Followers

Tuesday, 30 April 2013

VIDEO Bard Dedah Anwar Berbohong ~ Anwar KANTOI !!! #PRU13 #PG13 #TolakPR


Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.

Menariknya, pendedahan ini bukan dibuat oleh pihak kerajaan, sebaliknya ia didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard.

Didalam video dibawah, Chegu Bard yang kini merupakan calon PKR bagi Dun Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal, telah mendedahkan betapa Anwar sendiri menjadi perancang sebenar didalam penipuan pemilihan PKR.




Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut.

Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi.

Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu 'turning point' untuk meninggalkan Anwar. Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian.

Walhal yang sebenarnya, Anwar sendiri menjadi dalang penipuan yang berlaku didalam PKR sendiri seperti mana yang di katakan oleh Chegu Bard didalam video ini. Tak mungkin Chegu Bard berbohong kerana beliau sendiri menjadi mangsa penipuan Anwar tersebut.

Jadi, jika pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri menjadi mangsa penipuan licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan yang masih 'hijau' dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya?

Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR. Jangan biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan memperbodohkan rakyat dimasa hadapan.

Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi di Kampung Buah Pala. Jangan biarkan 'pisang berbuah dua kali' dengan membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat. Tumbangkan PKR dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan.

MMI.

HOT Siapa Aishah Baby ??

Gambar Hiasan
Kecoh dan gempar di seluruh negara baru-baru ini kerana tersebarnya aksi akrobatik seorang lelaki bersama pasangannya di semua rangkaian media.Malah aksi stopa tersebut sudah pun menjadi barah paling perit buat kem PAS kerana ianya bukan sekadar aksi akrobatik tetapi menyebaban PAS dan pimpinannya turut berdepan dengan persoalan moral.

Jika sebelum ini PAS begitu mendabik dada kononnya UMNOlah yang paling korup dan tidak bermoral kini segalanya terpaling kepada mereka.

Benar ianya hanyalah sekadar bahan yang sudah pasti di spin , spin dan spin oleh jentera parti PAS tetapi jauh di satu sudut Nik Aziz dan Hadi Awang perlu ingat sebahagian besar mereka yang dulunya taksub kepada PAS kini mula menjauhkan diri malah mula mempersoalkan sejauh mana suci dan Islamnya pimpinan PAS hari ini.

Rasanya cukup setakat tu mukadimahnya , kita kembali fokus kepada tajuk di atas , Siapa Aishah Baby ?

Untuk makluman semua satu artikel yang sama menyuarakan kekecewaan dan mengkritik kewarasan pendirian PAS tentang isu moral Stopa Spendar dilihat disiarakan oleh dua laman blog kepunyaan calun PKR Nik Nazmi dan pegawai pejabat MB Selangor, Tricia Teoh.

Artikel yang dimakudkan adalah seperti berikut..

SAYA SEORANG PENYOKONG TEGAR PAKATAN RAKYAT MENGUTUS WARKAH INI BAGI MELUAHKAN PERASAAN HAMPA DAN KECEWA TERHADAP DATUK MUSTAFA ALI, SETIAUSAHA AGUNG PAS YANG SAYA YAKINI TELAH MUNGKIR DALAM PERJUANGAN.

DAHULU, SAYA DAN RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN DALAM PAKATAN RAKYAT AMAT MENGHORMATI DAN MENYANJUNG TINGGI MANUSIA BERNAMA MUSTAFA ALI INI. KAMI MENGANGGAP BELIAU SEBAGAI ORANG TUA DAN SEORANG PEMIMPIN ISLAM SEJATI YANG KAMI BOLEH SANDARKAN HARAPAN UNTUK MEMBIMBING KAMI BERJUANG DALAM SATU PERMUAFAKATAN BAGI MENUMBANGKAN BARISAN NASIONAL. BELIAU SAYA ANGGAP SEBAGAI TOKOH BERWIBAWA SERTA KHALIFAH ALLAH BAGI MEMIMPIN KAMI SEMUA.


HARAPKAN PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI. BELUM PUN MEMENANGI PRU INI, MUSTAFA ALI TELAH MENUNJUKKAN BELANG KEMUNAFIKAN. TIDAK CUKUP DENGAN ITU, BELIAU TELAH MEROBEK MUAFAKAT PAKATAN RAKYAT DENGAN BERSIKAP TIDAK ADIL DALAM PEMBAHAGIAN KERUSI TERUTAMA DIANTARA PAS DAN PKR. SELAKU SETIAUSAHA AGUNG PAS, BELIAU TIDAK MENGENDAHKAN RAYUAN RAKAN-RAKAN KOMPONEN PAKATAN RAKYAT DENGAN MENOLAK MENTAH-MENTAH PERMINTAAN KAMI MELETAKKAN CALON-CALON PKR DI SESETENGAH KAWASAN. DI TERENGGANU DAN PULAU PINANG CONTOHNYA, PKR DAN PAS TERPAKSA BERENTAP SESAMA SENDIRI GARA-GARA KERAKUSAN MUSTAFA ALI. DI MANAKAH KEADILAN DAN KEIKHLASAN BELIAU TERHADAP PERMUAFAKATAN YANG TELAH DIPERSETUJUI SEBELUM INI??

SAYA JUGA AMAT TERKEJUT DAN KECEWA DENGAN MUSTAFA ALI SUSULAN VIDEO SEKSNYA DENGAN SEORANG PEREMPUAN BARU-BARU INI. SAYA SUDAH LAMA KENAL DAN BERDAMPING DENGAN MUSTAFA ALI DAN TERAMAT YAKIN BAHAWA LELAKI DALAM VIDEO SEKS ITU ADALAH BELIAU. SAYA HAMPIR PENGSAN DAN MENGUCAP PANJANG KERANA TIDAK PERCAYA SEORANG PEMIMPIN UTAMA PAS YANG SENTIASA MENUNJUKKAN IMEJ ISLAM SANGGUP BERKELAKUKAN KEJI DAN HINA SEBEGITU.


