Followers

Thursday, 31 July 2014

Rakyat Selangor AMPA YAKIN KA Dengan Dia Ni ??


Berikutan kemelut politik melibatkan Pakatan Rakyat di bumi Selangor , Wan Azizah yang selama ini banyak berdiam diri kini tampil membuat kenyataan serta menyatakan kesediaannya untuk menjadi Menteri Besar negeri Selangor.

Jika sebelum ini hanya suara sumbang Anwar sahaja yang begitu yakin menamakan isterinya sebagai pengganti Khalid , kini langkah Anwar di sambung Presiden Parti Keadilan Rakyat ini.Malah pengumuman yang mendapat pelbagai reaksi dari kalangan pimpinan sekutu Pakatan Rakyat khususnya PAS dilihat banyak pihak sebagai usaha Anwar untuk memastikan legasi dan suaranya dapat diteruskan dalam barisan pembangkang.

Anwar tahu bahawa beliau akan hilang dari kancah politik negara sedikit masa lagi berdasarkan pertuduhan meliwat terhadap beliau , untuk itu Wan Azizah adalah agen terbaik untuk meneruskan kesinambungan perjuangan songsang beliau untuk merosakkan perpaduan sesama rakyat Malaysia demi memenuhi tuntutan nafsu politiknya.

Dalam pada itu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melahirkan kesediaannya memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Anggota Dewan Undangan negeri Kajang itu berkata beliau akan menurut keputusan dan amanah parti.

PKR sebelum ini telah memutuskan supaya Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.Wan Azizah berkata jawatan itu adalah satu tanggungjawab yang berat dan menganggap ia sebagai satu ujian.

Untuk rekod keputusan PKR itu telah menimbulkan krisis sesama parti dalam Pakatan Rakyat apabila Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz mempertahankan Khalid sebagai Menteri Besar.Malah persoalan tentang apa salah Khalid yang dilontarkan oleh Nik Aziz dalam kenyataan sebelum ini menimbulkan tanda tanya banyak pihak di luar sana.

Jika diamati jelas apa yang sedang berlaku di bumi Selangor tidak lain dan tidak bukan adalah satu lagi perancangan politik seperti mana yang berlaku sewaktu "Langkah Kajang" diperkenalkan.

Seperkara yang harus rakyat Selangor llihat adalah sejauh mana kemampuan Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar ? Adakah cukup beliau diangkat sebegitu rupa semata-mata kerana beliau merupakan Presiden PKR ?

Rakyat Selangor harus ingat bahawa Wan Azizah juga pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh ! 

Apakah yang telah beliau lakukan di Permatang Pauh semenjak memikul amanah sebagai Ahli Parlimen ?

Hingga kini Permatang Pauh tetap Permatang Pauh tidak ada sebarang perubahan yang dibawa oleh pimpinan ini malahan penggantian beliau dengan suaminya Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh hanyalah bersifat politik semata-mata.

Platform sebagai Ahli Parlimen digunakan oleh pasangan suami isteri ini hanya untuk kepentingan politik kepartian dengan nasib rakyat terus diabaikan.

Persoalan yang kini harus dijawab oleh rakyat Selangor , sejauh mana keyakinan anda bahawa Wan Azizah benar-benar menganggap jawatan sebagai Menteri Besar Selangor itu adalah tanggungjawab ? sumber 

MMI

MISI Balas Dendam Amerika Kini Bermula !!!


Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia pasti masih mengingati bagaimana pada satu ketika dulu pergeseran di antara Amerika Syarikat dan Rusia hampir-hampir mencetuskan perang dunia ketiga.Keadaan pada masa itu diistilahkan sebagai "Perang Dingin" dan seluruh dunia berada dalam kebimbangan kerana khuatir jika perang benar-benar tercetus , seluruh masyarakat dunia akan terkesan kerananya.

Ianya bukan soal Amerika dan Rusia semata-mata tetapi kerana senjata yang dimiliki oleh kedua-dua kuasa besar ini bukan sahaja mampu memusnahkan negara masing-masing tetapi akan mengakibatkan negara-negara lain turut terancam.

Namun "Perang Dingin" itu tidak berlarutan lama kerana Rusia kemudiannya mengalami konflik dalaman yang menyebabkan berlakunya perpecahan sehingga terbentuknya Ukraine.Rentetan daripada itu konflik diantara dua kuasa besar dunia itu semakin berkurangan walaupun perhubungan diantara kedua-duanya masih dingin.

Kini situasi hampir sama berulang ! Konflik yang tercetus di Ukraine dan kemudiannya insiden pesawat MH17 ditembak jatuh bukan sahaja menimbulkan kemarahan masyarakat dunia tetapi digunakan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu untuk kembali menjadi jaguh dunia.

Ini bukan sekadar ramalan tetapi berdasarkan kepada laporan daripada utusan online yang menyebut bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengumumkan Washington menyertai Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan baharu ke atas sektor tenaga, persenjataan dan institusi kewangan Rusia ekoran konflik di timur Ukraine dan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Menurut Obama, sekatan baharu itu dibuat sebagai tekanan ke atas Rusia berhubung isu kroni dan syarikat yang menyokong aktiviti haram Moscow di timur Ukraine.

"AS akan menyekat urusan eksport beberapa barangan tertentu dan teknologi Rusia selain sektor tenaga negara terbabit.

"Sekatan juga diperluas ke atas syarikat pertahanan dan bank Rusia termasuk projek pembangunan ekonomi di Moscow yang melibatkan pembiayaan pinjaman dan kewangan," kata Obama selepas mengadakan persidangan tergempar melalui video dengan pemimpin Britain, Perancis, Jerman dan Itali.

Satu tindakan pantas daripada sebuah kuasa besar dunia terhadap pihak yang mencetuskan pertelagahan dan mengakibatkan pihak yang tidak berdosa menjadi mangsa.Dalam beberapa keadaan ianya dilihat sebagai satu tindakan wajar memandangkan mereka yang mencetuskan peperangan seharusnya dikenakan tindakan sedemikian rupa.

Tekanan seumpama ini sememangnya harus disokong tetapi sejauh mana tindakan itu benar-benar bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada pihak yang mencetuskan konflik ?

Jika diamati saranan Tun Mahathir satu ketika dulu dalam salah satu persidangan peringkat antarabangsa , Tun pernah menyarankan agar mana-mana pihak yang mencetuskan peperangan harus dianggap sebagai penjenayah antarabangsa dan tindakan harus dikenakan terhadap negara-negara terbabit oleh kuasa dunia melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dan sudah pasti tindakan Amerika Syarikat bersama-sama dengan Kesatuan Eropah terhadap Rusia harus disokong.

Namun sejauh mana keyakinan masyarakat dunia terhadap tindakan tersebut ? Adakah ia benar-benar diambil kerana konflik yang tercetus atau kerana dendam perang dingin yang masih menghantui Amerika Syarikat ?

Walaupun Obama menafikan  dakwaan menyatakan pihak Barat akan mencetuskan Perang Dingin yang baharu terhadap bekas negara Soviet itu tetapi sekadar memberi amaran bahawa AS dan Eropah semakin hilang sabar terhadap kerajaan pimpinan Presiden, Vladimir Putin ianya masih belum memuaskan hati semua pihak.

Ini kerana kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan EU tidak pula mahu mengambil sebarang tindakan terhadap keganasan Rejim Israel kerana membunuh ribuan rakyat Palestin.

