Dalam ceramah terbarunya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini, dia telah mengumumkan yang beliau akan muncul sebagai 'Leftenan Adnan Moden' dengan matlamat untuk menentang UMNO dan menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Demi mengangkat nama Tok Guru dan Islam PAS, dia sanggup menggigit tangan bekas tuannya sendiri.
Tak salahkan sebilangan artis yang nak jadi hero. Boleh berceramah dipentas politik. Tak ada siapa nak marah. Tetapi kalau nak berceramah tu toleh lah kiri dan kanan. Ingat balik dari ceruk mana kita datang? Dari tangan siapa yang memberi peluang?
MMI nak mengulas sikitlah , LEFTENAN ADNAN adalah satu nama besar dalam sejarah negara kita malah perjuangannya terbukti penuh dengan semangat patriotik yang tak harus kita pertikaikan.Walaupun Leftenan Adnan gugur mempertahankan Singapura pada ketika British menjadi TUAN di bumi Melayu tetapi kegagahan serta keberanian Leftenan Adnan sebenarnya mengangkat maruah bangsa Melayu itu sendiri.
Agak sama dan ada perbezaan sekiranya nak di bandingkan Leftenan Adnan CELUP dengan Leftenan Adnan sebenar.
Persamaannya adalah kedua-duanya berkhidmat dibawah bangsa yang bukan Islam.Itu hakikatnya kerana Adnan sebenar di bawah British dan Adnan Celup di bawah Pakatan Haprak.
Perbezaannya adalah Adnan sebenar berjuang bagi mempertahankan tanahairnya dari penjajah malah menjadi lambang kekuatan bangsa Melayu sehingga ke hari ini.Tetapi Adnan Celup berjuang dalam PAS yang bersekongkol dengan Pakatan Haprak yang terdiri daripada mereka-mereka yang di bawa masuk oleh penjajah satu ketika dulu.
Perbezaan yang cukup ketara , dan kepada Hairie Othman tak payahlah nak menumpang naman Leftenan Adnan kerana rakyat Malaysia lebih tahu siapa sebenarnya pejuang dan siapa sebenarnya petualang.
Kerana negara kita ini demokrasi maka MMI rasa cukup sekadar Hairie Othman gunakan nama ADNAN CELUP saja sebab tak sesuai langsung untuk beliau samakan dirinya dengan LEFTENAN ADNAN hanya kerana pernah melakonkan watak tersebut yang langsung tak menjadi.
Hairie perlu ingat LEFTENAN ADNAN adalah satu nama yang cukup bermaruah dan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menentang bangsanya sendiri.
Kepada Adnan Celup kalau dah hebat sangat , apa kata bertanding saja sebagai calon kita tengok rakyat nak pilih siapa Adnan Celup ka atau pejuang rakyat !
MMI.