DI ATAS MUKA BUMI INI, ALLAH S.W.T. TELAH MENUNJUKKAN KEBENARAN. INI BELUM LAGI DI PADANG MAHSYAR KELAK. SEBAGAI SEORANG ISLAM, MUSTAFA ALI SEPATUTNYA BERTAUBAT NASUHA MEMINTA AMPUN DARI ALLAH DAN SELURUH UMAT ISLAM DI NEGARA INI DI ATAS DOSANYA ITU. TETAPI MUSTAFA ALI TERUS DENGAN MUNAFIKNYA MENAFIKAN BELIAU ADALAH LELAKI DALAM VIDEO TERSEBUT. JANGAN TERKEJUT JIKA SELEPAS INI MUSTAFA ALI MENGEMUKAKAN SURAT NIKAH DARI SIAM MENGATAKAN PEREMPUAN TERSEBUT ADALAH ISTERINYA.


RAMAI UMAT ISLAM TELAH TERTIPU DENGAN SIKAP MUNAFIK MUSTAFA ALI INI. BAYANGKAN DOSA YANG PERLU DIPIKUL OLEHNYA APABILA DIA MENGIMAMKAN SEMBAHYANG ORANG PAS. BAYANGKAN JUGA BANYAK MANA PULA WANG TABUNG PAS DAN HARAKAH YANG TELAH DIBELANJAKAN UNTUK PEREMPUAN ITU. MELALUI KENALAN LAIN YANG MENGETAHUI HUBUNGAN INTIM INI, MUSTAFA ALI DIKATAKAN TELAH MEMBELANJAKAN RATUSAN RIBU RINGGIT UNTUK MENYARA PEREMPUAN TERSEBUT.

SAYA DIMAKLUMKAN MUSTAFA ALI TELAH MENJALINKAN HUBUNGAN INTIM TERSEBUT MELEBIHI DUA TAHUN. SAYA DAN BEBERAPA RAKAN TAHU SIAPA PEREMPUAN ITU DAN DIMANA DIA TINGGAL. PATUTLAH SI TUA KUTUK INI SELALU TERSENYUM SIMPUL BILA BERKUNJUNG KE KUALA LUMPUR BAIK UNTUK MESYUARAT ATAUPUN AKTIVITI KEPARTIAN YANG LAIN. RUPA-RUPANYA, BELIAU MEMPUNYAI KEKASIH HATI PENYEDAP DIRI.


PENDEDAHAN SAYA INI BUKAN BERTUJUAN UNTUK MENGAIBKAN. PENAFIAN MUSTAFA ALI SERTA SIKAP SEMBERONO KEPIMPINAN PAS DALAM MENANGANI ISU INI MEMAKSA SAYA UNTUK MENDEDAHKAN PEKARA SEBENAR. KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG MEMBACA WARKAH INI . SIASATLAH APA YANG BAKAL SAYA DEDAHKAN INI. PEREMPUAN TERSEBUT BERNAMA AISHAH BABY BINTI BADARUDDIN. BELIAU TINGGAL DI D5-2-3, EVERGREEN SCOT PINE CONDOMINIUM, JLN PERSIARAN SG. LONG 1, BANDAR BARU SG. LONG, 43000 KAJANG, SELANGOR .

KALAU MAKLUMAT INI, TIDAK MENCUKUPI, SAYA JUGA TAHU ALAMAT KELUARGANYA DI LOT 4512, LORONG DURIAN SAKAT, BATU 1, KG JAWA, 41000 KLANG.  

UNTUK MAKLUMAN RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN, AISHAH BABY JUGA MEMANDU KENDERAAN TOYOTA WISH PUTIH BERNOMBOR WSE 2512.

SEKIAN WARKAH SAYA UNTUK KALI INI. SAYA AKAN KONGSIKAN MAKLUMAT TAMBAHAN DI WARKAH YANG LAIN. WASSALAM.

PENYOKONG PAKATAN RAKYAT YANG KECEWA.sumber 

MMI kata mudah saja , kalau benda elok selalunya dia jadi cantik dan mudah tapi kalau ada kira-kira dia nanti jadi caca marba.Kita pakat-pakat pikiaq tengoklah na...

MMI.



BUDAK ANWAR ~ Benarkah Rahman Maidin Di Terima Penyokong Parti ??!!!


Rahman Maidin adalah calon dari parti PAS yang mewakili pembangkang bagi kerusi P042 Tasek Gelugor bagi PRU13 kali ini.Rata-rata penduduk Tasek Gelugor sudah pun sedia maklum bahawa Rahman merupakan calon yang akan bertanding menentang calon BN Syabudin Yahya.

Namun sejauh mana ampa semua mengenali Rahman Maidin ? 

Jom kita cita sikit tentang Rahman Maidin ni , Walaupun PAS bersorak gembira dengan kehadiran Rahman Maidin di dalam parti itu – hakikatnya di kalangan orang PKR (tahu dan faham dengan hati budi Rahman Maidin) – yakin bahawa ANWAR ada strategi khusus untuk bawa Rahman Maidin ke dalam PAS.

Anwar cukup maklum , kalau PAS setakat mempunyai pemikiran yang ada sekarang, Pakatan Rakyat tidak akan mampu bergerak jauh. PAS perlukan kalangan think-tank yang lebih liberal dan mampu untuk berdepan dengan cabaran realiti sebenar. Rahman Maidin akan memberikan pemikiran ekonomi yang lebih baik dan kehadapan.

Orang PAS patut tahu, Rahman Maidin memang budak Anwar buat sekian lama. Apakah dengan kemampuan dirinya sendiri, Rahman Maidin boleh duduk di MRCB? Semuanya dilakukan oleh Anwar.

Anwar tidak risau dengan kehadiran Rahman Maidin di dalam PAS. Rahman Maidin akan memberikan LEBIH peluang buat Anwar untuk buat placement di PP selepas PRU akan datang. Sekiranya PAS menang lebih kerusi berbanding PKR di PP, Anwar masih mempunyai BUDAK SURUHAN sebagai Timbalan Ketua Menteri.