Adakah Amerika Syarikat dan seluruh badan dunia mengiktiraf tindakan Israel terhadap bumi Palestin ?

Justeru itu tidak salah kiranya kita menganggap tindakan terhadap Rusia oleh Amerika Syarikat dan EU hanyalah satu lagi senario "perang dingin" yang baru berasaskan kepada dendam lama semata-mata.sumber 

MMI

SELFIE DI KUBOQ Patut Ka Lagu Ni ??


Setakat nak berselfie dan sebagainya MMI tak pernah kisah pun dan bukan niat MMI nak ambil tahu hal tepi kain orang lain.Namun melihat kepada gambar selfie kat atas ni dengan senyuman sedemikian rupa rasanya tak kena kot !

Bagi MMI yang juga punya keluarga serta sanak saudara yang telah pergi mengadap ilahi perbuatan berselfie di tanah kubur amatlah tidak wajar dilakukan.Walaupun pada mereka hanya sekadar bergambar tetapi cara tersebut semacam biadap. 

Apa pun masing-masing punya cara dan niat tersendiri , kalau merujuk kepada Mufti Perak hukumnya HARAM !! Baca Sini

Psst agak-agaklah nak beraya pun !!

MMI

Mereka Bukan Sahaja BUTA Tetapi RAKUS Untuk Berkuasa !!


Keadaannya cukup jelas dan terang malah tidak ada mana-mana pihak pun yang boleh menyanggah kenyataan dibawah bahawa pemimpin pembangkang ini bukan sahaja mengamalkan kronisme dalam parti tetapi turut mahu mengheret seluruh pakatan pembangkang khususnya dalam PRK menganjung Anwar sebagai seorang pemimpin diktator.

Anwar sememangnya bijak kerana tempoh masa sebelum ini dipergunakan sebaiknya untuk menyusun jentera yang pro serta taat dan setia dengan kepimpinannya waima daripada DAP dan juga PAS.

Natijahnya kini PAS dilihat terkinja-kinja cuba mencari alasan mahu melepaskan diri di saat sebahagian daripada mereka sudah pun menyatakan pendirian menolak cadangan Anwar , namun sebahagian lagi menjadi pemujuk agar PAS terus menjadi keldai Pakatan Haprak.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki membongkar tindakan-tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperlihatkan sikap kediktatorannya.

Antara kediktatoran tersebut ialah mengumumkan strategi Kajang Move sebelum memaklumkan pimpinan PR yang lain serta mengumumkan isterinya Datin Seri Wan Azizah sebagai calon MB Selangor baru sedangkan belum ada perbincangan di kalangan pimpinan PR tentang perlukah Tan Sri Khalid Ibrahim ditukar.

Tindakan-tindakan kediktatoran ini membuktikan sifat hipokrit Anwar yang selama ini lantang bersuara tentang prinsip-prinsip demokrasi, ketelusan, kebebasan dan keadilan.

Antara kediktatoran Anwar lain yang turut didedahkan Dr Zuhdi ialah mengumumkan aktivis Kristian Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak jika PR menang, sedangkan tiada perundingan langsung dibuat di peringkat negeri dan pusat.

Selain itu Anwar juga didakwa telah mengumumkan projek 16 September 2009 tanpa berunding dengan PR dan mengumumkan Lim Kit Siang bartanding di Gelang Patah tanpa mengambil kira strategi bersama PR di Johor.

Dr Zuhdi juga mendedahkan bahawa Anwar telah mengumumkan Manifesto PR 2013 di Shah Alam tanpa mengambil kira cadangan yang telah dikemukakan oleh parti-parti komponen PR lain sehingga banyak perkara tertinggal.

Mereka bukan sahaja BUTA tetapi RAKUS untuk berkuasa !!

MMI

Wednesday, 30 July 2014

PAS Makin Hancing Bro !!


Hari Raya yang cukup memenatkan buat MMI namun puas kerana masih dapat bersama keluarga tercinta.Blog MMI bercuti selama 2 hari bagi memberikan penumpuan terhadap keluarga dan sanak saudara , bukan selalu setahun sekali jer gang.

Harapan MMI juga agar semua yang selalu singgah di blog MMI ceria dengan keluarga masing-masing , ingatlah keluarga yang kita miliki hari ini bukan boleh di tukar ganti.Sayangilah mereka selagi mana mereka masih mampu memberikan senyuman kepada kita.

Dalam sibuk beraya , MMI juga mengikuti perkembangan politik semasa dan ada di antaranya membuatkan jari-jemari ini seolah-olah memberikan isyarat supaya menulis tetapi MMI tahankan juga.Hari ni pun kalau diikutkan ada jemputan majlis-majlis yang MMI tak boleh tolak , jadi sebelum keluar MMI menulis sedikit...

Perkara pertama tentang isu di Selangor , MMI dah menulis tentang perkara ni dalam beberapa artikel yang lepas namun isu yang tengah heboh ketika ini adalah bab printscreen whatsapp AJK PAS Pusat yang sudah pun menjadi viral di semua saluran media.

MMI bukan nak mengulas tentang printscreen tu sebab semua dah sedia maklum tapi kenapa sehingga kini puak-puak PAS semacam kera kena belacan.

Statement tu asli malah sudah diakui oleh pihak yang menulis , habis diam puak-puak PAS sunyi sepi sampai langsung tak dengar bunyi.Malah kalau ada pun yang terlepas sikit-sikit.

Ada yang kata puak-puak PAS ni cukup takut dengan DAP dan PKR.Maklumlah selama ni asyik jadi pencacai ja.

Lagi satu kalau diikutkan isu yang tersebar tu , puak PAS pun dah meluat dengan cara dan permainan DAP dan PKR ni tapi apa boleh buat kononnya dah bai'ah ... Hmm tak fahamlah MMI , setia dengan pemimpin lebih dari setia dengan tuhan !!!!

Paling pasti asyik kena guna jaa ...

FAKTA - Kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PAS.Tanpa ahli dan penyokong PAS, Pakatan Rakyat tidak akan berfungsi. Akar umbi PR adalah PAS

FAKTA - Sejarah penubuhan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya jika PAS tidak terlibat. Ahli dan penyokong PAS buatkan PR nampak ramai dan kuat

FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong diawal penubuhan Pakatan Rakyat. Tanpa PAS parti Lim anak beranak tak bernyawa.

FAKTA - Hasil bantuan PAS, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa PAS sudah pasti DAP tumbang kepada MCA & GERAKAN

FAKTA - PAS merupakan tunjang kekuatan Pakatan Rakyat kerana ahli dan penyokongnya adalah Hardcore dalam memastikan PR terus relevan

FAKTA - PKR merupakan sekutu paling tidak berguna didalam Pakatan Rakyat kerana mempunyai ahli yg sedikit, pemalas, samseng & korup.

FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara PAS vs PKR kemenangan akan memihak kepada PAS di semua kerusi majoriti Melayu. 

FAKTA - Ahli & penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang dari UMNO, MIC, MCA, GERAKAN kerana masaalah Korupsi & Disiplin (SAMPAH)

FAKTA - PKR mengetuai setiap Demonstrasi yang diadakan Pakatan Rakyat namun tanpa penyertaan ahli PAS Demo PKR tidak akan mendapat sambutan

FAKTA - Lim Kit Siang & Lim Guang Eng KAFIR tak layak. Anwar Ibrahim masaalah Moral (LIWAT) tak layak. Hadi Awang paling layak ketuai Pakatan Rakyat. Suara PAS lebih ramai dalam PR.

