujung April nanti , begitu jugalah panasnya para wartawan dan semua yang hadir pada tengahari tadi kerana si polan terbabit GAGAL untuk berhubung dengan SIRUL seperti mana yang diwar-warkannya.

Katanya hampir 2 jam proses untuk berhubung itu dilakukan oleh si polan sehingga akhirnya ramai dari kalangan wartawan yang meninggalkan sidang media terbabit.

Tak cukup dengan itu si polan ini pula dengan mudah menuduh ada pihak yang menghalang rangkaian telefonnya untuk terus berhubung.

HEBAT sungguh si polan ni kan ???

Kemudiannya secara tiba-tiba si polan terbabit mengaku bahawa Sirul ada menghubunginya waktu makan tengahari kononnya beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberikan sokongan kepada beliau.

Adehhh , letih sungguh dengan pak lawak ni ... Sapa yang call tu ? Betul ker Sirul ? 

Dan sebagai jalan terakhir untuk cover line si polan mengaku akan terbang ke Australia bersama-sama dengan ibu SIRUL sedikit masa lagi.

Setakat ni MMI nak tanya apa perasaan ampa semua dalam insiden tengahari tadi tu ?

Ada rasa macam betoi ka ? Atau ada yang rasa huh macam haram dah la mengaku pemimpin Islam dari PAS pula tu boleh pula nak menipu ???? Kihkihkih itulah Bean kalau ampa nak tau ... MMI tak nak sebut nama dia sebab dah janji awal-awal tadi nak jaga hati sebab dia tengah tension TERMALU sendiri.

Walau apa pun yang berlaku MMI nak ajak ampa semua untuk tengok dan perati 2 wajah yang turut sama berada dengan si polan ni masa sidang media tengahari tadi..



Tengok betoi-betoi ! Agaknya apa yang sedang mereka perkatakan dalam hati masing-masing ?

Hahahahaa riak wajah pun kita dah tau dah ! PEMBOHONG BESAQ !!!!!!

Untuk rekod Portal The Sydney Morning Herald dari Australia dalam salah satu laporan beritanya menyebut ..
The Department of Immigration has said that it has not approved any tell-all televison interviews with a police commando sentenced to hang in Kuala Lumpur who is currently held at Sydney's Villawood detention centre.
"Generally, the department does not facilitate interviews within detention facilities for operational reasons," said a spokeswoman for Immigration minister, Peter Dutton.
Selebihnya boleh sambung baca di blog Dr MiM KLIK SINI 

Bayangkan kalau temuramah dengan stesen tv pun tidak dibenarkan , adakah logik si polan boleh mendapat akses hanya melalui telefon untuk berhubung dengan SIRUL ????

Siapa si Polan ? Lawyer ? Majistret ?

Hahahaha memang lawak dan mungkin kerana itu jugalah maka si polan masih menunjukkan egonya dengan kenyataan bahawa beliau akan berangkat ke Australia selepas ini.

Sebab isu ni ker ?? Hahaha rasanya sebab dah TERMALU , Hmm eloklah pilah ramai-ramai kalau boleh jangan balik lagi dah buat menyemak Malaysia ja !!!

MMI

Tindakan SPONTAN Hishammuddin Dapat Pujian Ramai

Pastinya situasi begini adalah lumrah bagi sesiapa pun tatkala ingin mengabadikan kenangan di tempat-tempat menarik di seluruh dunia.

Sebenarnya warga dunia cukup sporting khususnya apabila ada mana-mana pihak meminta tolong menangkap gambar dan ia merupakan satu kebiasaan.

Namun bagi pasangan daripada negara Jerman ini pastinya pengalaman itu adalah sesuatu yang amat berharga kerana orang yang mereka minta untuk menangkap gambar itu adalah Menteri Pertahanan Malaysia.

Situasi menarik ini berlaku pada ketika Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sewaktu lawatanya ke pusat pelancongan terkemuka dunia kompleks kuil Angkor Wat , Kemboja bersama-sama dengan beberapa rakan dan pegawai Kemboja secara tiba-tiba telah disapa oleh pasangan terbabit serta meminta beliau untuk mengambil gambar.

Secara spontan dan sambil tersenyum beliau terus sahaja mengambil kamera dan merakamkan gambar pasangan terbabit.

Sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Hishammuddin itu kemudiannya mendapat pujian daripada orang ramai khususnya dalam media sosial apabila gambar terbabit di muat naik melalui akaun facebook miliknya.

Walaupun diiringi oleh para pegawai daripada kerajaan Kemboja , tindakan Datuk Seri Hishammuddin secara tidak langsung telah memberikan imej yang baik kepada negara Malaysia.

Dan sikap serta keperibadian beginilah yang sewajarnya ada pada setiap pimpinan dalam negara kita.

SYABAS Datuk Seri Hishammuddin .. Good Job Sir ! 

Sunday, 22 February 2015

Cerita Di Sebalik KECOH Waktu Program Tan Sri Shafee !!

Pasti ramai yang sedia maklum berlaku sedikit kekecohan semalam di Permatang Pauh sewaktu Tan Sri Shafee sedang memberikan penerangan berkaitan perjalanan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim.

Kekecohan yang dilakukan oleh para penjilat tegar PKR dan mereka yang bersekongkol dengannya itu bagaimanapun tidaklah membawa kepada berlakunya insiden-insiden yang tidak diingini.

Jutaan terima kasih harus di berikan kepada pihak Polis kerana berjaya mengawal keadaan seterusnya menyuraikan perhimpunan yang diadakan.Tak sampai 50 orang pun yang hadir buat kacau di luar pagar kawasan program tetapi cerita yang disampaikan tu seolah-olah bumi Permatang Pauh digenangi dengan lautan manusia.

Berdegar-degar hebahannya sedang hakikatnya mereka yang berkumpul semalam tak ubah sekadar beruk sarkas yang meronta-ronta minta sebiji pisang untuk di sumbatkan ke dalam bontot masing-masing.

Dengan banting yang digoncang-goncang tertera dengan jelas perkataan "Will Never Surrender" mungkin kata-kata akhir Anwar sebelum disumbat masuk ke dalam penjara itu menjadi motto atau slogan baru kepada puak-puak ni untuk meneruskan momentum menyanggah keputusan pihak perundangan negara semata-mata kerana terlalu OBSES dan KASIH kepada seorang PELIWAT !!

FAKTA dan segala BUKTI yang secara jelas telah menyebabkan Anwar di sumbat ke dalam penjara langsung tidak mahu di terima ! Semuanya dianggap sebagai satu konspirasi !!

Persoalannya konspirasi apa ??? Mana BUKTInya ??? Apa FAKTAnya ???

Yang Tan Sri Shafee dok bagi penerangan tak nak pula dengar !!! Habis tu nak berjoget di jalanraya !!

PELIK sungguh kelaku puak-puak ni ....

Cuba tengok si akak dalam gambar sebelah ni , "Sudah-sudah lah dok jaja cerita lucah tu " !! 

Lebih kurang macam tulah ayat yang puak-puak ni guna.

Aik ?? Cerita lucah ?? 

Hallo akak , yang Tan Sri Shafee dok perjelas tu bukan cerita lucah , tapi adalah FAKTA perjalanan kes serta BUKTI-BUKTI yang telah mengaitkan Anwar sebagai PELIWAT !!!

Sebelum ni serata pelusuk kampung ampa ronda dan dok canang pada rakyat , tak ada sapa-sapa bising pun !! 

Inilah mentaliti mereka-mereka yang jiwanya sudah di beli , rohnya tak tenteram menolak apa sahaja selagi mana ia tidak menguntungkan diri serta manusia bernama Anwar Ibrahim.

Tak cukup dengan itu , budak hingusan Sebarang Jaya ni pun hadir sama itu pun disaat-saat kumpulan terbabit sudah semakin longlai.

Sokongan yang dirasakan bakal bertambah tidak berlaku maka kehadiran si Afif ni mungkin boleh mengubat jiwa mereka yang secara tidak langsung termalu sendiri.

Malah kehadiran Afif pun tidak lama , sekadar menunjukkan muka kemudian memberikan sedikit ulasan kepada para wartawan (ini proses skema puak-puak Pakatan Haprak) dan kemudian menyeru kumpulan terbabit agar BERSURAI !

Mungkin adalah tu bekalan yang dilencongkan kepada mana-mana pihak untuk digunakan selepas bersurai.Mereka yang menjerit dan terpekik itu sudah pasti haus dan mungkin juga sudah ada hidangan tertentu yang menanti mereka di mana-mana.