PAS memang naif kalau Rahman Maidin nak selamatkan parti itu. Yang nyata, lebih jahanam.

Kalau ampa rasa MMI saja buat propaganda , ampa pi Tasek Gelugor chek sendiri budak Anwar tu buat apa !!..

MMI.

Monday, 29 April 2013

Kecoh Orang Kanan Anwar Kena MAKI ?!!!


Nampak gayanya Anwar kini benar-benar marah dengan apa yang sedang berlaku.Dari bunyi-bunyi yang kini sedang tersebar di Permatang Pauh diberitakan orang kanan Anwar teruk kena maki semuanya gara-gara tak pandai jaga kawasan.

Si orang kanan ini pun katanya dah sampai ke tahap bebal apabila tiap kali berlaku sesuatu yang tidak menguntungkan parti , beliaulah yang akan menjadi mangsa sedangkan hakikat sebenarnya segala kepincangan yang berlaku di sebabkan oleh Anwar sendiri.

Ada juga sumbar mengatakan akan berlaku sesuatu yang lebih dasyat lagi selepas ini melibatkan jentera Anwar sendiri namun apa yang akan berlaku dan sejauh mana kebenaran maklumat ini tidak dapat di pastikan lagi.Maklumlah kalau setakat cakap-cakap ni macai-macai pembangkang bukan nak percaya ye tak ?

Dari pengamatan MMI khususnya tentang isu Anwar melenting ni rasanya ada faktanya sebab lihat saja sebelum ini hampir 5 ribu warga Permatang Pauh hadir mengikuti ceramah bekas-bekas sahabat Anwar di Taman Pauh.


Kemudiannya pengistiharan keluar parti 1200 warga India dari PKR dan berikrar memberikan taat setia serta sokongan kepada Barisan Nasional yang berlansung di Safira Club Seberang Jaya semalam.Cukup untuk menyesakkan nafas sesiapa sahaja kerana tindakan sedemikian pastinya bukan saja-saja di buat.Ianya hampir pasti kerana kelemahan Pakatan Haprak khususnya Anwar yang selama ini hanya pandai berjanji tetapi tidak mampu melaksanakannya.





Syabas MMI ucapkan kepada mereka yang kini telah sedar bahawa perjuangan mengangkat Anwar Ibrahim tidak akan ke mana.

Apa yang pasti kehadiran Dr Mazlan Ismail sebagai calon Barisan Nasional menentang Anwar Ibrahim telah menyebabkan Anwar berfikir dua kali dan jantungnya juga didapati lambat berdenyut 2 hingga 3 saat kihkih ..

Kepada yang kena maki tu harap bersabar lah yee..Biasalah orang tengah meroyan !!

MMI.

Sunday, 28 April 2013

PRU13 Daim Meramal Lagi !!


Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) boleh menawan semula Kedah dan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti sekiranya jenteranya bersatu dan tidak melakukan tindakan mensabotaj parti.

Malah bekas Menteri Kewangan itu turut meramalkan bahawa BN akan berjaya memecah dominasi PAS di Kelantan dengan memenangi beberapa kerusi tambahan di Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun menurutnya, agak sukar bagi BN untuk merampas semula Pulau Pinang yang jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 berikutan sentimen masyarakat Cina yang masih kuat menyokong DAP.

"Kedah dan Selangor memang boleh jatuh semula ke tangan BN. Saya tak nampak apa-apa masalah untuk itu jika jentera dan ahli BN sama-sama bersatu padu memenangkan calon yang dipilih pucuk pimpinan.

"Begitu juga dengan Kelantan, dengan situasi semasa, saya yakin BN boleh menambah bilangan kerusi di DUN. Tapi kalau nak dapat jumlah kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan mungkin agak susah...tapi ia tidak mustahil," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN bagi kawasan Parlimen Merbok di sini, Sabtu.

Ditanya mengenai pandangannya sama ada BN boleh memperoleh majoriti dua pertiga pada PRU kali ini, Daim bagaimanapun mengakui ia agak sukar untuk dilakukan berdasarkan situasi politik semasa.

"BN boleh menang (tubuh kerajaan), tapi untuk dapatkan majoriti dua per tiga seperti dahulu mungkin agak sukar...tapi untuk menang saya sangat yakin," katanya.

Mengulas mengenai nasib Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'simpanan tetap' BN, Daim juga optimis bahawa kedua-dua negeri berkenaan akan kekal di tangan BN.

"Susah pembangkang nak tembusi kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak.

"Kita kena tengok juga sentimen rakyat di sana yang sukar menerima parti politik yang datang dari semenanjung," katanya.sumber ayt 

Apa pun ramalannya MMI yakin pengundi adalah penentunya...

MMI.

ANWAR Tertekan Ahli PAS Ikrar Sokong Dr Mazlan #PRU13 #PG13 #TolakPR


Kehadiran Dr Mazlan sebagai calon Barisan Nasional bertanding di Permatang Pauh jelas memberikan impak yang cukup besar dalam pola politik Pulau Pinang.Permatang Pauh yang sinonim sebagai kubu kuat PKR dan Anwar Ibrahim kini tidak lagi boleh mendabik dada kerana pengaruh Dr Mazlan kini sudah mengoncang akar umbi.

Kehadiran hampir 5 ribu warga Permatang Pauh dalam ceramah perdana bekas sahabat Anwar yang diadakan di Taman Pauh baru-baru ini telah membuka mata juak-juak macai pembangkang.



Yang pasti rakyat dan pengundi Permatang Pauh kini mula sedar dan di sedarkan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang hanya pentingkan diri dan kepuasan politiknya.



Apakah Anwar layak memimpin rakyat Permatang Pauh ? Hanya pengundi Permatang Pauh sahaja yang mampu menentukannya...

MMI.

Saya Doakan WALID Menang & Dapat Bantu Orang Susah !!!


Anak sulung calon Barisan Nasional (BN) kawasan Parlimen Permatang Pauh, Muslidhuddeen Rabbani Mazlan mengharapkan bapanya, Dr Mazlan Ismail memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.