FAKTA - Sedarlah wahai ahli & penyokong PAS, tanpa kamu Pakatan Rakyat tidak punya apa apa. Apatah lagi nak harapkan PKR yang ahlinya terdiri daripada SAMPAH & PENAGIH

FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan PAS. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong PAS terajui Pakatan Rakyat kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh.

FAKTA - Ahli & penyokong serta kepimpinan PAS, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP & PKR atau ketuai PR. 

PAS makin hancing bro .. 

MMI

Sunday, 27 July 2014

Mat Sabu Di PECAT ?!!


Kemelut kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor terus menjadi topik perbualan hangat semua pihak.

Malah kenyataan di antara sesama sendiri dalam parti yang sama juga boleh bercanggah dan tidak bersependapat.

Itulah yang berlaku apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan Khalid dikekalkan sehingga tamat mandat yang diberikan.

Malah kenyataan Abdul Hadi itu disokong Dewan Ulama PAS yang dinyatakan oleh Pemangkunya, Datuk Ahmad Yakob menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Itu sebelah pagi, namun pada sebelah petang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula memaklumkan kenyataan Abdul Hadi itu bukanlah keputusan rasmi parti itu.

Persoalannya macam mana sesama ahli boleh bercanggah pandangan dan pendapat ?

Apa yang pasti menurut Mat Sabu keputusan berhubung kedudukan Abdul Khalid hanya akan diputuskan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti setelah diadakan mesyuarat.

“Itu pandangan peribadi, kita akan mesyuarat 10 Ogos. Pada 10 Ogos nanti keputusan parti. 10 Ogos mesyuarat (dan) kita patuh pada keputusan mesyuarat,” kata Mat Sabu.Selanjutnya 

Haiyaaa Mat Sabu dia ingat dia sapa ?? Baru timbalan dia boleh kata keputusan Hadi tu bukan keputusan parti ??

MMI tak pastilah puak penyokong PAS  apa lagi !! Ampa nak simpan lagi ka Mat Sabu ni ???

Pecat ja bro !! Lebih baik pecat sahaja Mat Sabu sebelum langau ni merosakkan parti ampa ... 

MMI bagi nasihat jangan pula kata dengki na !!

Baca juga artikel di SINI

MMI

YAHUDI Bertempiaran Lari ROKET Al-Qassam Lalu Atas Kepala !!



JIKA pendatang Israel fikir mereka boleh bergembira dan hidup selamat di sebalik tembok tinggi yang memisahkan negara haram mereka dengan Palestin, ternyata percaturan itu silap sama-sekali.

Ternyata operasi serangan udara tentera mereka di Gaza pada bulan Ramadhan ini turut mengundang serangan roket bertubi-tubi daripada pejuang jihad Palestin.

Natijahnya, pendatang Israel akan dilanda ketakutan setiap kali siren kecemasan dibunyikan.

Ia memberi amaran setiap kali berlakunya serangan balas daripada pihak pejuang.


Gambar atas menunjukkan roket melintasi majlis perkahwinan puak Yahudi sebelum ianya di pintas oleh Iron Dome.

Roket terbaru R 160 milik pejuang Hamas, Brigade Izzudil al-Qassam  mampu mencapai sehingga sejauh 150 km ke wilayah Palestin di Haifa yang dikuasai Israel dari Gaza.

R 160 adalah roket terbaru Al-Qassam 'R' pada roket tersebut merujuk kepada pejuang Gaza Abdul Aziz Rantisi salah satu pemimpin Hamas yang syahid ditembak oleh pasukan Israel pada March 2004. Manakala angka 160 merupakan jarak roket.

Sementara itu sekurang-kurangnya empat roket M 75 milik Al-Qassam berjaya mencapai sejauh kota Al-Quds. Pekikan takbir dari jamaah menggema dari masjid Al-Aqsha menyambut Roket dari Gaza yang mengenai tanah Palestin yang diduduki Israel itu.

Sejak awal Ramadhan Israel terus meningkatkan serangan terhadap Gaza menggunakan pesawat tempur F-16, Drone dan helikpter apache nya.

Mungkin inilah ‘harga’ yang perlu mereka bayar akibat kekejaman para pemimpin Zionis terhadap rakyat Palestin. Kini mereka hidup dalam ketakutan...takut mati.

MMI

TERKINI ISRAEL Di SERANG !!!


Puak Yahudi laknat ni bukanlah puak yang berani sangat , mereka angkuh apabila punya keupayaan dari segi persenjataan yang canggih selain daripada sokongan pihak-pihak seperti Amerika Syarikat.Jika diamati beberapa insiden serangan roket pejuang Al-Qassam sebelum ini , jelas YAHUDI adalah bangsa paling bangsat yang tidak punya keberanian seperti mana anak-anak muda Palestin yang berbekalkan batu dan lastik.

Kini mereka tahu bahawa orang Islam di bumi Palestin bukan lagi mereka yang dulu boleh ditekan dan diusir.Mereka kini sudah tidak sabar lagi dan bangun berjuang walaupun kekurangan dari segala segi.Kesannya warga YAHUDI itu kini hidup dalam ketakutan.

Untuk rekod sememangnya terdapat serangan roket oleh Briged Al-Qassam terhadap Israel namun ada satu lagi serangan yang membuatkan MMI bertepuk tangan tanda setuju sangat dengan apa yang telah dilakukan oleh sekumpulan mereka yang mengaku pro-Palestin ini.




PEMAIN BOLASEPAK ISRAEL KENA BELASAH PENYOKONG PRO-PALESTIN
Penyokong pro-Palestin telah membelasah pemain bola sepak Israel ketika perlawanan persahabatan antara kelab bola sepak dari Israel, Maccabi Haifa dan kelab dari Perancis, Lille di Austria sehingga pengadil terpaksa menghentikan perlawanan.
Dipetik dari Mynewshub, penyokong pro-Palestin dikatakan telah meluru ke pemain Israel dan mula mencetuskan pergaduhan.
Bagaimanapun, sebahagian besar pemain Maccabi Haifa sempat meninggalkan stadium tanpa sebarang kecederaan serius.
Insiden ini merupakan salah satu sokongan masyarakat dunia yang mengutuk serangan zalim tertera Zionis terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza sejak dua minggu lalu.sumber 
Terbaiklah .. Ini yang sepatutnya masyarakat dunia lakukan hari ini , selain daripada bantahan serta bab-bab boikot ni kita harus halau puak-puak ni kalau terjumpa.Kepada mereka yang bagi penendang kepada puak YAHUDI tu MMI ucap TAHNIAH !!

MMI

Saturday, 26 July 2014

Ambiga Yang mengaku Non-Partisan & Kit Siang Yang Mampu TERBANG ?!!

 

Ratu BERSIH Ambiga S yang baru-baru ini menubuhkan NGO baru bernama Negaraku, kononnya bersifat neutral dan non partisan. Apabila Ambiga S bersekongkol dengan parti politik DAP di atas pentas politik dengan tujuan kepartian, apa maksud yang cuba hendak disampaikan? 