Secara jujurnya apa jua yang dirancang oleh kumpulan sarkas itu semalam adalah GAGAL !!

Ada seorang teman MMI bertanya agaknya apa yang boleh dilakukan oleh Afif ?

Jawapan MMI : Sebagai seorang doktor (sebelum menjadi adun Seberang Jaya) sewajarnya Afif kembali mengingati tentang latar belakangnya sendiri.Ada satu kenyataan tentang dirinya yang diwar-warkan kepada semua orang bahawa beliau berdedikasi, berpandangan terbuka, dan berkarisma. 

Malah percaya bahawa politik nilai dan dasar adalah kata kunci untuk membawa Malaysia maju ke hadapan. 

Pengalaman beliau sebagai doktor dikatakan sangat berguna kerana dilatih untuk bertanggungjawab atas amanah , bekerja dengan penuh etika dan paling penting berlaku jujur dalam tugasan kerana berurusan dengan soal hidup dan mati pesakit.Sedikit kesilapan bisa membawa padah. 

Selain itu, sebagai doktor , beliau turut diterapkan dengan nilai kasih dan prihatin sesama manusia. Ciri – ciri ini katanya begitu penting dalam pembentukan jatidiri seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Well kalau kita lihat kepribadian Afif hari ini dengan apa yang beliau sendiri ungkapkan dalam biodatanya rasanya beliau telah menderhaka terhadap diri sendiri !!!!

Dan kerana itulah Afif hanya hadir pada saat dan waktu kumpulannya perlu disuraikan kerana jika dibiarkan terlalu lama kesannya akan memalukan PKR sendiri !!

MMI

Saturday, 21 February 2015

Hebat Sangat Ker Barisan Peguam Puak Pembangkang Ni ???

Masih berkisar kepada hal melibatkan Anwar Ibrahim , seperti biasa peliwat itu sudah pun dan sedang menjalani hukumannya di Penjara Sungai Buloh.

Walaupun keadaan Penjara Sungai Buloh pada hari ini boleh diibaratkan sebagai tokong atau berhala baru kepada para juak pembangkang yang setia dengan agama baru mereka , keadaan Anwar Ibrahim tetap sama seperti mana banduan-banduan lain yang sedang menjalani hukuman.

Keadaan itu pula langsung jauh berbeza daripada cerita pemimpin dunia seperti Nelson Mandela , Mahatma Gandhi yang turut sama menjalani hukuman penjara.Mereka-mereka ini dipenjarakan kerana perjuangan manakala Anwar Ibrahim dipenjara bukan sebab perjuangan tetapi kerana nafsu songsangnya MELIWAT !!!

Ish jauh benar bezanya tu .. tak sama langsung bro !!!

Apa pun dalam semua keadaan diatas MMI yakin ada satu persamaan iaitu kehadiran peguam bagi mewakili diri masing-masing.Sama ada kehadiran itu berlaku dalam kamar mahkamah atau waktu-waktu tertentu peranan itu tetap ada.

So nak bandingkan peguam-peguam ni pula ker ??

Bukanlah !! Yang MMI nak kongsikan disini adalah sejauh mana hebatnya puak-puak barisan peguam yang mewakili Anwar dan dalam masa yang sama mereka-mereka yang mengaku peguam tetapi pro secara terang-terangan kepada pembangkang.

Kalau nak cerita satu persatu rasanya terlalu panjang , maka MMI putuskan untuk rangkumkan sekali supaya lebih ringkas.

Selama hampir 7 tahun kes liwat itu dibicarakan malah puluhan penangguhan kes telah dibuat dan kalau diikutkan daripada siri jelajah serta ceramah yang dihadiri sendiri oleh si peliwat sewajarnya keputusan akhir harus memihak kepada Anwar Ibrahim.

Soalnya kenapa itu tidak berlaku ??? 7 tahun tu bro !! Bukan satu jangka masa pendek yang boleh kita jadikan alasan tertinggal atau terlepas pandang di mana-mana !!

Yes hakikatnya perlakuan liwat itu berlaku dan ia berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwa tetapi berdasarkan kepada penafian Anwar serta sokongan daripada konco-konconya di setiap ruang adalah sesuatu yang mustahil Anwar GAGAL di mahkamah !!