Muslidhuddeen Rabbani, 25, yang cacat penglihatan sejak dilahirkan berkata setiap hari selepas solat beliau sentiasa mendoakan kejayaan bapanya dan berharap bapanya dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Saya doakan walid menang dan dapat bantu orang susah.Baca Seterusnya 

Bila kita ikhlas dalam perjuangan dan di doakan oleh mereka yang istimewa dengan penuh keihlasan nescaya dengan izinnya kita akan berjaya , Insyaallah !!

MMI.

Tasek Gelugor ~ Lagi Warga INDIA Istihar Sokong Barisan Nasional !! #PRU13 #PG13 #BetterNation


Tasek Gelugor seramai 600 orang warga India bekas penyokong PAS dan pengundi atas pagar kini memilih untuk bersama Barisan Nasional malam tadi.Hasrat mereka di zahirkan dengan penyerahan borang menyertai parti PPP Tasek Gelugor kepada Ketua Bahagiannya Encik Thayalan di saksikan Syabudin Yahya Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Tasek Gelugor merangkap calon P042 Parlimen Tasek Gelugor.

Kemasukan beramai-ramai ini kerana kecewa dengan PAS dan Pakatan Haprak yang gagal mengotakan janji mereka bagi membela nasib rakyat khususnya warga India di Tasek Gelugor.Malah selama ini hanya UMNO dan Barisan Nasional sahajalah yang sering mengambil berat akan nasib penduduk Tasek Gelugor.

Majlis yang dijalankan secara ringkas itu turut dihadiri oleh calon N04 Permatang Berangan Omar Haji Hamid dan kesemua mereka yang menyerahkan borang malam tadi berjanji akan membantu Barisan Nasional Tasek Gelugor mempertahankan kerusi DUN dan Parlimen pada pilihanraya kali ini.

Yang pasti kem pembangkang kelam kabut dengan berita tersebut dan ianya membuktikan betapa barisan pembangkang sebenarnya hanya pandai berjanji tetapi gagal menunaikannya.



MMI.

Karpal Singh ANGKUH Ugut Tangkap Tun Mahathir ?!!!


DAP hari ini mengulangi pendiriannya untuk tidak sesekali membenarkan hukum hudud dilaksanakan walaupun 'berhutang' dengan Pas yang membenarkan parti itu menggunakan lambang bulan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Karpal Singh dalam ceramah di sini dengan angkuh menegaskan walaupun mereka bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) namun ia tidak bermakna DAP menerima konsep negara Islam termasuk hukum hudud.

Selain itu, Karpal turut mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan menghadapkannya ke mahkamah kerana didakwanya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

Beliau turut mengugut untuk memecat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang didakwanya sebagai tidak berkaliber dan menuduh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak mengikut undang-undang semasa menerima Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Pada 2008, kami menang lima negeri tetapi Sultan Perak (Sultan Azlan Shah) bertindak tidak mengikut undang-undang. Saya ditangkap dan didakwa tetapi saya tidak takut, saya akan lawan dan boleh menang," katanya.utusan online

Rasanya tak perlulah MMI ulas panjang lebar , kenyataan diatas saja sudah cukup untuk menunjukkan siapa sebenarnya DAP !! Maka kerana itu orang Melayu dan Islam WAJIB TOLAK DAP..Untuk menolak DAP maka kita harus menolak Pakatan Haprak !! Hanya BN ...

MMI.

Saturday, 27 April 2013

VIDEO Tian Chua Kena Maki Di SABAH !!


Berikutan kenyataan puaka Tian Chua terhadap insiden di Lahad Datu banyak pihak bangun menyanggah kenyataan paling bangsat pernah dibuat oleh seseorang yang mengaku pemimpin.Tian Chua sememangnya layak di maki oleh rakyat Malaysia kerana setiap tindakannya selama ini jelas merupakan tindakan provokasi dan pecah belah.

Tian Chua bukan sahaja sudah menyakitkan hati setiap warga Malaysia yang cintakan negaranya tetapi turut menghina para wira negara kita yang mempertahankan tanahair dari pencerobohan pengganas khususnya mereka-mereka yang gugur.

Tian Chua tidak layak diangkat sebagai pemimpin masyarakat kerana langsung tidak mempunyai rasa hormat terhadap rakyat sendiri.

Video di bawah merupakan luahan hati dan rasa marah warga PERKEP Sabah terhadap Tian Chua kerana menghina anggota keselamatan..



Rakyat harus menolak Tian Chua dan Pakatan Haprak dalam PRU13 ini sebagai pengajaran paling berguna !! Jom kita nyahkan mereka dari bumi Malaysia..UNDILAH Barisan Nasional !!

MMI.

RUMAH MAMPU MIMPI , Rakyat Pulau Pinang Perlu Ingat Sandiwara Guan Eng Menjelang Pilihanraya #PRU13 #PG13 #TolakPR


Pasti ramai yang masih ingat tentang janji dan omongan kosong oleh Guan Eng pada ketika beliau mengepalai jentera DAP menawan Pulau Pinang pada pilihanraya 2008 yang lalu.MMI masih ingat pada ketika itu bersorak riang segala malaun dan macai-macai pembangkang kerana Pulau Pinang sudah berjaya ditawan.Paling menarik juak-juak PAS turut tersenyum sumbing kerana Pakatan Haprak menang !! Malah dari pemantauan MMI dan rakan-rakan terdapat orang-orang BN sendiri pun pada ketika itu terus saja berpaling arah mungkin kerana kepentngan tertentu.Biasalah faham sangat dah...

Namun kini pilihanraya datang lagi , dan kedatangan pilihanraya kali ini cukup istimewa kerana selama hampir 5 tahun Guan Eng memimpin Pulau Pinang beliau berjaya membuktikan bahawa pembangkang sememangnya tidak boleh di harap kerana janji bulan dan bintang sebelumnya langsung tidak dapat ditunaikan.