Nampak gayanya, Negaraku ditubuh hanya sebagai wayang opera Cina. Ke arah mana NGO Negaraku hendak dibawa sudah terserlah nampak gayanya.

Sejak bila mesyuarat jawatankuasa Gelang Patah diadakan di Pulau Pinang? Kenapa mesyuarat Jawatankuasa berkenaan tidak diadakan di Johor ?

Apakah Lim Kit Siang menggunakan kawalan jauh atau 'remote control' untuk mengadakan mesyuarat dari Pulau Pinang. Jadi tidak hairanlah kita bagaimana beliau sebagai Wakil Rakyat Gelang Patah sepanjang masa tiada di kawasan. Rupanya Lim Kit Siang ada ilmu berkhidmat dengan penduduk Gelang Patah secara kawalan jauh.sumber 

Kit Siang terbang ker ??? Hahahaha ... veteran DAP paling sengal pernah rakyat Malaysia lihat . Moga-moga generasi selepas MMI dapat merasasi sendiri bagaimana politik negara dimonopoli oleh bangsa luar ?

MMI

Datuk Azeez Rahim Ketuai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza @azeezputera


Satu Sidang Media teah diadakan siang tadi di pejabat urusan Kelab Putera 1 Malaysia Jalan Kg Attap Kuala Lumpur untuk mamaklumkan tentang persiapan serta perkembangan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Pengerusi KP1M Datuk Seri Azeez Rahim membuat pengumuman beliau akan mengetuai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada awal bulan Ogos 2014.

Menurut Azeez delegasi kali ini adalah seramai 65 orang terdiri daripada para doktor pakar, pasukan media, dan sukarelawan. Beberapa syarikat telah membekalkan peralatan seperti jaket kalis peluru, topi keselamatan kalis peluru dan boot keselamatan untuk petugas yang akan berangkat ke Gaza.

Turut hadir ke sidang media ini adalah His Excellency Dr Anuar merupakan Duta Palestine di Malaysia. Pada foto diatas beliau duduk disebelah kiri Azeez.

Sama-sama kita doakan agar mereka dilindungi dari sebarang perkara yang tidak diingini .Amin.

MMI

Cerita Tentang Timbalan Yang Hadi Awang Tak Tahu !!

 

Hadi Awang sememangnya Presiden PAS tetapi sebagai Presiden tidak semestinya beliau tahu segala gerak geri mana-mana pemimpin yang berada di bawahnya.MMI bukan sengaja mahu mereka-reka cerita tetapi apa yang bakal MMI ceritakan nanti punya kaitan dan seharusnya Hadi Awang atau mungkin sebahagian besar perwakilan yang bertanggungjawab sewaktu muktamar lalu kenal dan bersedia.

Tak perlu MMI sembunyikan lagi kerana ianya berkisar tentang Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS yang seharusnya sehati dan sejiwa dengan pucuk pimpinan tertinggi Hadi Awang.

Namun ada sesuatu yang agak pelik berlaku selang dua tiga hari ini apabila keputusan Anwar Ibrahim untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon bagi menggantikan Khalid Ibrahim di kedudukan Menteri Besar benar-benar mengejutkan MMI.

MMI sebenarnya taklah terkejut dengan pengumuman Anwar berkaitan nama calon tu sebab PKR ni memang dah tau jenis apa .. Tapi isi pengumuman tersebut yang dengan jelas menyatakan bahawa keputusan itu dipersetujui oleh semua pihak dalam Pakatan Haprak sama ada daripada PKR , DAP mahupun PAS.

Hebat bukan ? Semua pihak bersetuju untuk berada di bawah kekuasaan "The White Wish" !! kihkih ..

Namun apa jua pengumuman yang dibuat , keadaan tiba-tiba sedikit berubah ...

Bagaimana keputusan itu boleh dibuat oleh Anwar Ibrahim sedangkan dalam masa yang sama Hadi Awang tidak menyatakan persetujuan malah mengambil pendirian menyokong kedudukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor ?

Hah !! Apa sudah jadi ?? Macam mana Anwar boleh bikin ribut macam ni ?? 

Opssss ampa jangan silap berdasarkan tilikan MMI , Anwar bersalah sikit sangat dalam hal ini memandangkan sewaktu keputusan itu dibuat wakil PAS yang hadir adalah si Mat Sabu yang satu ketika dulu terkenal sebagai peminat JER BONG di Jarak.

Secara mudahnya dalam mesyuarat presiden yang diadakan Hadi Awang tidak hadir dan Mat Sabu jadi orang paling tinggi dalam parti PAS pada ketika itu.Maka seperti biasa Mat Sabu akan hanya mengangguk tanda setuju.

Biasalah sapa tak kenal Mat Sabu , kaki angguk janji tak missed syoru !!

Maka kerana itulah Anwar berani kata semua pihak memberikan sokongan terhadap cadangan beliau.

Soalnya apa yang Mat Sabu buat ? Dia tak bincang dengan Hadi ka ? Timbalan apa kalau bos sendiri pun nak sailang ??
Kenyataan Presiden PAS yang menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sudah pasti mengejutkan Anwar Ibrahim yang meletakkan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.Sebelum ni dalam mesyuarat majlis presiden pakatan, hanya Mat Sabu yang hadir dan menyatakan sokongan sedangkan Haji Hadi yang mempunyai kuasa dalam pentadbiran PAS tidak turut serta dalam perbincangan tersebut.
Kenyataan Haji Hadi nampaknya memberikan impak kepada hajat yang diingini oleh Anwar bagi meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar.
Hadi pulak mengambil pendekatan untuk berunding dengan ADUN dan EXCO PAS di Selangor yang rupanya juga tidak bersetuju jika Menteri Besar Selangor digantikan dengan Wan Azizah. 
Tu dia !! Ampa nampak dak apa yang si Mat Sabu ni cuba buat ? Ampa nampak dak macam mana dia kena cucuk hidung dengan Anwar ?

Bersetuju tanpa berbincang dengan ketua sendiri sudah cukup untuk MMI katakan bahawa PAS dalam bahaya !

Tunggulah beberapa ketika sahaja lagi sekiranya perkara sebegini tidak dapat diselesaikan nescaya PAS yang kini hilang rentak akan mula hilang maruah pula.

Kepada Hadi dan seluruh perwakilan PAS yang sudah pun membuat keputusan untuk memilih Mat Sabu waktu muktamar dulu , sedaqlah dan terima hakikat keputusan ampa memilih Mat Sabu adalah satu kesilapan paling besar dalam sejarah PAS.

Akhir kata sendiri mau sedaqlah noo ..

MMI

Bukan Setakat Jalan Ja SESAK !!


DALAM tempoh berbaki dua hari lagi sebelum sambutan Aidilfitri, jutaan rakyat Malaysia mungkin sedang memandu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing pada masa ini.

Natijahnya, bukan sahaja jalan raya turut sesak, malah tandas di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) juga mengalami ‘kesesakan’!

Gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini merupakan suasana di R&R Ladang Bikam, Perak,  sebentar tadi.

Aduhai, tak dapat dibayangkan macam mana kalau perut sudah memulas-mulas, memang naya dibuatnya.

Apa boleh buat, redha sajalah…sumber mynewshub

Teringat MMI dengan cerita Man Laksa aksi kat jamban tu hihi !! Apa pun hati-hati memandu semua ..