Apakah yang menyebabkan keGAGALAN ini ???

Kepada keluarga Anwar Ibrahim dan seluruh macai pembangkang terimalah hakikat bahawa barisan peguam Anwarlah yang sebenarnya menyumbat Anwar ke penjara dek kerana KEGAGALAN mereka sendiri.

Mereka langsung tidak berupaya untuk membangkitkan sebarang BUKTI yang boleh dijadikan point untuk membela Anwar Ibrahim.Malah mereka turut sama dilihat GAGAL menasihati Anwar agar melakukan perkara-perkara tertentu di kamar mahkamah bagi membela dirinya.

Membiarkan Anwar membebel dengan hujah-hujah politik atau kegagalan barisan peguam Anwar untuk meyakinkan beliau supaya jangan menjadikan kamar mahkamah sebagai pentas ceramah politik adalah satu KEGAGALAN paling ketara yang WAJIB diketahui oleh macai-macai pembangkang.

Mereka mengaku hebat untuk mempertahankan Anwar tetapi di mana hebatnya mereka jika perkara sedemikian pun tidak mampu diuruskan ?

Tak cukup dengan itu ada lagi insiden melibatkan peguam pro-pembangkang yang amat memalukan sekali apabila tindakannya langsung tidak menunjukkan tahap profesionalisme yang sepatutnya ada pada diri setiap peguam.

Isu menghina mahkamah merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Christopher Leong bertajuk 'Datuk Seri Anwar Ibrahim: Prosecuted or persecuted?' yang disiarkan dalam MalayMail pada 11hb Februari 2015.

Yang sangat memalukan ialah Christopher Leong an The Malaysian Bar mengaku tidak membaca dokumen penghakiman Mahkamah Persekutuan dan bergantung kepada laporan media sahaja ! Hahaha bodoh rupanya ... Peguam apa ni ??? Baca ulasan blogger Dr MiM kat SINI.

Banyak lagi kepincangan yang berlaku sebenarnya tetapi cukuplah kalau MMI kata barisan peguam yang membela Anwar adalah pasukan haprak yang langsung tidak faham atau buat-buat tak faham dengan apa yang berlaku.

Sewajarnya puak macai pembangkang dan seluruh rakyat Malaysia perlu sedar bahawa barisan peguam ini sebenarnya tidaklah sehebat mana , mereka GAGAL bro !! So kalau ada keinginan untuk ambil peguam selepas ini cari sahaja peguam lain.

Seperkara lagi yang harus kita segera sedar adalah akibat daripada KEGAGALAN inilah ditambah dengan rasa MALU yang teramat sangat maka usaha dan gerakan sedang disusun untuk menyerang kredibiliti Tan Sri Shafiee selaku pihak pendakwa dalam kes liwat Anwar.

Lihat sahaja lalakan puak-puak pembangkang apabila Tan Sri Shafiee hadir serta mengikuti jelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan tentang perjalanan kes liwat Anwar Ibrahim berdasarkan fakta-fakta pertuduhan SETELAH PIHAK MAHKAMAH MEMBUAT KEPUTUSAN !

Mereka semacam cacing kepanasan ! Soalnya kenapa ? Bukankah selama ini pihak kamu (pembangkang) bebas berceramah dan mengadu domba di sana sini ?

Ada sesiapa yang menghalang ?

Soalnya kenapa perlu bimbang dengan kehadiran Tan Sri Shafiee ?

Well inilah yang MMI nak maklumkan sebenarnya bahawa Tan Sri Shafiee adalah seorang peguam TERBAIK yang telah berjaya melakukan tugas dan amanahnya berdasarkan BUKTI-BUKTI serta FAKTA yang menepati dengan proses perundangan negara.

Dalam kes liwat Anwar , Tan Sri Shafiee berjaya membuktikan bahawa perlakuan LIWAT itu berlaku  !!!

Jadi untuk mengelak daripada terus dicemuh kerana kegagalan mereka (peguam Anwar) , maka pembangkang perlu melakukan sesuatu kerana kehadiran Tan Sri Shafiee telah berjaya membuatkan seluruh rakyat FAHAM tentang apa sebenarnya yang berlaku.

PALING PENTING banyak perkara aib tentang Anwar terlondeh !!!!

MMI

Labels