Rasanya tak perlu MMI ceritakan dengan panjang lebar berkenaan janji pemansuhan tol Sungai Nyior,pembekalan WIFI percuma di seluruh negeri,pemberian bantuan berupa kewangan kepada golongan tertentu yang sampai ke hari ini masih tinggal janji,penghapusan tol jambatan dan lain-lain kerana ramai yang telah sedia maklum.

MMI cuma mahu mengajak semua untuk memberikan tumpuan kepada keperluan paling asas penduduk mahupun warga Pulau Pinang iaitu rumah mampu milik.Sehingga entri ini ditulis Guan Eng masih berdolak-dalih tentang pembinaan rumah tersebut.Malah dalam setiap ceramah beliau sering saja menyatakan kerajaan negeri telah pun membina rumah-rumah mampu milik ini namun apabila di tanya lokasinya ? Guan Eng diam membisu seolah-olah beliau langsung tidak mempunyai lidah.

Guan Eng bukan saja menipu rakyat Pulau Pinang tetapi turut menggerakkan usaha yang hampir sama apabila melancarkan satu projek pembinaan rumah mampu milik pada TAHUN 2013 !! Memang hebat sekali semenjak 2008 yang lalu baru kini Guan Eng bersungguh-sungguh melancarkan projek perumahan ini dan untuk makluman ampa semua projek yang dilancarkan ini hanyalah sekadar pelancaran kerana segalanya tentang projek ini masih belum di wujudkan.

Sekarang ini, kerajaan Pulau Pinang sedang berusaha untuk membina 18,000 unit Rumah Mampu Milik Di bawah Fasa 1 Dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 Juta di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Daerah Timur Laut, Daerah Barat-Daya dan Seberang Perai Selatan melalui agensi pelaksana Penang Development Corporation(PDC).

Persoalan yang harus Guan Eng jawab mengapa baru kini melancarkan projek perumahan mampu milik ini ? MMI ulang sejak 5 tahun yang lalu apa yang kerajaan negeri lakukan ? Percayalah ianya hanyalah umpan politik sempena pilihanraya ke13 supaya rakyat termakan umpan tersebut.


Menurut Dato Jahara Hamid bekas ADUN Teluk Air Tawar dan kini merupakan calon bagi N06 Teluk Air Tawar ianya bukan saja tak logik dan tidak masuk akal malah rumah mampu milik di Pulau Pinang dengan harga RM 400 ribu adalah cara halus DAP halau orang miskin dari negeri ini.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya menggunakan nama 'rumah mampu milik' tetapi pada hakikatnya harga yang ditawarkan jauh dari jangkauan rakyat.

"Mana mungkin rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mampu membeli rumah berharga sedemikian. Kalau dah berharga sampai RM400 ribu, ini bukan lagi rumah mampu milik tapi rumah mampu mimpi. Bagaimana mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana mampu membeli rumah harga sebegini.

"Golongan muda yang baru bekerja dan baru berkahwin juga tidak akan mampu beli. Hanya mereka yang kaya sahaja yang mampu beli. Malah saya melihat ini adalah salah satu strategi DAP menghalau mereka yang berpendapatan rendah dari negeri Pulau Pinang.

"Mereka seakan mahu menjadikan negeri ini hanya untuk golongan elit sahaja. Siapa yang tidak mampu sila keluar dari negeri ini. Cara inikah mahu bantu rakyat…,"??

Tambah Jahara lagi, seharusnya projek rumah mampu milik adalah sebuah projek yang membantu rakyat kurang berkemampuan untuk memiliki rumah. Oleh itu projek sebegini tidak seharusnya bermotifkan keuntungan kerana ianya bagi memastikan keperluan masyarakat dipenuhi.

"Namun, apabila harga tinggi diletakkan, bagaimana mereka yang tidak mampu mahu memiliki rumah. Ianya terang-terangan menyusahkan rakyat. Apabila rakyat negeri ini tidak mampu untuk membeli rumah di negeri mereka sendiri maka mereka akan mencari di negeri berdekatan.

"Golongan rendah dan sederhana ini akan keluar membeli rumah di negeri lain. Maka siapa lagi yang tinggal di negeri ini? Hanya golongan elit. Janji untuk membela nasib rakyat miskin terus berkubur kerana DAP hanya mengejar wang," tambahnya lagi.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata unit rumah seluas 1,000 kaki persegi ditawarkan pada harga siling RM400,000 itu adalah di luar kemampuan bagi golongan berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.


Malah terdapat laporan menyatakan di Singapura pernah terpampang pengiklanan menggunakan papan iklan gergasi tentang penjualan rumah di Pulau Pinang melibatkan kawasan-kawasan tertentu yang pada asalnya akan dibangunkan dengan rumah-rumah mampu milik tetapi bertukar menjadi rumah-rumah mewah dengan harga mencecah ratusan ribu ringgit.

Persoalannya mengapa perkara sedemikin boleh berlaku ? Bukankah kerajaan negeri sebenarnya mempunyai kuasa untuk menentukan pembangunan yang mahu dilaksanakan ? Jika merujuk kepada apa yang telah berlaku dan sedang berlaku ternyata Guan Eng dan Pakatan Haprak hanyalah sebuah badan yang tidak boleh dipercayai dan mereka sebenarnya sedang mempergunakan rakyat Pulau Pinang bagi kepentingan hati perut mak bapak depa.

Kepada rakyat Pulau Pinang beringatlah !!

MMI.

Pembangkang Terbukti Celaru !! #PRu13 #PG13 #TolakPR


Melihat gambar diatas saja sudah cukup untuk mengesahkan kepada kita bahawa pembangkang sememangnya celaru.Untuk makluman gambar ini diambil di sekitar Pulau Pinang dan pastinya ia merupakan salah satu dari bilik gerakan pembangkang dari parti PAS.

Apa yang menariknya adalah selain celaru tentang bendera yang dinaikkan kerana ia jelas bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh SPR iaitu memasang bendera mengikut parti yang bertanding kita pastinya keliru siapa sebenarnya yang bertanding di kawasan tersebut ?