MMI

Mereka Adalah Yang Paling TERKESAN #MH17 #MH370


Majlis khas bacaan doa antara agama bagi memperingati 298 mangsa tragedi MH17, malam Jumaat di Akademi Penerbangan Malaysia, Kelana Jaya berlangsung dalam linangan air mata.

Sepanjang majlis berlangsung, kelihatan  jemputan tidak dapat menahan sebak dan kesedihan terutama ketika doa dibacakan.

Majlis anjuran MAS turut membabitkan upacara ritual pelbagai keagamaan lain.

Hadir sama di majlis ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Selain itu, ia turut dihadiri beberapa ahli keluarga mangsa, kakitangan MAS, wakil-wakil kedutaan negara yang terlibat dalam kejadian itu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa untuk mangsa dan krew MH17 yang beragama Islam, disusuli doa serta ritual untuk penganut agama Kristian, Sikh, Buddha, Tao dan Hindu.

Turut dilihat tidak dapat menahan perasaan ialah sekumpulan krew MAS yang mengalirkan air mata apabila gambar mangsa yang terkorban ditunjukkan di skrin sebelum majlis dimulakan.

Penerbangan MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di sempadan Ukraine-Rusia Khamis lalu, dipercayai ditembak jatuh.

Seramai 298 mangsa terkorban dalam kejadian itu dengan 43 daripadanya terdiri daripada rakyat Malaysia.

Dikesempatan ini MMI ingin mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan kepada semua kakitangan MAS anda semua adalah yang terbaik namun kita harus belajar menerima ketentuan tuhan bahawa kematian dan kehilangan itu akan hadir kepada setiap dari kita.

Kesedihan adalah lumrah kepada manusia cuma kita yang masih hidup perlu teruskan kehidupan dan perjalanan kita.Percayaah destinasi kita masih jauh...

MMI

Aksi Bogel Bakar Semangat Tentera ISRAEL SHAME ON YOU !!


Berikutan serangan bertali arus tentera Rejim Israel terhadap bumi Palestin , ramai dikalangan warga Palestin yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan barua-barua yahudi ini.Seluruh penduduk dunia menyatakan bantahan melainkan warga sesama yahudi khususnya Amerika yang sentiasa menjadi penyokong tegar.

Namun telahan penduduk dunia bahawa rakyat Palestin akan sekali lagi menjadi mangsa peperangan berat sebelah ini ternyata sedikit meleset.

Untuk makluman tentera rejim zionis ini bukan sahaja terpaksa menyediakan semula pelan serangan mereka tetapi telah menerima tentangan paling sengit dalam sejarah pencerobohan Israel terhadap Palestin.

Pejuang Hamas ternyata bukan lagi calang-calang pejuang bila mana pihak rejim zionis kini menerima jumlah kematian dan kecederaan yang tinggi jika dibandingkan dengan insiden sebelum-sebelum ini.

Malah bukan setakat itu moral tentera zionis ini juga kini dilaporkan semakin merosot malah ada dikalangan mereka yang tidak lagi mahu terlibat dalam pertempuran secara terbuka dengan Briged Al-Qassam.Ketakutan itu menyelubungi sebahagian besar tentera zionis yang digelar IDF.

Disebabkan itu maka pihak zionis kini dilihat sedang cuba untuk menaikkan moral para tenteranya dengan mewujudkan sebuah laman facebook yang menghimpunkan wanita-wanita dan lelaki separuh bogel dengan perkataan menyatakan sokongan terhadap IDF di tubuh badan mereka.


Tak perlu MMI sertakan link disini kerana ampa semua pasti mampu mengesan laman facebook diatas.Amat memalukan sekali kerana tindakan sedemikian hanya dilakukan oleh mereka yang tidak punya maruah dan ianya membuktikan betapa DAYUS dan PENAKUTNYA tentera-tentera Rejim Zionis.

Sememangnya puak-puiak YAHUDI bangsat ini BIADAP dan kebiadapan itu bukan sahaja di terjemahkan dalam bentuk penindasan terhadap rakyat Palestin tetapi juga terhadap tentera serta bangsa mereka sendiri.

Kalau ada sesiapa yang masuk ke laman facebook yahudi tu ampa boleh tengoklah sokongan juga hadir dari Rejim Obama di Amerika Syarikat. 

MMI

Friday, 25 July 2014

AIDILFITRI Terakhir Buat Khalid ...

 

Walau apa jua yang berlaku Khalid Ibrahim perlu menerima hakikat bahawa begitulah PKR.Sebuah parti yang akan melakukan apa sahaja yang dikira mampu memberikan pulangan politik walaupun perlu mengorbankan rakan dan sahabat sendiri.

Khalid adalah mangsa terbaru dalam PKR dan mungkin juga antara mangsa yang punya kedudukan tertinggi dalam sebuah kerajaan yang berdiri atas nama Pakatan Rakyat.

Jika sebelum ini Khalid mungkin ditatang bagai minyak yang penuh kini segalanya mungkin boleh dianggap sebagai salah satu kenangan terindah dalam hidup Khalid selepas ini.Karier politik Khalid jika dilihat kepada suasana terkini mungkin masih boleh diteruskan tetapi melihat kepada kesungguhan para pemimpin PKR yang punya talian hayat paling besar dalam parti tersebut , Khalid mungkin boleh melupakan terus kedudukannya dalam politik parti selepas ini.

Semua ini berlaku dalam sekelip mata di waktu pemimpin pembangkang ini berusaha dan sedang cuba untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Selangor.Barangkali sudah menjadi lumrah agaknya sesiapa jua dalam parti Pakatan Rakyat yang cuba menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dengan sebaik-baiknya akan menerima nasib yang sama iaitu dipinggirkan daripada parti.

Sejarah sudah tercatat bagaimana Hasan Ali turut disisihkan hanya kerana perjuangannya untuk membasmi arak.Malah yang lebih mengjengkelkan beliau di pecat serta merta daripada parti yang mengaku ISLAM sebagai perjuangannya.

Tidak cukup dengan itu Nasharuddin juga menjadi mangsa apabila beliau disabitkan dengan usaha untuk merealisasikan kerajaan perpaduan.

Siapakah yang menjadi dalang kepada keputusan-keputusan ini ?

Hadi Awang ? Rasanya sukar sekali untuk seluruh rakyat Malaysia mempercayai bahawa keputusan tersebut dibuat oleh PAS tanpa ada sebarang campur tangan pihak lain.

Begitu juga dengan parti DAP , lihat sahaja apa yang berlaku terhadap DAP Kedah dan juga Jenice Lee Adun Teratai semuanya disisihkan daripada parti hanya kerana sedikit lantang dan dikira tidak menghormati mereka-mereka yang menguasai Dinasti Lim.

Apakah semua ini tidak punya kaitan antara satu sama lain ?

Mustahil ianya berlaku hanya disebabkan oleh agenda politik yang tidak sehaluan kerana ada perkara lain yang jauh lebih dasyat berlaku disebalik semua yang terjadi.

Kini masa dan ketikanya Khalid Ibrahim menjadi sasaran , isu penggantian beliau dengan Wan Azizah bukan sahaja menjadi viral dalam saluran media tetapi hanya menanti masa yang sesuai untuk kerusi empuk Menteri Besar Selangor itu menerima haba panas punggung Wan Azizah.