Pakatan Haprak pula bukanlah satu pakatan yang didaftarkan sepertimana Barisan Nasional.Maka disini ternyata ia bukan sahaja tidak menepati peraturan SPR tetapi turut memperlihatkan sikap juak-juak macai pembangkang yang langsung tidak menghormati peraturan sedia ada.

Apakah kita sebagai rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada mereka-mereka yang mengaku memperjuangkan keadilan sedangkan peraturan pihak yang berkuasa pun tidak diikuti ?

Lebih malang mereka turut menjadi agen fitnah pembangkang apabila meletakkan replika cincin dan bag tangan yang sudah pasti merujuk kepada fitnah terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.

Apa yang pasti pembangkang sememangnya celaru dengan perjuangan mereka sendiri.Apa yang bakal ampa semua saksikan dalam rakaman dibawah sudah semestinya akan membuatkan banyak pihak diluar sana akan berfikir dua kali apakah ini sikap orang-orang yang mengaku kononnya merekalah yang lebih Islam dari orang-orang Islam yang lain.



Lihatlah bagaimana sikap macai-macai PAS ini yang tidak senang duduk dengan program ceramah Barisan Nasional apabila memutarkan rakaman ceramah Mat Sabu dengan audio yang kuat dan MMI tahu tujuannya hanya satu bagi mengganggu ceramah BN yang diadakan.

Apakah itu sikap orang Islam mengganggu urusan orang lain ? Mungkin ianya hanyalah sikap macai-macai PAS yang kini sedang sakit telinga kerana pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh jentera Barisan Nasional di seluruh negara.

Apa pun MMI serahkan kepada ampa semua untuk menilai...

MMI.

Mengapa Pengundi Tasek Gelugor Perlu Tolak Calon BEBAS !!! #PRU13 #PG13 #BetterNation


Penduduk P042 Tasek Gelugor sudah semestinya tahu bahawa PRU13 kali ini bukan sahaja Barisan Nasional perlu bertanding dengan pembangkang tetapi turut berdepan dengan seorang calon bebas yang mengkianati partinya sendiri.

Walaupun beliau sebelum ini dikenali sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat tetapi keputusan membelakangkan presiden dan parti merupakan tindakan kurang bijak.Beliau yang dimaksudkan adalah Dato Sharif Omar bekas Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri Pertanian sebelum 2008 yang lalu.

Entri ini akan menceritakan kepada semua khususnya pengundi di Tasek Gelugor bahawa calon bebas perlu di tolak dan mengapa beliau perlu di tolak.

Logo kunci yang digunakan oleh beliau bukan logo parti yang mempunyai struktur organisasi rasmi yang boleh membantu calon untuk menang malah Dato Sharif Omar sebagai calon bebas tidak bergabung dengan mana-mana parti atau calon lain.Jika ada sekalipun ianya merupakan jentera serpihan yang mempunyai kepentingan tertentu dan juga juak-juak PAS yang mungkin di bayar oleh beliau.

Sharif lupa agaknya PAS juga meletakkan calon mereka dan sudah tentu mereka juga mencari kemenangan bukannya kekalahan.

Sebagai calon bebas , beliau sudah semestinya tidak mampu untuk melaksanakan pembangunan untuk rakyat kerana tiada badan yang memberikan peruntukan , berlainan dengan BN yang menyediakan peruntukan untuk wakil-wakil rakyatnya bagi melaksanakan pembangunan di kawasan masing-masing.

Sekiranya calon bebas menang maka rakyat di Tasek Gelugor sudah pun menafikan pembangunan yang mampu dilaksanakan oleh Barisan Nasional.

Seterusnya apakah misi dan visi calon bebas ? Beliau tiada hala tuju dan sekiranya ada janji mahupun manifesto sekalipun apakah ianya relevan jika dibandingkan dengan sebuah badan seperti BN yang telah mempunyai rekod pentadbiran sejak Malaysia Merdeka ?

Perlu diingat Barisan Nasional sudah pun menyatakan tidak akan menerima kembali calon bebas yang mengkianati parti walaupun calon tersebut dipilih menjadi wakil rakyat.Jangan sesekali terpengaruh dengan dakyah mahupun angan-angan calon bebas ini mahu menjadi menteri.

BN sudah semestinya menolak beliau dan MMI yakin begitu juga dengan Pakatan Haprak kerana mereka juga meletakkan calon dari parti masing-masing.

Dalam masa yang sama sehingga entri ini di tulis Dato Sharif Omar sebagai calon bebas terlalu banyak mengungkit tentang perkhidmatannya di masa lalu sedangkan perkhidmatan yang di berikan beliau dulunya adalah atas tiket Barisan Nasional.Tanpa BN mustahil Dato Sharif boleh memberikan perkhidmatan yang sedemikian.

Rakyat dan pengundi Tasek Gelugor perlu ingat bahawa faktor umur juga memainkan peranan.Dato Sharif Omar kini sudah pun menghampiri usia 70 tahun dan sejauh mana kemampuan beliau untuk memberikan khidmat kepada rakyat ? Tun Mahathir yang jauh lebih hebat dari Dato Sharif pun sedia mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah 22 tahun berkhidmat.

Dah 6 penggal Dato Sharif diangkat sebagai pemimpin oleh penduduk Tasek Gelugor selama ini , Apakah beliau buta dan langsung tidak nampak jentera UMNO dan BN yang selama itu bertungkus-lumus bekerja bagi memenangkan beliau sebagai wakil BN harus diambil kira ?

Cukup-cukuplah rakyat mahukan tranformasi dan tranformasi ini memerlukan mereka-mereka yang benar-benar ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah.

Psst ada lagi kalau nak cerita tapi cukuplah takat tu kot...

MMI.

Friday, 26 April 2013

Anwar BIADAP & BERDENDAM Dengan Tun Mahathir !!!


"Sudah mau mati, dah 83 tahun. Berapa la lama lagi? Kalau dah nak mati, mati saja lah !!" Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh Anwar Ibrahim kepada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. 