Soalnya sejauh mana kemampuan Wan Azizah sekiranya dibandingkan dengan Khalid Ibrahim ?

Jangan lupa sebelum ini kita mendengar beberapa pihak turut tidak bersetuju dengan kehadiran Wan Azizah untuk menggantikan Khalid Ibrahim.PAS dan DAP Selangor boleh dikatakan antara yang menentang secara lembut cadangan terbabit.

Namun sejauh mana ia mampu bertahan atau memberikan kesan kepada kerakusan nafsu Anwar Ibrahim yang mahukan isterinya menjadi Menteri Besar ? Pelbagai alasan diberikan untuk memastikan cadangan itu bukan sekadar cadangan tetapi menjadi kenyataan.

Mengambil kira tindakan Nasruddin Hassan Tantawi yang menentang secara langsung tindakan Wakil Rakyat Kajang meletakkan jawatan semata-mata untuk memberikan lauan kepada Anwar sebelum ini langsung tidak diendahkan , apakah kelansungan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mampu merubah keputusan Anwar untuk membawa Wan Azizah yang bukan anak jati Selangor menjadi Menteri Besar ?

Malah DAP kini dilihat sudah berubah nada , parti cauvinis ini bukan sahaja sudah menyokong keputusan Anwar tetapi turut memulakan gerakan menyerang Khalid Ibrahim apabila bersedia memberi sokongan penuh kepada "siapa sahaja" calon menteri besar yang dicadangkan oleh PKR, tidak kira sama ada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau pemimpin PKR lain, selepas hilang sabar dengan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hilang sabar ? Kenapa secara tiba-tiba DAP begitu berani membuka mulut di bumi Selangor ?

"Kamu sampai kepada satu peringkat di mana kamu tidak boleh berkomunikasi lagi dengan MB," kata salah seorang pemimpin kanan DAP peringkat bahagian kepada salah satu portal pro-pembangkang.

Pemimpin itu mendakwa Khalid yang juga ADUN Pelabuhran Klang tidak mahu mendengar pendapat orang lain dan melihat perbezaan pandangan yang berbeza sebagai satu masalah.

Pemimpin DAP itu mendakwa Khalid mahu semua pihak mengikut caranya berhubung isu lebuhraya Kidex dan meyifatkan hanya beliau seorang sahaja yang mampu berfikir mengenainya.

Apa benar Khalid mahu semua pihak mengikut caranya ? Atau ada pihak lain yang mahu Khalid mengikut cara mereka ?

Suasana politik di Selangor kini bolehlah dikatakan sedikit muram apabila Khalid Ibrahim di lihat berseorangan dalam mendepani serangan bertali arus ini.Walaupun beliau mempunyai pengikut yang masih setia dengannya persoalan timbul selama mana kesetian itu mampu bertahan disaat seluruh jentera parti sedang menyerang habis-habisan ?

Walaupun ada pihak yang masih mahukan Khalid kekal sebagai Menteri Besar , ianya tidak akan memberikan impak yang mampu merubah  yang sudah pun dibuat.

Paling pasti Khalid harus menerima hakikat bahawa Aidilfitri kali ini merupakan Aidilfitri terakhir beliau sambut sebagai seorang Menteri Besar.utaranews.com

MMI

Keadaan Sudah Mula SESAK Hati-Hati Memandu Semua


Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan mulai sesak di beberapa kawasan tengah hari ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata, trafik menghala ke utara dilaporkan bergerak perlahan dari Gopeng menuju Simpang Pulai akibat lori terbakar di kilometer 294.4 dan dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

"Bagi hala selatan pula, trafik bergerak perlahan dari Sedenak menuju ke Pulai Jaya akibat satu kemalangan di kilometer 32.6,'' katanya di sini hari ini.

Sementara itu, bagi laluan ke Pantai Timur pula, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia pula berkata trafik mulai bertambah di Plaza Tol Gombak, tetapi masih lagi terkawal.

"Sedikit kesesakan berlaku di Plaza Tol Jabur di laluan lorong tunai,'' katanya.Bernama

Sehingga artikel ini di tulis keadaan di sebelah utara juga semakin sesak dan suka MMI ingatkan kepada semua pandu dengan hati-hati semoag selamat sampai.

Jangan ikut emosi bro !! Elakkan berulangnya insiden Stereng lock , ingat kamera ada di mana-mana !!

MMI

JOM Bersolidariti Bersama Azizul #WeSupportAzizulhasni


Nampaknya sukan juga turut punya sentimen politik tersendiri dan seperti mana yang kita ketahui politik seharusnya tidak dicampur-adukkan dengan semangat kesukanan namun lain halnya yang berlaku di Glasgow kali ini.

Atlet lumba basikal negara , Azizulhasni Awang yang mengenakan sarung tangan tertera perkara "SAVE GAZA" sewaktu berlumba pada peringkat suku akhir semalam jelas mengundang rasa tidak selesa pihak penganjur Sukan Komanwel kali ini.

Menurut laporan The Guardian, sarung tangan yang tertera slogan 'Save Gaza' berbaur protes politik.

Jurucakap kejohanan itu berkata mereka telah meminta Ketua Kontinjen Malaysia untuk membuat laporan sebelum sebarang tindakan diambil ke atas Azizul.

Persoalannya apakah menjadi kesalahan kepada Azizul dan pasukan Malaysia untuk menyatakan sokongan terhadap negara Palestin yang pada ketika ini sedang diserang oleh rejim Israel ?

Jom bersolidariti Klik Sini 

MMI

Jangan Sampai Jadi MANGSA !!


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu rakyat Selangor diperalat sebagai batu loncatan ke Putrajaya bagi memenuhi agenda politik pihak tertentu.

Beliau mengakui Pakatan Rakyat perlu bercita-cita untuk terus berkembang dengan menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran untuk ke Putrajaya.

Bagaimanapun, katanya, Pakatan Rakyat perlu memberitahu rakyat yang mungkin tidak memikirkan negeri itu akan dijadikan sebagai alat.

“Kalau ini (asas ke Putrajaya) hendak dijadikan, adalah baik bagi Pakatan meminta mandat semula kepada rakyat Selangor.

“Kita mestilah mempertahankan prinsip. Kita menjalankan reformasi untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan diri sendiri,” katanya dalam temu bual dalam lidah rasmi SelangorKini.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan untuk menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya ketika memulakan pelan Langkah Kajang.

Bagaimanapun, ia tersekat berikutan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak boleh bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, sebaliknya diwakili isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Pada temu bual itu, Abdul Khalid turut ditanya mengenai dakwaan berkaitan Splash yang dikatakan mendekati individu dalam PKR untuk mendapat penyelesaian yang berpihak kepada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

“Jika itu berlaku bermakna parti membenarkan seseorang melobi ke atas keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri.

“Ini membelakangkan tujuan memberikan kuasa rakyat dapat kebaikan dan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab,” katanya.

Beliau mahu hal itu dihindar dan menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri untuk menentukan pembelian konsesi air dibuat dengan harga munasabah dan menguntungkan rakyat.Selangorkini

MMI

KECOH Lim Kit Siang BERTAUBAT ?!!


Entah mengapa secara tiba-tiba Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP ini bernada sedemikian.Jika sebelum ini bapa pencetus isu perkauman di Malaysia ini sering kali membela rakan-rakannya yang menghina bangsa Melayu , Kit Siang secara tiba-tiba mengajak semua pihak agar bersatu padu bagi mengakhiri ketegangan antara kaum , agama dan perlakuan ektremis.