Apakah ini sikap yang harus ada pada seorang pemimpin paling agung puak-puak macai pembangkang ? MMI pun tak pasti lah kriteria apa yang puak-puak macai ni pakai , nak angkat satu-satu pemimpin mesti yang kena pro DAP ?!! Atau mungkin yang kena ada aksi-aksi akrobatik ?!! Atau mungkin yang kena ada maki hamun bangsa dan agama sendiri ?!!

Apa salah Tun Mahathir ? Puak-puak macai pembangkang pun hari ini menikmati kemakmuran hasil dari perjuangan dan usaha Tun Mahathir.Inilah bukti bahawa pembangkang tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka nikmati.

SEGAMAT: DATUK Seri Anwar Ibrahim on Wednesday called on former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad to "just die" instead of campaigning for Barisan Nasional.

"Sudah mau mati, dah 83 tahun. Berapa la lama lagi? Kalau dah nak mati, mati saja lah (It's almost time for him to die, at 83 years old. How long more? If you are going to die, just die)," he said at a ceramah in Kampung Abdullah here.

(Dr Mahathir is actually 87 years old.)

Anwar was Dr Mahathir's deputy when the latter was prime minister but was sacked following allegations of abuse of power and sexual misconduct.

Anwar added in a sarcastic tone that he had forgiven Dr Mahathir, as he knew the latter would not survive a prison term and that there were no prisons wanting to accept him as he was too old.read more 

Apa pun kenyataan daripada Tun Mahathir di perenggan terakhir menarik perhatian MMI...

Dr Mahathir, when asked to comment on Anwar's remarks, said he was merely exercising his rights of freedom of speech.

"The opposition leaders have yet to form the government, but they have asked the people to shut up.

"People had used vulgar words against me when I was the prime minister.

"Some of them had even labelled me as firaun (pharaoh), a racist and an ultra-Malay but I never asked the authorities to arrest them.

"So now, why are they trying to deny my right to speak up?"

Memang dah jenis puaka buat lagu mana pun macam tu juga , perkara paling mudah tamatkan riwayat Pakatan Haprak dalam PRU13.

MMI.

PANAZZ Al-Kisah MMI & Nurul Izzah ?!!!! #PRU13 #TolakPR

Gambar Hiasan
Mulanya malas MMI nak ceritakan benda ni takut nanti timbul isu lain pula tapi bila fikir balik nak simpan buat apa ye tak ? Cita je lah kurang-kurang kita boleh kongsi cerita..Oklah semuanya bermula pada tahun **** agak lama juga lah dan ketika itu MMI antara anak muda yang cukup meminati karisma dan perwatakan seorang pemimpin bernama Nuar tu.

Bukan taksub tetapi teruja kerana UMNO dan orang Melayu memiliki pemimpin seperti beliau apatah lagi Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sudah pasti Malaysia bakal terus cemerlang.Maka bermulalah dari situlah diari MMI mula di penuhi dengan aktiviti dunia politik.

Huh kalau nak cerita mau berkajang entri ni tapi MMI pendekkan , di celah-celah menjelajah dunia baru tu MMI dah mula perasan tentang kelibat seseorang yang menarik perhatian.Bukan MMI sorang ramai lagi , berdegup kencang setiap kali melihat raut wajahnya fuiyoo masa tu kau memang gebom lah hihi..

Jadi masa tu kira dialah yang menjadi pujaan hati ini !! Hahaha malunya tapi kita teruskan...

Maka kenallah dengan si dia tu rupa-rupanya nama dia Nurul Izzah CANTEKK kepala otak mula terfikir nak try ke tak mau hahaha ada hati tu...

Tapi dipendekkan cerita MMI batalkan niat tu sebab dia anak pemimpin apalah sangat nak dibandingkan dengan MMI ni..Maka cerita teruja tu terhenti di situ saja dan MMI terus dengan perjuangan yang dah bermula tu.

Tup-tup Anwar di pecat , tu dia aih apa jadi ni ?? selidik punya selidik barulah faham cerita sebenar maka episod cerita dengan Nurul Izzah tu berkubur kat situ sajalah..Amacam best tak cerita ni ? Hihihi ampa jangan marah MMI noo saja bikin story sikit sebab perjuangan lagi 9 hari nak pilihanraya ni penuh dengan stress dan letih.Sajalah kita santai-santai sikit...

Tapi ada sesuatu yang MMI rasa amat bersyukur sebab perasaan dengan si Nurul ni tak berterusan kalau tidak tak tahulah MMI nak buat macam mana sekarang ? Ampa nak tau sebab apa ?? Tengok gambar kat bawah ni...


Ampa semua kenal ke sapa perempuan sebelah Nurul Izzah tu ? Ha dialah perempuan yang suka berbogel tu kononnya berbogel tu adalah sebahagian daripada kepuasan dan hak asasi manusia.Memanglah hak manusia nak bogel sekalipun tapi budaya kita orang Malaysia bukan bogel tunjuk kat orang !!


Sebagai seorang pemimpin yang mengaku Islam dan menyokong perjuangan sahabat PAS mengkafirkan orang-orang UMNO maka Nurul sepatutnya boleh mengelak dari bertemu dan bergambar dengan perempuan tersebut.Malah dalam beberapa isu yang dicetuskan oleh Nurul pun Nik Aziz pertahankan Baca Sini 

Apa motif beliau menerima pelawaan si perempuan tersebut ? Apakah ianya sekadar bergambar ? Apakah Nurul langsung tidak mengenali siapa si Vivian ni ? Hahaha agak-agaklah tindakan kita sahaja sudah menggambarkan kita sebenarnya siapa !! 

Nurul Izzah ni nampak sangat menyokong LGBT macam bapak dia jugak. Nak sokongan dari golongan pengamal seks bebas dia sanggup tolak bab moral dan hukum agama. Mereka ini mungkin adalah salah satu dari agenda yang dicatur oleh DAP untuk mencorak negara kita ini ke arah negara bebas seks dan menyokong LGBT. Dalam masa yang sama Nuar A-Jubri and the gang terpaksa menyokong agenda jahat ini untuk mendapatkan undi.

Dasat betol puak-puak ni , selain dari itu Nurul juga dah banyak kali main wayang dengan orang Melayu dan Islam sebelum ni dan kalau ampa nak tau mulut puaka dia kata apa baca kat SINI.

Jadi kesimpulannya rakyat dan pengundi harus bijak menilai kerana puak-puak pembangkang akan melakukan apa saja bagi mendapatkan sokongan walaupun mereka harus menggadaikan prinsip sendiri.Paling membimbangkang agama Islam sudah pun digadaikan mereka demi kepentingan politik !!

Ingatlah 1 Undi untuk Pembangkang bermakna 1 Undi untuk DAP !!
Ingatlah 1 Undi untuk pembangkang bermakna 1 Undi untuk LGBT !!

Lagi berita PolitikTerkini 

Psst nasib baik tak ada cintan-cintan kalau tak huh !!

MMI.

GEMPAR Tembakan Di Putrajaya Timbalan Pengarah KASTAM Maut !!


PUTRAJAYA 26 April - Timbalan Pengarah Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penunggang motosikal di sini pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.

Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara.utusan



Menurut maklumat awal yang diperolehi suspek menaiki motorsikal Honda melepaskan tembakan ketika mangsa berhenti di lampu isyarat.

Ini adalah kejadian pertama seorang pegawai kanan kerajaan ditembak mati di Putrajaya.Al-Fatihah

Lagi berita PolitikTerkini 

MMI.

Thursday, 25 April 2013

UPDATE Kemalangan Ngeri Melibatkan Blogger Dr MiM !!


Pagi tadi berlaku satu kemalangan ngeri melibatkan blogger Dr MiM sewaktu beliau bersama seorang rakan dalam perjalanan ke Selatan.Baca Sini 

Laporan terkini dari rakan-rakan di sana menyatakan rakan Dr MiM kini berada dalam keadaan stabil dan mengalami beberapa kecederaan manakala Dr MiM yang kini berada di Hospital Pantai menjalani rawatan susulan.

Kepada semua marilah kita sama-sama doakan semoga Dr MiM segera pulih dari kecederaan yang dialami beliau.

Perjuangan Harus Di Teruskan !!

MMI.

HOT Calon Pembangkang Kerusi N06 Teluk Air Tawar Kalah Tanpa Bertanding ?!!


Angin kini bertiup kencang di Teluk Air Tawar bagi kerusi DUN N06 Teluk Air Tawar yang menyaksikan pertembungan dua calon wanita dari PKR dan Barisan Nasional.

Seperti mana semua sedia maklum Barisan Nasional mempertaruhkan Dato Jahara penyandang kerusi tersebut manakala pembangkang meletakkan Norhayati Jaafar dari PKR.

Terkini dilaporkan bahawa calon pembangkang Norhayati Jaafar barangkali akan di singkirkan dari pertandingan kerana tidak menepati syarat-syarat SPR.Berita mengatakan sama ada calon mahupun pencadang telah pun diistiharkan MUFLIS.

Jika benar dakwaan ini maka sudah pasti Dato Jahara Hamid selaku calon mewakili Barisan Nasional bagi N06 akan diistiharkan menang tanpa bertanding.

Sebelum ni pun MMI dah bagitau calon PKR di Teluk Air Tawar ni serabut Baca Sini 

Apa pun kita tunggu keputusan SPR !! Baca juga di Sini 

Lagi berita PolitikTerkini ...

MMI.

HOT Azhar Sulaiman Istihar GAY ?!!


Alahai apa hal pula dengan si Azhar Sulaiman ni ?? Betul ker dia istihar Gay ?? Bukan sebelum ni dah nyatakan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional alih-alih nak jadi Gay la pula , Fuh hancus la cita dia..Mesti BN kena teruk punya lepas ni..

Apa ? Dia nak turun berkempen di Permatang Pauh bantu Anwar ? Betul ker ?

Sejauh mana kebenaran Azhar tentang isu ni ? Jom kita ushar , ampa klik SINI 

MMI.

TERKINI Kemalangan Melibatkan Blogger Dr MiM Ada Unsur Kianat ?!!!


Pagi tadi MMI dikejutkan dengan satu berita blogger Dr MiM terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 381.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Slim River.Beliau bersama seorang rakan yang dalam perjalanan daripada Pulau Pinang ke arah Selatan terbabit dalam kemalangan tersebut seawal jam 6.30 pagi tadi.Baca Sini 

Setakat entri ini ditulis dimaklumkan beliau yang sebelumnya di masukkan ke Hospital Slim River kini di pindahkan ke Hospital Pantai pada tengahari tadi.Manakala rakannya dilaporkan stabil dan kini sedang di rawat.



Menurut sumber dikatakan 2 tayar depan kenderaan yang dinaiki oleh Dr MiM dan rakannya tercabut sebelum melanggar pembahagi jalan.Di syaki berlaku unsur kianat dalam insiden tersebut kerana sebelum ini blogger tersebut khususnya pengamal media siber sering saja menerima ancaman dari pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan gerak kerja mereka.

Apa pun satu siasatan masih dan sedang dijalankan oleh pihak Polis bagi mencari punca sebenar kejadian tersebut.

2 tayar tercabut secara serentak ? Apa mungkin ada dalang disebalik apa yang berlaku ? Apa yang pasti sebelum ini blogger Dr MiM ada menyatakan akan memberikan satu penerangan tentang satu perkembangan terbaru berikutan satu penemuan berita melibatkan individu sensasi di Pulau Pinang.


Apa mungkin ianya ada kaitan ??  MMI bukan menuduh tetapi sedikit rasa sangsi dengan apa yang berlaku.Apa pun kita serahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan.

MMI mendoakan semoga Dr MiM berada dalam keadaan selamat dan segera sembuh !!

Lagi maklumat dan berita terkini klik SINI 

MMI.

Labels