Kit Siang hari ini menyeru rakyat Malaysia agar tidak hanya bersatu hati ketika berlaku tragedi MH17, tapi meneruskannya dalam kehidupan seharian agar keharmonian dapat dikekalkan.

Menurutnya, kesepakatan yang berlaku semalam apabila semua pihak sama ada dari kerajaan atau pembangkang sebulat suara menerima usul Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan cerminan perpaduan merentasi perbezaan yang wajar diteruskan.

Sehubungan itu, beliau memohon rakyat Malaysia supaya berhenti sejenak dan bertanya mengapa perpaduan serta kesepakatan antara sesama hanya dapat dicapai pada saat genting. 

Satu saranan yang amat menarik untuk dikupaskan , apatah lagi ianya datang dari seorang pemimpin veteran pembangkang yang pernah terlibat dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Mungkin Kit Siang diusia tuanya kini sudah mula memikirkan tentang kebaikan untuk bersama-sama menerajui negara dan meninggalkan kerja-kerja kotor mereka selama ini.Namun persoalannya sejauh mana saranan itu benar-benar datang dari hati pemimpin DAP ini ? Atau ianya sekadar momokan politik ?

“Memang, kita semua bersatu dalam rasa kesedihan, hiba, memberi sokongan dan simpati kepada nasib keluarga mangsa, saudara-mara dan rakan-rakan termasuk pekerja-pekerja MAS.

“Tapi, kita juga harus berhenti seketika dan bertanya kenapa ia hanya mampu dilakukan apabila terdapat bencana serta malapetaka tetapi tidak dalam keadaan biasa. Kita mesti mengenang semula kebenaran dan pepatah ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

“Inilah masanya rakyat bercakap dalam bahasa perpaduan, kesederhanaan, toleransi dan keadilan. Bukan lagi perpecahan, ektremisme, kebencian dan ketidakadilan,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menegaskan, pelbagai kejadian berlaku sejak 14 bulan lalu yang menjurus kepada kebencian.

“14 bulan lalu, negara seolah-olah hilang arah dan menuju status ‘negara gagal’ dengan kejadian yang mendorong perpecahan.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa negara ini tidak pernah melihat polarisasi kaum dan agama yang begitu teruk sekali semenjak Pilihanraya Umum tahun lalu,” ujarnya.

Jika diamati kenyataan Kit Siang ini jelas sekali beliau sememangnya sudah bertaubat dan taubat ini mampu memberikan ruang dan peluang untuk negara terus maju tanpa sebarang konflik politik seterusnya menjadikan warga Malaysia aman dan tenteram.

Soalnya sejauh mana keyakinan anda terhadap kenyataan pemimpin DAP ini ?

Seperkara yang harus kita perhatikan adalah beliau masih berdiam diri dan terus membela manusia-manusia seperti RSN Rayer (CELAKA) , Teresa Kok (VIDEO SATIRA) , Lee Khai Loon (KANGKUNG) , Yuki Tan (HINAAN MH17) dan lain-lain.

Adakah ini yang dimaksudkan oleh Kit Siang sebagai bahasa perpaduan, kesederhanaan, toleransi dan keadilan ?

Malah jika Kit Siang benar-benar ikhlas dengan kenyataannya , beliau harus mengepalai DAP untuk membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan kerajaan kerana tindakan DAP sewaktu tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 !

Kit Siang harus menangis dengan teresak-esak dan menyesali segala perbuatan DAP yang telah menyebabkan negara diistiharkan sebagai darurat pada ketika itu.

Kalau setakat membuat kenyataan dan masih menuding jari kepada pihak lain rasanya Kit Siang tidak ubah sekadar pelakon di pentas opera cina.

Nampak cantik kerana topeng yang di pakai tetapi hodoh dalam keadaan sebenarnya.sumber 

MMI

Semoga Mazidul Segera SEMBUH !!


MMI bukanlah seorang rakan mahupun sahabat yang sering duduk bersama , berbincang dan makan sekali tetapi secara tidak langsung persahabatan yang wujud melalui dunia maya ini menjadikan MMI merasakan terlalu dekat dengan sahabat-sahabat yang seangkatan.

Untuk makluman sahabat kita Sdr Mazidul Akmal Sidik seorang wartawan dan juga penulis blog telah dimasukkan ke hospital kerana serangan angin ahmar.Hampir sebulan wartawan rancangan jenayah 999 ini menerima rawatan di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Dan semenjak itu beliau masih lagi separa sedar setelah satu pembedahan dijalankan bagi membuang darah beku di bahagian kepalanya.

Walaupun tidak mengenali secara dekat MMI tetap berdoa dan mengharapkan Mazidul cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti sebelumnya.

Kepada yang lain sama-sama kita doakan sahabat kita ini cepat sembuh , rindu dengan kata-kata beliau dalam rancangan 999 ! 

Kepada Mazidul , Be Strong You Can Do It Bro !!

MMI

Media Barat Tuduh Putera Mahkota Selangor MURTAD Adalah PALSU


Sebuah portal berita barat, World News Daily Report telah mengeluarkan sebuah artikel yang mengatakan Putera Mahkota Selangor telah pun keluar dari agama Islam dan memeluk agama Kristian Katolik. Walau bagaimanapun kesahihan portal tersebut menjadi persoalan disebabkan terdapat beberapa kes sebelum ini dimana portal tersebut menyebarkan berita palsu atas kemungkinan untuk menarik trafik. 

Malah portal tersebut turut menyatakan bahawa portal mereka hanyalah sebuah portal berita satira (sindiran) yang direka-reka. Kepakaran mereka ialah menerbitkan berita palsu untuk hiburan pembaca mereka. Lebih membimbangkan lagi terdapat rakyat Malaysia yang mempercayai artikel dari portal tersebut. Hal ini ada dijelaskan di laman Disclaimer portal tersebut.

Menurut portal tersebut Tengku Amir Shah berbuat demikian kerana ingin mengahwini seorang model yang berasal dari Sepanyol Cristina Gomez yang baru berusia 16 tahun. Cristina dikatakan meletakkan syarat agar Tengku Amir Shah menukar agama jika ingin mengahwini beliau. Portal tersebut turut menuduh bahawa Tengku Amir Shah sering meminum arak dan berpesta secara bebas. Portal tersebut menyatakan Tengku Amir Shah telah dibabtiskan di sebuah gereja bernama Santa Maria di Braga, Portugal.

Didalam artikel bertarik 24 Julai 2014 tersebut portal tersebut turut menyatakan bahawa Tengku Amir Shah sering terlibat dengan seks bebas dan mempunyai masalah ketagihan dadah. Portal tersebut menuduh Tengku Amir Shah telah memasuki pusat pemulihan dadah sebanyak 3 kali dalam tempoh 18 bulan.

"The Malaysian prince known for his outlandish sex orgies and drug addiction problems, having been through rehab no less than three times in the past 18 months, has promised to change his ways and claims to be a new man." - World News Daily Report

Walau bagaimanapun keraguan dan kesahihan berita dari portal tersebut diragui disebabkan portal berikut turut mendakwa berita tersebut telah mengejutkan komuniti Islam di Malaysia sedangkan tidak ada sebarang berita mengenai perkara ini disiarkan di dalam mana-mana media di Malaysia setakat ini. 

Artikel tersebut diragui kesahihannya atas faktor tidak mungkin perkara ini tidak mencetuskan masalah diplomatik antara Malaysia dan Portugal jika benar Tengku Amir Shah dibabtiskan di negara tersebut. 

Adalah dibimbangkan jika artikel yang dikeluarkan oleh portal berkenaan sekadar cuba mengambil kesempatan menaikkan rating diatas nama Malaysia yang menjadi sebutan disebabkan kes MH17 baru-baru ini. Rakyat Malaysia dinasihatkan berhati-hati dalam memilih sumber berita yang sahih jika merujuk sumber berasaskan internet. Pertimbangan rasional dari rakyat Malaysia adalah dihargai.

Walau bagaimanapun link kepada artikel tersebut kini tidak lagi boleh di akses seterusnya mengesahkan ianya adalah satu laporan PALSU ..

Artikel World News Daily Report: http://worldnewsdailyreport.com/malaysia-crown-prince-converts-to-catholicism-shocks-muslim-world/

Psst apa mungkin ianya satu lagi permainan politik pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memburukkan institusi Raja di Selangor ? Maklumlah isu Khalid dan Azizah Omega pun tengah panas sekarang ni ... Hmm hati-hati pilih berita gang bukan apa puak-puak satu lagi tu bukan boleh kira !

MMI

Thursday, 24 July 2014

MAHU Bawa Perdamaian & Harapan Buat Sabah Sarawak NGO Ni Ada HAJAT BESAR !!!


Negara-ku merupakan pertubuhan NGO yang ditubuhkan oleh mereka-mereka yang selama ini tidak pernah sependapat dengan kerajaan mahupun parti-parti politik pro-kerajaan.Malahan nama seperti Ambiga sering kali dilabel sebagai pemimpin NGO pro-pembangkang yang bukan sahaja terlibat dalam aksi-aksi dijalanan tetapi menjadi pelopor kepada gerakan-gerakan seumpamanya.

Malahan aksi-aksi yang ditampilkan sering kali berbeza dengan janji mereka kepada pihak berkuasa dan ada diantaranya melibatkan kecederaan terhadap anggota Polis yang bertugas seperti mana yang berlaku dalam perhimpunan haram BERSIH.

Mungkin kerana BERSIH kini sudah mula hilang dari radar masyarakat Malaysia , Ambiga dan konco-konconya kini mula beralih arah dengan satu lagi cubaan mengaburi mata rakyat dengan mempergunakan nama Negara-ku supaya NGO baru ini nampak lebih patriotik.

Di awal penubuhannya , NGO ini sudah pun mendapat tentangan hebat daripada kebanyakkan rakyat Malaysia memandangkan mereka dilihat cuba mempergunakan nama lagu kebangsaan Negara-ku sebagai platform untuk melakukan dakyah serta hasutan dalam konteks yang mungkin lebih ektrem daripada BERSIH sebelumnya.

ISMA sebagai contohnya melalui Timbalan Presidennya , Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata, penubuhan mana-mana NGO yang memiliki tujuan dan agenda khusus yang belum terbukti bermanfaat kepada masyarakat tidak boleh berselindung di sebalik nama rasmi yang menjadi milik seluruh rakyat Malaysia sejak sekian lama sudah cukup untuk meyakinkan kita bahawa NGO Negara-ku bukanlah penyelesaian terbaik kepada apa jua permasalahan yang wujud pada ketika ini tetapi lebih kepada perkara-perkara yang mampu menggugat kedudukan sosial politik negara dan juga perpecahan antara kaum.Baca Sini 

Sejauh mana Negara-ku mampu benar-benar mambawa usaha perdamaian serta harapan di Sabah dan Sarawak ?

"Salah satu hasrat kami yang terbesar adalah untuk melihat sahabat kami yang berada di seberang Laut China Selatan sedar kami melayan mereka di Sabah dan Sarawak di bawah perjanjian Malaysia.

"Secara bersama kita boleh membawa keadilan yang mereka sangat perlukan dan kami juga sangat mahukannya.

"Usaha kami membawa pesanan perpaduan dan harapan untuk Sabah dan Sarawak akan bermula selepas cuti Aidilfitri," kata Pengerusi Negara-ku Zaid Kamarudin  dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Perpaduan dan harapan dalam bentuk apakah yang cuba dibawa oleh Negara-ku ke Sabah dan Sarawak ?

Sebagai warga Malaysia kita seharusnya lebih matang dan bijak membuat penilaian bahkan tindakan serta cadangan Negara-ku untuk masuk ke Sabah dan Sarawak sebenarnya dilihat lebih kepada menyebarkan agenda sebenar mereka iaitu menghasut rakyat agar membenci kerajaan seperti mana yang telah mereka lakukan sebelum ini melalui BERSIH dan lain-lainnya.

Agenda ini adalah kunci kepada gerakan mereka selepas ini dan percayalah pelbagai alasan dan cerita karut marut akan mula dihidangkan kepada umum supaya rakyat termakan dengan dakyah ini seterusnya menghalalkan segala tindak-tanduk mereka waima melalui kekerasan sekalipun.

Kita tahu bahawa menjadi harapan pihak pembangkang untuk menguasai Sabah dan Sarawak namun sehingga kini rakyat Sabah dan Sarawak masih mampu membuat pilihan yang bijak kerana mereka tahu anasir-anasir luar yang hadir ke bumi mereka itu bukanlah mereka yang punya keikhlasan untuk membantu rakyat tetapi lebih kepada kepentingan politik dan peribadi.

Untuk itu sesuatu perlu segera dilakukan dan kehadiran NGO seperti Negara-ku dirasakan mampu untuk menyemai benih-benih kebencian terhadap kerajaan dengan harapan Sabah dan Sarawak menolak Barisan Nasional.

Usaha ini bukan dibuat secara sambil lewa dan Negara-ku bukanlah NGO biasa kerana berdiri dibelakang mereka adalah pihak-pihak yang mahu melihat Malaysia dibebaskan daripada Barisan Nasional mahupun UMNO.

Ini penting kerana agenda untuk menghapuskan Barisan Nasional adalah dengan membunuh UMNO terlebih dahulu.

Kita tahu bahawa mereka tidak pernah suka apatah lagi menerima hakikat hak orang-orang Melayu dan Islam sentiasa terpelihara melalui perlembagaan negara.Apa yang diperjuangkan mereka pula adalah hak samarata dan kebebasan terbuka yang sebenarnya mampu memusnahkan budaya serta kekuatan bangsa Malaysia itu sendiri.

Membenarkan LGBT , menghapuskan status agama di kad pengenalan , menghapuskan agensi-agensi kerajaan seperti MARA dan sebagainya , kebebasan untuk memilih agama serta mengamalkannya , memberikan hak kepada bukan Islam menggunakan kalimah Allah , hak setiap individu untuk menukar agama dan bermacam-macam lagi tuntutan sebelumnya harus diambil kira.

Jika usaha ini berjaya maka bersedialah rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu kerana tidak akan ada lagi sebarang sekatan mahupu halangan untuk mereka-mereka diluar sana mengambil hak orang-orang Melayu dan Islam yang selama ini dipertahankan oleh sebuah kerajaan bernama Barisan Nasional.sumber 

MMI

Labels